PART 123: TAUKE LEONG BERCERITA

190 0 0
                                    


Lama juga fikiran Amran melayang ke serata sudut. Keluarganya, kawan2nya, org2 kampung, KFC, hinggalah Ai Lin. Malah fikirannya turut menerawang mengingatkan drama Kadir dan lebai yg didengarnya dari corong radio tadi. Sedikit sebanyak dia terkesan juga dgn drama itu. Kasihan Kadir, fikirnya. Namun Kadir bertuah kerana segala kemelut yg menimpanya hanya berlaku di dalam drama sahaja.

Sudah hampir tengah hari. Amran memutuskan untuk kembali semula ke stor lepas Zohor nanti. Dia tak sanggup tunggu esok. Bukan sebab dia rindukan Ai Lin. Cuma terlalu banyak persoalan yg memerlukan jawapan dan dia mahukan jawapan segera. Dia tak mahu bawa pulang beban yg berat di dalam kepalanya.

Seperti yg dirancangkan, Amran kembali ke Terachi. Namun dia tidak terus ke stor sebaliknya memberhentikan van di bahu tidak berapa jauh dari stor. Masih ramai org menjual getah. Sebab itu Amran tak mahu datang dekat. Baik dia memerhati dari jauh sahaja. Mungkin bila Ai Lin habis kerja dan hendak pulang nanti baru dia bergerak ke stor. Amran nekad. Dia tak peduli apa pun yg mungkin pekerja2 stor Tauke Leong akan katakan. Dia tetap mahu jumpa Ai Lin.

Pelanggan makin surut. Namun kelibat Ai Lin masih tak kelihatan. Tentu dia masih berada di dalam. Mungkin sedang memperkemaskan dokumen2 dan akaun jualan. Amran sabar menunggu.

Lori sudah menghidupkan enjin. Ai Lin masih tak kelihatan juga. Lori mengundur dan masuk ke jalan lalu terus meluncur meninggalkan perkarangan stor. Kereta Tauke Leong masih ada di tempat parkirnya. Pintu stor juga belum dikunci. Bermakna masih ada org di dalam stor. Tauke Leong, Ai Lin dan siapa lagi? Amran tertanya sendir, adakah mereka berduaan di dalam stor? Ingin sahaja dia pergi menjenguk, namun dikeraskan hati untuk sekadar melihat sahaja dari jauh.

Akhirnya Tauke Leong keluar. Dia terus menutup rapat pintu stor lalu menguncinya dengan sebentuk mangga. Ai Lin masih tak kelihatan. Puas Amran membeliakkan matanya malencari2 kelibat amoi itu. Sah, Ai Lin tiada. Tauke Leong terus masuk ke dalam keretanya. Enjin dihidupkan. Dari tingkap, Tauke Leong melambai ke arah Amran. Rupanya kehadiran Amran disedari. Tauke Leong memandu keretanya ke arah van Amran lalu memlnghentikan di sebelah van.

T. LEONG: Aiya.. Apa awak buat sini?

AMRAN: Takdo apo la tokey. Sajo yo..

T. LEONG: Haha.. Awak tunggu Ai Lin kan?

AMRAN: Ish.. Mano lak.. Takdo la.

T. LEONG: Saya tau la. Hahaha.. Esok awak ada date dgn dia kan.

Tak sangka Tauke Leong sudah tahu hal itu. Peluh halus mula merembes di dahi Amran. Kelenjar liur juga tiba2 aktif. Amran telan liur. Tauke Leong tersengih2 lalu mematikan enjin dan keluar dari kereta. Dia berdiri bersandar di pintu keretanya. Dikeluarkannya sebatang rokok lalu disuakan ke mulutnya dan dibakar. Sekali sedut dan sekali hembus, lalu kotak rokok dihulurkan pula kepada Amran. Dengan sopan, Amran menolaknya. Dia tidak merokok, katanya.

T. LEONG: Ai Lin tu sangat baik. Awak jangan risau. Dia mau kawan sama awak saja.

AMRAN: Err..

T. LEONG: Dia tu tak banyak kawan. Dulu masa sekolah dia tinggal asrama. Semua kawan perempuan. Lepas habis sekolah dia kerja sama saya. Kawan dia cuma pekerja2 saya saja. Semua org tua. Bukan tua sangat la. Saya pun muda lagi. Tapi tua juga la. Haha.. Customer2 pun semua org tua2 saja. Awak sorang saja yg muda sikit datang sini jual getah hari2. Jadi dia nak kawan dengan awak. Itu saja..

Amran masih diam. Khusyuk dia mendengar cerita Tauke Leong. Namun masih banyak persoalan dalam benaknya.

AMRAN: Ese bukan apo tokey. Polik lak tibo2 dio nak berkawan.

T. LEONG: Jadi awak takmau kawan sama dia?

AMRAN: Eh bukan camtu. Ese ni pun tak banyak kawan pempuan. Cino, lagi la tak ponah.

T. LEONG: Haha.. Jangan risau. Dia selalu nampak lain macam bila awak datang jual getah. Pekerja saya yg lain selalu usik dia.

AMRAN: O.. Yo ko? Haha..

T. LEONG: Semalam org lain cabar dia bercakap dgn awak. Dia berani. Jadi dia tunggu awak, kata nak datang hantar getah lagi satu trip.

AMRAN: Semalam? Ese tak jadi datang trip lagi satu tu.

T. LEONG: Tu la.. Lama dia tunggu semalam. Pukul 6 baru dia tutup stor.

Amran termenung sejenak. Tidak disangkanya Ai Lin begitu bersungguh2 hendak berkawan dengannya. Namun dia masih curiga, apakah Ai Lin ikhlas atau hanya hendak memenuhi cabaran pekerja2 Tauke Leong yg lain?

AMRAN: Er.. Tauke.. Mano Ai Lin?

T. LEONG: Sudah balik.

AMRAN: Laa..

T. LEONG: Tadi dia cakap nak balik awal. Rumah dia dekat saja. Dia duduk sana dengan keluarga angkat.

AMRAN: Keluago boto eh kek mano?

T. LEONG: Dia punya mak dgn bapa sudah mati. Adik beradik pun tada.

AMRAN: Eh, takkan la kot..

T. LEONG: Kenape? Tak percaye?

AMRAN: Tadi dio kato nak pinjam kereto ayah eh..

Tauke Leong sengih. Selepas menjentikkan puntung rokoknya ke tanah, dia menepuk2 bumbung keretanya.

T. LEONG: Dia memang suka gurau. Dia panggil saya papa. Hahaha..

AMRAN: Aaaa...?

T. LEONG: Saya selalu panggil dia darling. Hahaha..

Amran turut ketawa. Dia dapat merasakan Ai Lin perlukan kasih sayang keluarga. Dia seorang yg sangat ceria dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

T. LEONG: Amran.. Dia sangat baik. Dia betul2 mau kawan sama awak. Dia punya bapa angkat pun saya kenal. Ai Lin tak berapa suka bapa angkat dia. Bapa angkat dia selalu cuba kacau dia.

AMRAN: Biar boto ni tokey..?

T. LEONG: Butul.. Kalau awak boleh bawa dia masuk Islam pun dia mesti mau. Sekurang2 ada orang boleh jaga dia lagi baik daripada bapa angkat dia.

AMRAN: Ish.. Ese ni bukan baik bona tokey.

T. LEONG: Ok la Amran. Esok awak jumpa Ai Lin kan. Jangan risau.. Saya bagi kereta.

AMRAN: Er.. Tokey. Ese sebona eh takdo lesen.

T. LEONG: Laa.. Ini van boleh bawa pulak?

AMRAN: Hantam yo. Ikut jalan kampung.

T. LEONG: Takpa.. Jangan risau. Ai Lin ada lesen.

Perbualan mereka berakhir. Banyak juga jawapan yg melegakan fikiran Amran. Amran semakin mengerti Ai Lin. Tidak sabar pula dirasanya untuk menunggu esok. Wajah Ai Lin berlegar2 di dalam ruang fikirannya. Memikirkan bahawa semalam Ai Lin menunggunya hingga lewat petang, Amran sedikit rasa bersalah. Esok, Amran berazam akan menebus rasa bersalah itu.

Van terus diluncurkan menuju ke kampung. Dengan hati yg lega dan berbunga2, Amran terus memandu seberapa perlahan kerana dia perlu masa untuk menstabilkan semula riak wajahnya. Dia tak mahu tersengih2 di depan rakan2nya di kampung nanti. Tentu pelik jika dia dilihat tersengih2 pada hari pertunangan Fariha. Bukanlah maknanya dia perlu bersedih, namun tersengih gembira sangat tak kena dengan situasi. Dan mustahil dia akan menceritakan kepada rakan2nya tentang Ai Lin.

Sebaik tiba di stor getah, rakan2nya yg lain sedia menunggu. Semuanya dengan wajah ceria beriringan mendapatkan Amran tanpa sempat Amran mematikan enjin.

RAZAK: Am.. Berito baik.

AMRAN: Apo?

RAZAK: Abg Tapa ....

SALIM: Kut iyo pun moh la ke dalam dulu. Sonang nak burak. Haha..

LEMAN: Ontah.. Tak menyompek kau ni Jak..

RAZAK: Bondo baik, elok dicopek an. Hahaha..

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now