PART 114 : SOKONG BELAKANG

153 0 0
                                    


RAZAK : Am.. Beronti topi jap buleh tak?

AMRAN : Apo lak? Nak koncing?

RAZAK : Bukan. Beronti la kojap. Ado hal sikit.

AMRAN : Apo hal eh?

RAZAK : Ado bondo nak cakap sikit ha..

AMRAN : Cakap yo la.. Nak kojar trip ni. Tak sompek lak kang.

RAZAK : Kojap yo.

AMRAN : Alahai.. Macam2 la kau Jak.

Amran turuti saja permintaan Razak. Van dihentikan di satu kawasan agak lapang di bahu jalan.

AMRAN : Apo deh yg ponting bona ni Jak? Ekau nak pinjam duit ko? Haha..

RAZAK : Heh.. Tak la.

AMRAN : Dah tu cakap la copek. Satu trip lagi nak hantar gotah tu.

RAZAK : Ini sumo Salim mo Leman punyo pasal. Den yg jadi mangso.

AMRAN : Apo hal eh ni? Ekau gaduh mo Salim ko? Jgn memain kau Jak..

RAZAK : Bukan gaduh.. Tapi..

AMRAN : Dah tu..?

RAZAK : Salim mo Leman yg pakso den buek camni.

AMRAN : Buek apo?!

Razak menarik dan melepaskan nafas panjang. Ternyata ada sesuatu yg berat sedang membebaninya. Dan dia belum betul2 bersedia melepaskannya.

RAZAK : Kau tau kan esok stor tutup?

AMRAN : Tau. Luso lak hari minggu. Stor Leong lak tutup. Jadi kito kono hantar gotah kek stor tu hari ni. Apo2 kau nak cakap, cakap dogheh. Kut tak sompek nak hantar gotah kang.

RAZAK : Kau tau kan sobab apo stor tutup esok?

AMRAN : Tau la.. Dah tu apo masalah eh?

RAZAK : Tuk Said dah totap an kito ado kojo utk majlis tunang Iha esok. Sobab tu stor tutup.

AMRAN : Tau.. Tuk Said sendiri koba kek kito kan..

RAZAK : Bukan pasal Tuk Said, bukan pasal stor, bukan pasal gotah.. Tapi pasal kau, dan pasal Iha.

AMRAN : Apo lak masalah eh. Dio dah nak bertunang esok kan..

Amran seakan sudah nampak hala tuju isu yg akan Razak utarakan. Tambahan pula dia mewakili Salim dan Leman untuk mengatakan kepadanya. Isu yg pasti merimaskannya. Amran tak suka mendengarnya. Dia tak mahu dengar. Dia mahu lari. Tetapi ruang dalam van yg sempit tak boleh membawanya ke mana2. Dia boleh pura2 tak dengar dan terus sahaja memecut van balik ke kampung. Razak tentu tak berpeluang untuk berkata apa2. Sekurang2nya tentu tak banyak yg Razak boleh kata.

Namun, memandangkan Razak mewakili Salim dan Leman untuk misi itu, tentu mereka bertiga telah membincangkan perkara ini di luar pengetahuan Amran. Kalau pun Amran lari dari Razak, takkan dia juga perlu lari dari Salim dan Leman? Berapa jauh dia boleh lari, dan berapa lama?

RAZAK : Esok Iha bertunang mo Abg Tapa. Sumo org tau. Bilo Abg Tapa kato nak tutup stor gotah esok pun takdo sapo bantah walaupun ghamai org kampung tak berduit.

AMRAN : .... Mm..

RAZAK : Sumo org suko. Sobab sumo org tak tau apo2.

AMRAN : Tau apo ni?

RAZAK : Ni masalah kau Am. Kau sendiri buek2 tak nampak. Bukan boto2 tak nampak. Kau sajo tutup mato.

AMRAN : Dah la Jak. Den tak kisah pun. Ekau jangan la lobih2 lak.

RAZAK : Tu lah.. Den pun paling tak goma nak duduk kek sini skrg ni. Tapi Salim mo Leman dah amanah an kek den. Den kono jugak cakap.

AMRAN : Iyolah.. Den dah paham dah. Moh balik.

RAZAK : Den dah lamo kawan mo kau Am. Dgn Iha pun den bekawan jugak. Kau takleh sembunyi an apo2 dr den, Salim, Leman. Sakit kau, sakit jugak den. Sodih kau, sodih jugak Leman, Salim..

AMRAN : Dah la Jak. Kau cakap laie, lain jadi eh kang. Den taknak gaduh mo kau.

RAZAK : Den sanggup. Kalau kau nak tumbuk den, kau tumbuk lah. Den tadah muko.

AMRAN : Apo kau nak ni sebona eh?

RAZAK : Terpulang la kek kau. Cumo den kono cakap bukan takat bagi pihak Salim mo Leman, tapi jugak bagi pihak Iha.

AMRAN : Iha?

RAZAK : Leman yg cerito. Dio burak mo Iha. Takdo la Iha torang2 cakap dio suko kau. Tapi Leman tu sojak ado makwo ni dio buleh baco fikiran pempuan tengok kek raut muko. Kato Leman la. Den pun tak tau osah ko tak. Tapi den pun dah lamo kona Iha. Den pun buleh agak. Dio suko kau, lobih lamo drpd kau suko dio. Itu yg den pecayo.

AMRAN : Mengarut lah kau ai..

RAZAK : Tu la.. Terpulang kek kau. Yg ponting den wakil Salim mo Leman nak koba kek kau.. Eden, Salim dan Leman akan sokong kau. Apo kau nak buek pun, kau bukan sensorang. Den, Salim, Leman totap ado kek sebolah kau. Sumo org nak yg baik utk kau. Yg baik2 jugak utk Iha.

AMRAN : Abg Tapa tu terbaik utk Iha..

RAZAK : Yg ponting den dah cakap. Kau dah paham. Dan sumo sokong kau.

AMRAN : Apo den nak buek?

RAZAK : Ontah.

AMRAN : Biar lah ai.. Takdo jodoh.

Amran terus hidupkan enjin van. Masuk gear dan van terus meluncur menuju ke kampung. Razak senyap, Amran pun sanyap. Senang hati Razak kerana berjaya juga dia menyampaikan amanah yg dipikulkan ke bahunya. Namun tetap susah hati memikirkan tindakan Amran nanti. Kalau Amran sekadar redha sahaja, dia, Salim dan Leman tetap akan menyokong juga.

Sambil memandu, Amran capai bungkusan air teh tarik yg tergantung. Terus disedutnya. Sekali sedut terus habis.

RAZAK : Woi, Am! Tu teh semalam..!!!

Sudah terlambat kerana teh basi semalam sudah pun selamat mendarat di dalam perut Amran.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now