“ Kerana kau, aku perlu menanggung akibatnya. Terima kasih. ”
↭
Peluh memenuhi dahi lelaki itu. Dahinya berkerut seakan bermimpi sesuatu yang buruk. Cadar digenggam sekuat yang mungkin. Bantuan pernafasan yang dipakai dipenuhi wap dek deru nafasnya terlalu cepat dan kuat.
Tititititititit—
Mata membuntang memerhati manusia berkot putih di kiri dan kanan. Dada naik turun menahan gelisah yang memakan jiwa. Ingin sahaja dia menjerit, namun saat melihat jarum yang telah tersedia memaksa dia untuk menenangkan diri.
Tidak. Lelaki itu tidak mahu tidur lagi. Dia ingin sedar. Dia ingin berhubung dengan realiti. Dan perkara itu tidak dapat dilakukan sekiranya dia terus - terusan begini.
Laju dia menggeleng kepala tanda tidak mahu disedatif. Bunyi mesin yang semakin perlahan seakan memujuk doktor tersebut menyimpan jarum itu.
"—ut." Jimin cuba berbicara namun suaranya terlalu lemah. Doktor tersebut tunduk lalu mendekatkan telinganya pada mulut Jimin.
"Out... I want to get... out." Suaranya sedikit menggigil. Menandakan lelaki itu masih belum cukup kuat. Doktor tersebut terus menggelengkan kepala tanda tidak setuju.
"I'm sorry Mr. Vladimir. You're still weak." Pujuk doktor itu perlahan sambil meletakkan kembali tangan Jimin yang ingin mencapainya.
"Vada (water)..." Sepatah Jimin berkata lagi. Tekaknya yang kering benar - benar mengganggu dirinya. Permintaan Jimin kali ini cepat - cepat dipenuhi. Salah seorang jururawat yang berada di situ pantas menuangkan air kosong ke dalam cawan dan turut membantu Jimin meminum air tersebut.
"Vladi?" Satu suara muncul di muka pintu. Jimin menoleh perlahan untuk memandang wajah puan Victoria.
"Mat' (mother)...."
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...