Cik Alisa!.."bahuku terasa bergoyang sedikit membuatkan aku terjaga daripada tidur.
"Ha?.."aku membuka mata sedikit.
Kakak Nina berada di hadapanku.
Riak wajahnya nampak tidak begitu baik...
"Cik Alisa mesti baca buku ini... Cik Alisa tidak boleh tidur.."marahnya.
"Sorry tapi saya mengantuk sangat la.. Dah la buku ni bosan.."balasku.
"Ikut saya. Cik Alisa akan menjalani latihan seterusnya"aku akur.
Kali ini Kakak Nina membawa aku ke sebuah bilik yang kosong.
Tetapi di dinding, bercorakkan bunga-bunga merah jambu.
"Cik Alisa harus duduk dahulu"katanya.
Aku terus duduk bersila di atas lantai.
"Cik Alisa tidak boleh duduk bersila. Cik Alisa harus duduk macam saya.."
Kakak Nina menyuruh aku duduk bersimpuh.
"Eee macam-macam la.."bisikku.
"Sekarang ini, Cik Alisa harus belajar cara menuang air dengan betul"
Dua orang pekerja wanita membawa sebuah dulang yang berisi teko dan cawan kaca.
"Takkan la tuang air pun aku tak reti..."omelku.
Aku mengambil teko lalu menuang air ke dalam cawan.
"Cik Alisa harus menuang air dengan penuh lemah lembut dan dalam keadaan yang menegak"katanya.
"Penting sangat ke benda ni?.."aku sudah mula naik menyampah.
"Penting supaya Cik Alisa menjadi seorang yang lebih lemah lembut"
Aku kasar sangat ke?
Latihan menuang air sahaja memakan masa selama dua jam!
Aku sudah penat.
Kakiku juga sudah kebas kerana duduk terlampau lama macam tu..
"Latihan hari ini sudah tamat. Cik Alisa boleh berehat"
Aku terus bangun tetapi aku tidak boleh berdiri dengan tegak.
Kakiku kebas gila!
"Makan malam tepat pada pukul lapan malam dan Cik Alisa harus memakai baju ini malam ni. Cik Alisa mesti bangun esok tepat pada pukul lima setengah pagi"pesan Kakak Nina sambil menyerahkan baju itu kepada aku.
"Lima setengah pagi?! Kenapa awal sangat?"rungutku.
Aku mengambil baju itu lalu diletakkan di atas meja.
"Untuk sesi latihan Tuan Puteri. Saya pergi dulu"Kakak Nina meninggalkan aku.
"Ni latihan jadi Puteri ke atau latihan tentera?!.."
"Ah penatnyaaaaa!"aku terbaring di atas katil yang empuk itu.
Aku membuka baju dan membalutkan diriku dengan tuala untuk mandi.
Selesai sahaja mandi, aku tercari-cari baju yang diberikan oleh Kakak Nina tadi.
"Alamak! Baju tu aku tertinggal dekat bilik tadi......."
Aku membuka pintu sedikit demi sedikit untuk melihat di luar.
"Takde orang kan?..."bilik itu betul-betul berada tidak jauh daripada bilikku.
Tuala yang membalut tubuhku itu digenggam kuat.
Kakiku berjalan dengan laju untuk mendapatkan baju itu.
YOU ARE READING
Mr Royal, Im In Love!
RomanceSiapa sahaja yang tidak mengenali Tengku Zackry Firash? Atau lebih dikenali sebagai Prince Zack. Rupa parasnya yang sangat kacak dan memiliki tubuh badan seperti model itu menambat hati semua wanita. Tetapi, Tengku Zackry Firash tidak mempunyai pera...