🎈12

333 27 3
                                    


shaza berdiri di tengah tengah kepadatan orang ramai sambil tangannya memegang buku jurnal.

" kau tengah buat apa sekarang? " tanya faiq bingung.

bila shaza katakan dia tak percaya. memang dia maksudkan yang dia tak percaya seseorang itu. contohnya macam faiq sekarang nih. satu apa dia tidak tahu . dia cuma mengikut tapak di mana shaza manapak. dengan membabi buta dia ikut anak gajah itu tanpa ada idea kemana arah tuju mereka seterusnya.

nasiblah anak gajah itu gemuk. kalau tak susah juga dia hendak cam perempuan itu di kepadatan orang nih. okey. dia perlu akui itu kelebihan yang ada pada shaza.

anak gajah itu, sekali dia jalan laluan tuh. orang akan bagi laluan kat dia. jadi dia tak perlu susah payah nak mengelak dari melanggar orang .

" kita kena masuk situh . jom. " kata shaza selamba selepas menunjuk kearah satu club yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

" huh? club tuh?" kata faiq.

"iya . aku nak jumpa seseorang." kata shaza sebelum berjalan tanpa ragu .

" this will going to be bad." kata faiq sebelum menurut langkah shaza arifah itu.

masuk sahaja club itu dentuman kuat lagu dalam club itu menerpa gegendang telinga mereka. dan juga manusia manusia yang membanjiri club itu. serius! penuh! tambah pula manusia manusia di dalam ini rata rata boleh dikatakan tidak cukup kain pakaian mereka nih.

shaza menelan liur melihat suasana di club itu. yelah. dia masih suci daripada menapak tempat seperti ini. dan tempat ini bukan termasuk bucket list tempat yang dia hendak pergi. ini sebab terpaksa sahaja dia menapak ke situ.

" kau nak cari apa! " tanya faiq dengan suara yang kuat. kalau tak kuat tak dengar pulak.

" cari perempuan yang pakai gaun merah separas lutut. " balas shaza.

" oh, okey. " kata faiq lalu matanya segera meliar dan scan orang orang di dalam itu .

" shaz ! arah pukul 3. dia masuk bilik private tuh. " kata faiq. well ketinggiannya yang mengalah itu membantu lah jugak tak sia sia dia tinggi.

" jom. rasanya dia dah tahu kita cari dia. " kata shaza. lalu berjalan ke bilik itu.

" aik! mana dia hilang?" faiq tercari cari shaza . tadi dia ada di hadapannya. setelah seketika dia nampak kelibat itu sudah jauh kehadapan. rupa rupanya shaza tadi,lupa hendak cakap kuat sikit pada faiq. di sebabkan itu, faiq ketinggalan dan kata shaza tadi hanya didengari oleh dia sendiri.

kesian faiq. 

"faiq! cepatlah sini. "panggil shaza . yang berpatah balik untuk mengangkut perisainya itu. kalau apa apa jadi pada dirinya susah pulak... lagi kacau bilau . baik faiq yang menjadi korban . lalu faiq mengikut shaza untuk masuk ke bilik itu.

dengan selamba mereka merempuh masuk ke bilik itu tanpa etika. well tempat macam nih ada etika ke? dan kornea mata mereka bertembung tepat dengan figura yang mereka cari.

wanita bergaun merah yang menggoda dengan tubuhnya berlekuk ideal ,kulit yang putih dan mulus, rambut ikal mayang yang dibiarkan lepas melepasi bahu nya yang terdedah itu. bak kata orang , manusia perfect lah! 

tapi mata shaza terbuntang apabila melihat situasi yang tidak senonoh terpamer di dapannya . perempuan itu berada di atas peha seorang lelaki seperti mix arab america.butang baju lelaki itu sudah separuh terbuka . dan itu membuatkan shaza beristigfar di dalam hati lalu segera memalingkan badanya.

malunya!

faiq menjeling melihat shaza yang memaling di sebelahnya. keningnya terangakat hairan . dah kenapa anak gajah itu?

Make me Twisted By You ✓Where stories live. Discover now