PART 109 : PINJAMAN

125 1 0
                                    


Suasana pagi ini agak lain macam. Cuti sekolah sudah bermula. Kelihatan ramai anak2 muda berkeliaran keliling kampung. Cuti dua minggu yg sebenarnya sudah bermula dua hari lepas pasti akan mereka manfaatkan sepenuhnya. Jauh dari buku, jauh dari pen, jauh dari kelas dan yg paling penting jauh dari cikgu. Amran pernah merasainya suatu masa yg gemilang dahulu. Namun jauh dari semua itu bukanlah perkara yg paling seronok tentang cuti sekolah bagi Amran. Yg paling seronok ialah, apabila cuti sekolah, dia kembali dekat dengan Fariha.

Walaupun jarang berpeluang untuk bersua dan berbual mesra, namun hanya pada cuti sekolah sahaja dia dapat sekali sekala melihat wajah gadis itu yg bersekolah asrama di Serting Ulu. Hinggakan Amran tahu waktu yg biasa Fariha akan keluar menjemur pakaian di ampaian setiap pagi. Bila sudah hampir sampai masa, dia tetap akan cabut lari dari kebun getah sebaik sahaja ayah dan ibunya tidak memerhati. Halanya tetap sama tiap kali. Dia akan dengan sengaja lalu di hadapan rumah Tuk Said. Biasanya memang Fariha sedang sibuk menyidai pakaian ketika itu. Kalau nasibnya baik, tiada kelihatan kelibat Makcik Fasha atau Tuk Said, bolehlah dia bertegur sapa dengan Fariha. Kalau nasibnya kurang baik, sekadar bertukar2 jeling dan senyum sahaja. Namun itu tetap memuaskannya.

Semuanya hanya berlaku ketika cuti sekolah semasa dia di zaman persekolahan. Sehabisnya persekolahan, Amran fikir dia boleh selalu jumpa Fariha. Tetapi sebaliknya Fariha pula menyambung persekolahan dalam tingkatan enam. Dari situlah Amran menjadi semakin liar. Dan bermulalah kerjayanya sebagai kutu rayau yang berjaya.

Cuti sekolah kali ini pula membawa cuaca yg sangat berbeza berbanding beberapa tahun lalu. Cuti sekolah kali ini akan menyaksikan gadis pujaannya disunting orang lain. Amran sendiri tertanya2, apakah dia mampu untuk tabah? Sedang dia mengelamun sambil berjalan2 sendirian, kelihatan Salim menghampirinya dengan menunggang basikal.

SALIM : Am.. Abg Tapa cari kau. Moh poi kodai Borhan.

AMRAN : Eh, dio tak kojo ko?

SALIM : Kojo kot. Pakai kemejo nampak eh tadi. Balik awal agak eh. Naik la copek. Kito ado kojo ni.

Amran terus duduk di tempat duduk belakang basikal.

AMRAN : Kojo apo?

SALIM : Dio nak bawak kito poi Kopih. Tengok kayu yg nak dibuek stor baru tu.

AMRAN : Oo.. Kut yg tu, ekau yo la ikut dio. Den tak yah doh. Ekau yg nak buek stor tu nanti kan.

SALIM : Lopeh tu poi cari van. Tu yg dio suruh den cari kau.

Di kedai Borhan, kelihatan beberapa org kampung berkumpul, bersembang bersama. Pusat tumpuannya sudah tentulah Abang Tapa. Pakcik Latif juga turut berada di dalam kumpulan itu.

ABG TAPA : Amran.. Kau nak minam dulu tak?

AMRAN : Takpo la bang.

ABG TAPA : Kut taknak minam, moh kito gorak poi Kopih. Lopeh tu kang poi cari van lak.

Pakcik IrSumbak menyertai mereka. Sebelum Amran masuk ke dalam kereta, sempat Pakcik Latif berpesan supaya dia berhati2. Amran sekadar mengiyakan. Hatinya berdebar juga. Sedangkan memandu kereta baru sekali. Hari ini mungkin dia akan memandu van pula. Kata Abg Tapa, memandu van lain sedikit berbanding memandu kereta. Apa yg lainnya, Amran tak dapat membayangkan kerana dia sendiri tak pernah masuk ke dalam van.

Dalam perjalanan, Amran dan Salim senyap sahaja di belakang. Mereka hanya mendengar dengan teliti perbualan Abg Tapa dan Pakcik IrSumbak di depan. Bukanlah menarik sangat dan kebanyakan isu tidak berkaitan dengan mereka. Pakcik IrSumbak banyak mengusik Abg Tapa tentang kehidupan berumah tangga yg akan dilaluinya nanti. Berkali2 Abg Tapa tegur supaya Pakcik IrSumbak kurangkan kisah rumahtangga itu dengan mengisyaratkan bahawa ada dua org muda di dalam kereta itu ketika ini. Namun tidak diendahkannya. Baginya Amran dan Salim sudah cukup dewasa untuk mendengarnya.

Rundingan pembelian papan berjalan lancar. Bapa mentua Pakcik IrSumbak bermurah hati memberikan papan2 dan kayu2nya secara percuma. Cuma kos pengangkutan sahaja perlu diuruskan.

Destinasi seterusnya ialah Senawang, untuk mencari kedai kereta terpakai. Namun, atas permintaan Pakcik IrSumbak, mereka singgah dahulu ke kampung kerana beliau tidak berminat menyertai misi Abg Tapa mencari van terpakai. Sampai di kampung, Salim pula berubah fikiran. Dia juga hendak tinggal kerana nafsunya sedang membuak2 untuk membuat kerja2 merobohkan stor Ah Tong. Memandangkan kayu dan papan dari Kepis akan sampai esok, ada baiknya kerja merobohkan stor lama dilakukan segera. Maka tinggallah Amran bersama Abang Tapa meneruskan pencarian van untuk koperasi mereka.

ABG TAPA : Amran.. Camno projek Kentaki?

AMRAN : Hal kampung tongah huru haro skrg ni. Biar selosai masalah kampung dulu la bang..

ABG TAPA : Macam lomah semangat yo kau ni.

AMRAN : Takdo la. Tak payah terburu2. Tak lari ke mano Kentaki tu doh. Haha..

ABG TAPA : Hahahaa.. Kok dah namo eh cito2, kono la diusoho an. Kut tak, jadi angan2..

AMRAN : Insyaallah.. Abg punyo cito2 pun sikit hari laie nak tercapai la ni yo tak? Acik Sumak tadi ado koba nikah bulan 8 yo.

ABG TAPA : Camtu la cadang eh.. Heee.. Rugi betunang lamo2.

AMRAN : Hahaha.. Boto tu.

ABG TAPA : Aih kau ni.. Main setuju yo. Kau budak2 laie. Mano kau paham. Kah3..

AMRAN : Kut sey budak2 bang, Iha tu pun budak2 jugak. Sebayo la esey mo dio..

ABG TAPA : Aah la.. Boto jugak kan.

AMRAN : Tapi biaso la. Pempuan copek sikit matang dari lelaki.

ABG TAPA : Iyo yo tu.. Abg nak bagi cadangan sikit pasal projek Kentaki kau tu buleh tak?

AMRAN : Cadangan apo?

ABG TAPA : Kau belajar bawak van. Nanti kau poi Bahau naik yo van koperasi ni mo kengkawan kau yg lain.

AMRAN : Ish buleh ko?

ABG TAPA : Lalu jalan dalam. Ikut Moncheh. Jauh sikit takpo. Kompom takdo rodblok.

AMRAN : Bukan pasal rodblok bang. Tapi van ni van koperasi.

ABG TAPA : Kan abg ponah koba, lopeh dapek van nanti, bagi kau maso duo hari berlatih bawak van. Maso tu la kau bawak poi Bahau. Van pun bolum bau lantun laie. Niat eh nak berlatih bawak van. Bukan salah guno tu. Abg cadang an yo. Pokok dek kau la nak ikut ko tak.

Amran terdiam seketika sebelum bersetuju dgn cadangan Abg Tapa. Walau bagaimana pun, dia akan terlebih dahulu dapatkan persetujuan rakan2nya yg lain dalam perkara itu.

Kalau ikutkan cadangan Abg Tapa itu, maksudnya dalam sehari dua lagi cita2 mereka berempat untuk menjamah ayam goreng KFC akan tercapai kerana menurut Abg Tapa tidak akan susah baginya untuk menguruskan pembelian van kerana dia sendiri yg menguruskan akaun pinjaman pembelian itu nanti. Amran percaya Abg Tapa boleh dapatkan van itu segera. Dia juga percaya dia boleh kuasai stereng dan pedal2 van itu dengan mudah nanti sebab Abg Tapa sendiri kagum dengan kemahirannya memandu kereta walaupun baru sahaja belajar. Satu perkara yg merunsingkan Amran adalah iklim dalam poketnya yg kering dan berdebu.

"Abg Tapa ni kojo bank bahagian pinjaman. Buleh tak agak eh mintak pinjam duo puluh inggit?" Amran berkira2 di dalam hati.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now