AMRAN: Hari ni cuti ko?
SALIM: Ai..? Cuti la..
AMRAN: Takleh kojo ko ari ni?
SALIM: Ekau jangan memacam Am. Kito dah ondewey nak poi Kentaki ni. Alak kau tetibo nak kojo lak ni?
AMRAN: Maksud den, potang kang.
LEMAN: Potang kang? Kau nak bukak stor potang kang?
AMRAN: Aah..
SALIM: Kan Abg Tapa dah posan kek org kampung, stor tak bukak ari ni..?
AMRAN: Den lak dah posan kek abah den tadi, koba kek org kampung stor bukak potang. Ambik lantun yo.. Esok baru jual. Kalau den sensorang pun buleh. Timbang, simpan lam stor. Tu yo.. Bukan nak kono angkut masuk van pun.
LEMAN: Elok yo tu. Ado yo hasil eh..
AMRAN: Tu yg den pikir. Nak cover balik rugi jual gotah kek Atong selamo ni, mungkin ado yg nak motong. Buleh yo simpan lantun kek rumah sendiri. Tapi sapo buleh tahan bau eh.
SALIM: Ooo..
AMRAN: Tapi macam den koba tadi la. Kalau kau betigo nak cuti, kut ado plan lain, takpo la. Den sorang pun buleh hendal stor.
SALIM: Puko berapo kau koba kek abah kau nak bukak stor?
AMRAN: Lopeh Asar.
SALIM: Buleh la kot..
Semuanya sebahagian rancangan Amran. Dengan harapan ruang simpanan getah sekerap di stor penuh pada petang ini, maka ada alasan yg kuat utk dia segerakan trip pertama menghantar getah ke Terachi esok. Trip pertama itu pula akan dijalankan pada ketika hampir waktu puncak apakala ramai org kampung mula datang menghantar getah ke stor. Harapan Amran, kesibukan urusan di stor akan menahan Razak untuk turut membantu sedangkan lambakan getah sekerap perlu dikosongkan segeran untuk memberi ruang kepada getah sekerap baru. Maka, Amran boleh beransur menghantar getah ke Terachi lebih awal, tanpa diiringi Razak.
SALIM: Sobut namo Atong tadi, tetibo den ghaso menyirap. Berbulan2 dimongak eh org kg. Raso eh dah buleh poi haji dah deh tu.
LEMAN: Tu la.. Banyak untung dio dapek tu. Boli murah kek org kampung, jual mahal kek kilang.
AMRAN: Org yg takdo kobun gotah pun menyirap. Inikan pulak keluargo den yg memang bergantung hidup kek hasil gotah ni.
SALIM: Boto tu Am. Atong tu memang handa membongak. Kono kerumun kek org kampung pun dapek jugak deh lari.
LEMAN: Takdo lak sesapo tau kek mano ghumah eh kan..
AMRAN: Lantak la deh ai. Buek sakit ati yo dikonang2 an.
Bila Amran kata begitu, Salim dan Leman terus hentikan isu Ah Tong. Mereka faham, Amran paling terkesan dengan isu itu. Tambahan pula, mereka takut juga kalau isu itu terus dibualkan, mungkin fokus Amran ke atas jalan raya terganggu seterusnya mengundang bahaya.
Di awal perjalanan tadi mereka banyak bersembang tentang KFC yg sedang mereka tujui. Namun Salim cadangkan mereka jangan menyentuh hal KFC lagi demi memendamkan keghairahannya hingga tiba ke Bahau nanti. Semua setuju, tetapi akibatnya mereka terus kehilangan isu untuk dibualkan.
AMRAN: Sonyap yo Ajak?
LEMAN: Membuto. Dari Gontam tadi dio dah lolap dah.
SALIM: Laa.. Padan la tak donga lawak bod0h eh..
Salim berpaling ke belakang. Razak sedang enak menyandarkan kepala di pintu kereta dengan mata tertutup rapat. Amran memperlahankan kereta lalu dihentikannya di bahu jalan.
AMRAN: Man.. Kau kojut Ajak. Koba dah sampai.
Salim mula ketawa tertahan2 membayangkan rancangan Amran. Leman pula dengan serius menurut arahan. Salim turut membantu mengejutkan Razak.
RAZAK: Hah..! Dah sampai? Hadui.. Apo kau tak kojut den awal2 tadi. Den nak tengok Batu Kikir jematan bosi..
LEMAN: Banyak la jematan bosi kau.
Amran keluar dari kereta tanpa mematikan enjin. Begitu juga dengan Salim dan Leman. Melihatkan rakan2nya sudah keluar, Razak cepat2 membuka pintu dan hendak keluar juga. Jelas terpancar keceriaan di wajahnya. Semua orang tahu apa yg bermain dalam fikirannya. Namun sebaik keluar, Razak terpinga2. Apa yg dilihatnya hanyalah kawasan ladang getah serta ada beberapa deret kedai.
RAZAK: Eih.. Bahau ko ni?
SALIM: Tak la.
RAZAK: Koba dah sampai.
LEMAN: Dah sampai Jemapoh. Bahau lom laie..
Salim dan Leman giat berganding bahu bergelak ketawa. Razak pula gigih bersungut dan mengecam sendaan rakannya yg sanggup berpakat demi mengganggu tidurnya. Namun, perhatian mereka segera teralih ke arah Amran yg tidak menyertai mereka mentertawakan Razak.
AMRAN: Kau tengok lori tu.
Semua mengalihkan pandangan ke arah yg ditelunjuki Amran. Kelihatan di satu lorong ladang getah, sebuah lori satu tan diletakkan di situ.
AMRAN: Den nampak plat eh macam WY123.
SALIM: Aah.. WY123.
RAZAK: Lori Atong.
LEMAN: Lori adik Atong.
RAZAK: Yo la.. Tapi adik Atong pun Atong jugak namo eh.
Semasa zaman persekolahan mereka dahulu, mereka pernah menaiki lori itu semasa mengambil upah dari adik Ah Tong yg juga bernama Ah Tong untuk menebang buluh di hutan. Bukan itu sahaja, lori itu juga sekali sekala masuk ke kampung untuk mengutip barang2 yg boleh dikitar semula. Dengan arahan Amran, keempat2 mereka masuk semula ke dalam perut kereta. Kereta dipandu ke arah lori Ah Tong dan dihentikan di bahu jalan yg berhampiran dengan lori tersebut.