Part 132: PELUANG

169 0 0
                                    


Tiba2 pakcik yg kuat membebel itu senyap. Ayatnya yg terakhir tergantung tanpa nokhtah. Dengan perlahan, dia menapak ke belakang. Selepas dua tapak, dia terus melarikan diri ke arah jalan raya dan hampir dilanggar sebuah kereta.

Rakan berempat itu pasti ada sesuatu di belakang mereka yg mengalih perhatian pakcik kurang siuman tersebut. Seorang gadis berambut pendek sedang berdiri tanpa kata sambil menjulang penyodok sampah. Melihatkan pakaiannya, mereka percaya gadis itu pekerja KFC.

GADIS: Org gilo tu. Tapi kalau nampak penyodok sampah, takut deh..

RAZAK: Ooo.. Den baru nak slowtalk mo dio tadi. Nak ajak bincang elok2. Takyah la gaduh2. Gilo lak ghupo eh..

GADIS: Takleh dibawak berunding tu doh. Kang kut kau kau jadi gilo sekali.

RAZAK: Bahayo jugak Bahau ni yo. Patut bawak penyodok sampah jenjalan, sebagai senjato.

GADIS: Hihihh.. Ni datang awal2 nak interbiu ko ni?

LEMAN: Interbiu?

Tak sempat mereka berbual lebih lanjut, satu suara memanggil dari arah dapur. Rakan sekerja gadis rambut pendek itu memanggilnya kembali ke dapur untuk sambung bekerja. Dari situ mereka tahu gadis itu dipanggil Atun.

ATUN: Den tau la. Kecoh lak ai kau..!!!

RAZAK: Poi la Tun. Kok kono potong gaji lak kang.

ATUN: Potong gaji tu tak la kot. Cumo den maleh nak gaduh2 mo budak gomok tu. Kalah den nanti. Hahaha.. Dio tu harap muko yo tak lawa, tapi gagah pekaso.

RAZAK: Hahahahaa.. Dah la Tun. Poi sambung kojo.

ATUN: Haha.. Good luck interbiu. Kau puji2 sikit menejer tu. Sonang la dapek kojo. Sobab pekojo lelaki memang kurang kek sini.

RAZAK: Yo lah.. Tengok lah.

Atun berlalu meninggalkan mereka. Pandangan mereka mengiringi Atun hingga gadis itu tenggelam dalam perut dapur restoran KFC. Kemudian, perhatian mereka teralih pula kepada sehelai poster jawatan kosong yg tertampal di dinding restoran. Pengurusan restoran sedang menjalankan temuduga terbuka untuk mengisi beberapa jawatan yg ditawarkan. Menurut maklumat dari poster itu, temuduga dijalankan setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

SALIM: Patut la dio ingat kito nak intebiu.

RAZAK: Ok jugak ni. Gaji $350 sampai $650. Siap makan disedio an. Makan Kentaki tiap2 hari jawab eh.

AMRAN: Cantik jugak ni.

LEMAN: Habih.. Camno dgn stor gotah? Sapo nak urus an?

AMRAN: Haha.. Jgn serius bona Man.

RAZAK: Kato org, peluang tak datang selalu. Sekali dio datang tu, robut..

SALIM: Kito nak bediri sini yo ko ni? Baik duduk dlm kereto. Buleh yo menyandar.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now