Kau tahu,
Kalau aku mampu,
Kau dulu yang aku ambil nyawa.Aku benci,
Namun aku tak mampu,
Kerna rasa itu datang seketika,
Namun sakitnya masih perit jua terasa.Aku tak mampu,
Aku sakit,
Jiwa aku tak disaluti besi,
Ada masa jiwaku lemah,
Menanti bila berakhir waktu ini.Bukan niat aku membenci,
Namun ada tikanya aku terlepas bicara,
Aku cuma manusia,
Yang punya hati,
Sewajarnya aku rasa terluka,
Rasa mahu ditikam berkali-kali.Aku sudah penat menyoalkan kenapa,
Mengapa aku,
Jalan hidup yang berliku,
Terasa payah untuk aku jalani,
Lemah terasa seluruh jiwa,
Hingga aku hanya menanti,
Dan terus menanti,
Bila jantungku mahu terhenti.Bukan aku tak sayang,
Aku turut sama terhiris dan terluka,
Tapi apakan daya aku,
Hanya mampu menjagamu bersama doa.
Berdoa bahawa Dia sentiasa menjagamu.-25June2020
YOU ARE READING
Journey
PoésieBersama jiwa yang terluka, Aku salurkan pada setiap aksara, Moga rasa memudar, Menguatkan jiwa yang kian parah.