Bab 3

2K 152 4
                                    

Aku pulang ke rumah dalam keadaan yang lesu.

Penat!

"Lisa dah balik? Lambatnya balik"tanya Mama sebaik sahaja melihat aku.

Aku hanya mengangguk.

Tak ada mood nak cakap!

Aku duduk di meja makan.

"Lisa nak makan?"tanya Mama.

Aku mengangguk.

Mama memberi aku semangkuk bihun sup.

Aku mula menjamu selera.

"Sedapnyaaa"kataku sambil tersenyum.

"Ha baru nak senyum. Kalau tak, asyik masam je.."Mama ketawa.

Aku tersengih.

"Ayah mana?"tanyaku.

Daripada pagi tadi tidak kelihatan.

"Err... Ayah.. Err.. Ada meeting dengan client"balas Mama sambil tergagap.

"Kenapa ni Ma?"tanyaku.

Dari riak wajah Mama, nampak macam ada masalah.

"Mana ada apa-apa. Lisa makan dulu. Mama nak buat air"Mama kembali ke dapur.

"Macam mana aku nak bagitau Mama yang aku kena gantung kolej?.."bisikku.

Aku membawa mangkuk bihun itu ke depan televisyen.

Nak hilangkan stress sambil menonton televisyen.

Alat kawalan jauh televisyen dicapai oleh aku.

"Hmmm.. cerita apa yang best eh?.."

Siaran televisyen tidak ada satu pun yang menarik.

"Aik? Kenapa makan dekat situ?"Mama menghampiri aku sambil membawa segelas air.

"Nak tengok tv.."aku tersengih.

"Haih tengok berita je la.."

Sambil aku meneguk segelas air yang diberikan oleh Mama itu tadi, telingaku kedengaran suara yang sangat aku kenali.

"Hi everyone. I'm Tengku Zacky Firash. It's been a long time since..."

Suara tu!

Aku terus memandang pemilik suara itu di kaca televisyen.

"Kenapa dekat rumah pun ada muka dia ni?!!!.."aku cuba untuk menukar siaran tetapi alat kawalan jauh itu tiba-tiba rosak.

"Time-time macamni pulak nak rosak?!!!"bisikku.

"Handsome kan Tengku ni?"kata Mama tiba-tiba.

"Tak langsung!"aku cuba membaiki alat kawalan jauh itu tetapi masih tidak boleh berfungsi.

"Eh? Kenapa? Kenapa Lisa tak suka dekat dia?"Mama memandang aku dengan serius.

Aikk? Kenapa dengan Mama ni?

"Lisa tak suka orang macam tu. Berlagak!"balasku.

"Mana Lisa tau? Lisa pernah jumpa dia ke? Tak baik tau kata macam tu.."

Kenapa aku rasa Mama sedang backup lelaki ni?

Dan kenapa Mama kisah sangat bila aku kata aku tidak sukakan lelaki ni?

"Lisa tak suka dia. Dah la Lisa nak pergi mandi"mangkuk bihun diletakkan di dalam sinki sebelum aku naik ke bilik.

"Peliknya dengan perangai Mama harini?.."

Mr Royal, Im In Love! Where stories live. Discover now