PART 116 : PELAN MELARIKAN DIRI

132 0 0
                                    


Walaupun mereka berempat tak berenggang sejak dari kampung, hingga ke masjid di kampung sebelah, sampailah mereka kembali ke kampung semula, namun mereka lebih banyak berdiam diri. Kalaupun ada yg mereka bualkan sedikit hanyalah tentang stor getah. Sebaik kembali ke kampung, dengan tergesa2 Amran meminta diri untuk pulang. Perutnya memulas, katanya. Kali ini memang betul2 memulas. Racun dari teh tarik basi yg diminumnya sudah menunjukkan kesan sampingan. Peliknya, bagi Amran itulah yg diperlukannya ketika ini. Sebelum pulang ke rumah, Amran sempat memaklumkan rakan2nya bahawa dia mungkin tak berkesempatan menghantar getah pada petang nanti kerana masalah kesihatan.

Fikir Amran, petang ini dia hanya hendak berehat di rumah. Jauh dari rakan2nya yg lain. Bukanlah dia marahkan mereka kerana menyibuk halnya dan Fariha. Cuma dia buntu. Dia tak tahu apa patut dibuatnya. Selama ini dia berjaya memujuk hati untuk menerima jika takdir tidak memihaknya. Namun, apabila hal itu dibangkitkan semula oleh Razak, dia kembali resah.

Nasi putih dengan ikan bilis goreng berlada yg dihidang untuk makan tengah hari tidak dapat membuka selera Amran. Perut dan hatinya masih resah. Gelisah dan tak keruan. Pakcik Latif berbual2 dengan Amran sambil makan. Amran tahu isunya. Tetapi tidak isinya. Dia tahu ayahnya bualkan tentang kerjayanya sebagai pemandu van getah. Namun akalnya tidak mampu mentafsir dengan tepat segala butir yg disebut oleh ayahnya. Entahkan responnya betul atau tidak, pun dia tak tahu.

Lepas makan, Amran terus ke tandas semula. Makcik Kiah membebelkan Amran kerana kecuaiannya hinggakan terminum air teh basi. Amran tiada hujah untuk membela diri. Ditadahkan sahaja telinganya.

Amran ambil kesempatan sepenuhnya atas cirit birit yg dideritainya. Dia langsung tidak keluar rumah. Ke surau pun tidak. Walaupun Makcik Kiah membebel mungkin kerana rimas dengan kehadiran Amran sepanjang petang hingga ke malam, namun Amran keraskan hati untuk terus membatu di dalam rumah.

PAKCIK LATIF : Kek surau tadi Tuk Said tanyo an kau.

AMRAN : Tanyo apo bah?

PAKCIK LATIF : Esok kau poi ghumah dio tak?

AMRAN : Ontah. Tgk la camno.

PAKCIK LATIF : Dio koba, kut tak sihat, rehat yo la kek ghumah.

AMRAN : Yolah.. Tadi ado satu trip gotah tak sompek hantar.

PAKCIK LATIF : La.. Tadi kau koba dah hantar semuo.

AMRAN : Bilo lak?

PAKCIK LATIF : Tadi maso makan tongah hari. Kau kato dah hantar dah sumo gotah.

AMRAN : Lupo.. Haha.. Ado sikit laie sebona eh.

PAKCIK LATIF : Esok tak sompek nak hantar. Luso lak tutup. Isnin la baru hantar nampak eh.

AMRAN : Ontah. Tengok la camno.

Sambil berbaring menanti lena, Amran nampak laluan melarikan diri untuk esok. Kalau perutnya masih sakit, dia sembunyi sahaja di rumah. Kalau perutnya sudah tidak sakit, dia akan cari jalan untuk keluar menghantar baki getah. Yang penting, dia hendak elakkan diri dari hadir ke majlis pertunangan Fariha.

Rancangan itu kelihatannya baik. Namun suatu sudut lain dalam hatinya bagaikan memprotes. Tindakan itu hanya akan membuatkan Amran menyerah kepada nasib. Dia tidak memperjuangkan hasratnya sendiri. Sudut lain hatinya itu mempersoalkan, adakah melarikan diri satu2nya tidakan yg terbaik utk dia lakukan?

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now