ADEENA mengeluh buat sekian kalinya, penat yang dia rasakan dengan hal yang berlaku semalam tidak habis lagi. Kelmarin dia harus selesaikan semua assigment yang diberi oleh lecturer.
Semua hal itu harus dia siapkan sebelum dia cuti kahwin bermula pada hari ini. Penat bersengkang mata pada malam hari. Sekarang dia dalam perjalanan ke rumah bakal ibu mertuanya.
Mahu mengambil cincin milik Aiden sebelum acara akad nikah bermula pada pagi hari esok. Baby kuningnya dia pandu perlahan masuk ke dalam kawasan rumah agam milik Aiden.
Setelah kereta terparking elok di bawah garaj bersebelahan dengan kereta mewah hitam berkilat milik Aiden dia betulkan sedikit tudung.
Adeena memalingkan wajah ke sisi.
"Eh, mak kau hijau!"
Gadis itu mengurut perlahan dadanya yang terasa sesak. Terkejut dengan figura yang berdiri memeluk tubuh di tepi keretanya.
Lock dibuka kemudian pintu keretanya dibuka daripada luar oleh Aiden. Kelihatan lelaki itu segak berpakaian santai. Hanya sehelai tshirt pagoda berwarna hitam dan seluar pendek paras lutut terletak elok di badan lelaki itu.
"Baru sampai masa ni?"
Adeena menjeling. Aiden ada nampak dia sampai pagi tadi ke?
"Ha'ah, malam tadi tidur lewat siapkan kerja campus. Pagi tadi pula pergi hantar semua kertas kerja yang Madam Azura bagi."
Aiden mengangguk mengerti. Terbias di wajah tunangnya itu kepenatan.
"Jom masuk mom dah lama tunggu nak lunch sekali."
Adeena mengangguk. Rasa malu masih membelenggu diri untuk bertemu mata dengan keluarga milik Aiden.
Sudah pasti Ariana juga berada di dalam.
"Ummm...Aid?"
"Yes?"
Aiden berpaling ke belakang apabila tangannya ditarik oleh Adeena. Kening lelaki itu terjongket memandang gadis itu.
"Your sister Ariana ada di dalam?"
Menerima anggukan daripada Aiden membuatkan Adeena mahu masuk semula ke dalam kereta mini cooper kuningnya lalu berlalu pergi dari situ.
"Nah, it's okay my beloved lady. Ariana doesn't care about that stupid things anymore."
Adeena menggaru sedikit keningnya. Halah, benda dah lepas. Kalau Ariana berada di tempatnya mungkin akan berlaku benda yang sama.
"Jomlah masuk. I penat, nak balik cepat." Aiden mengangguk.
Langkah mereka berdua di aturkan ke arah pintu besar yang luas terbuka, bagai menggamit mereka berdua masuk.
"Eh, Deena!"
Seperti terkena renjatan Adeena setelah Adel menerpa ke arahnya. Nasib baik dia sempat berpaut pada lengan sasa milik Aiden. Kalau tidak sudah terguling dia di atas lantai marmar ini bersama dengan Adel berada di atas tubuhnya.
Adeena menggeleng, tidak dapat dia bayangkan bagaimana situasi sebegitu terjadi ke atasnya. Tengoklah tubuh Adel dengan tubuhnya. Jauh sangat perbezaannya. Jika tengok begini Adel lebih sedikit berisi berbanding dengan dirinya.