Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dim Chae berdiri di depan Seoullete High School, lengkap berpakaian uniform sekolah baru dan dibahu juga tergalas beg sekolah.
Melangkah masuk ke alam persekolahan baru bukan suatu yang mudah dan indah. Lagi-lagi bila member kau tak ada. Lepastu nanti tak jumpa member baru sekepala dengan kau.
Sedih hidup.
Ting! Satu notifikasi whatsapp masuk dan spontan Dim Chae capai smartphone dari poket blazer. Skrin telefon ditatap seketika.
"Tch. Bukan nak bagi wish goodluck ke apa aku masuk sekolah baru. Madah suruh dekat dengan budak-budak famous kat sini demi kepentingan sendiri. Geez!" Jeling Dim Chae sebal. Rasa nak bagi pelempang gajah pada si rakan.
"Tapi, kalau aku tumpang famous sekali apa salahnya. Ehek!" Dia sengih sendiri. Daripada apa yang Biy dan Chanee cerita, Seoullete High School ni ramai budak famous insta-star.
Maka, Dim Chae beruntunglah dapat masuk sekolah famous. Boleh jadi famous.
Ting! Belum sempat smartphone disimpan semula dalam poket blazer, satu lagi pesanan masuk. Skrin smartphone ditatap sekali lagi.
"Ini lagi sorang." Gerutu dia tatkala nama Chanee yang terpapar. Ah, malas nak layan. Gadis itu terus menapak masuk ke dalam kawasan sekolah sambil simpan telefon dalam kocek blazernya kembali.
"Besar nak mampus sekolah ni. Pejabat kat mana?" Dia bingung sendirian. Tambahan tiada siapa yang ada kat luar bangunan sekolah memandangkan jam pun pukul 9pagi. Semestinya semua dalam kelas.
"Ini kalau cari tanpa bertanya mau mati dalam kesesatan." Kelibat cikgu lalu lalang pun takde ni.
Tiba-tiba sebuah motorsikal berkuasa tinggi berwarna hitam menerjah masuk melintasi pagar sekolah yang terbuka dengan laju.
Dim Chae terdorong ke tepi dan menoleh sebaik dirinya disergah dengan bunyi ngauman kuat motorsikal itu. Dia hanya memerhati setiap gerak-geri si penunggang sebaik dia parking motorsikal tak jauh dari dia berdiri dan dia belum lagi turun dari kenderaan itu.
Ah, dari gaya pakaian dia seorang pelajar lelaki. Cuma dia tak pakai blazer sekolah.
Amboi amboi amboi amboi, dia buat sekolah ni macam sekolah bapak dia aje yer nak datang pukul berapa.
"Urm, hello. Nak tanya..." Dim Chae menegur dari belakang setelah dia menapak rapat dan selepas pelajar lelaki itu menanggalkan helmet berwarna hitam matte dari kepalanya.
Berkerut teruk dahi Dim Chae sebaik terhidu sesuatu datangnya dari pelajar lelaki yang berdiri membelakangi dia. Tutup hidung.
Eee busuk! Bau rokok. Eh, dia ni merokok ke?
"Urm, pejabat sekolah kat arah mana ea?" Soal Dim Chae ketepikan hal bau tadi. Namun, soalan dibiar sepi. Lelaki itu betulkan rambutnya agak panjang sebelum turun dari motorsikal.
Eh tak potong rambut ke mamat ni? Berani betul dia bawa masuk rambut macam ni ke sekolah?
"Saya tak tahu sangat sekolah ni. Student baru." Dia cuba beri penjelasan pula asbab musabab dia bertanya sambil tersengih.
Terkebil kebil Dim Chae tunggu soalan berjawab.
Bag galas di atas motorsikal mewah itu disambar oleh tangan kekar seraya tubuh tinggi lampai berpusing ke arah Dim Chae. Beg digalas ke bahu.
Spontan Dim Chae mendongak kepalanya tinggi dan tercengang buruk dia saat melihat wajah pelajar lelaki itu.
Tag nama, Jeon Jungkook.
"That's not my problem." Balas dia seraya meninggalkan Dim Chae yang masih terkapai-kapai tak tahu arah mana pejabat sekolah.
"Hah, heol." Decitan kecil dari Dim Chae. Rambut disebak ke belakang. "Tak sangka yer, makhluk pertama sekolah ni yang aku jumpa tu kau." Bebelnya sendiri teringat akan kejadian semalam dia terjumpa lelaki yang sama di restoran makanan Jepun.
Lelaki yang duduk di meja hadapannya.
"Yah~!" Tempik Dim Chae separa kuat. Lelaki bertag nama Jeon Jungkook berhenti menapak. Dia menoleh ke belakang memandang Dim Chae yang sudah bercekak pinggang.
Heish mamat ni memang minta smackdown. Sebaris gigi diketap geram menatap Jungkook yang berdiri tak jauh darinya tajam. Manakala Jungkook hanya beriak kosong dan malas.
"Orang tanya elok-elok, jawab elok-elok tak boleh ke?" Soal Dim Chae tak puas hati kepadanya. Aish! Macam mana dia boleh jumpa mamat ni pada waktu ni? Nasib malang betul.
"Arah ni." Jungkook menunjuk arah pejabat sekolah di sebelah bahu kanannya menggunakan dagu yer dagu sungguh pemalas ini anak.
"Puas?" Soal lelaki itu pula sebelum betul-betul blah dari situ.
"Tahu kau takut. Kan senang bagitau kat mana. Ini tak. Aush! Sumpah ini bener2 bikin guwe mendidih!... Lelaki berupa memang hanat2 belaka ke perangai? Tak paham akuh!" Dim Chae menjeling tajam kelibat Jeon Jungkook yang sudah jauh dan mula menapak ke arah lorong yang ditunjuk tadi.
"Tapi,.."Dim Chae berhenti.
"Dia tak perasan aku ke?" Soalnya.
"Tch, kita ni bukan penting pun buat dia. Nak perasan apa. Baguslah. Aku tak kenal dia dia tak kenal aku. Full stop."
Dim Chae sambung berjalan. Namun, apa yang dia jumpa bukan pejabat sekolah melainkan sebuah peta sekolah tertampal di hujung koridor bangunan. Tidak berkedip walau sesaat gadis itu merenung peta sekolah dengan hati yang—