Bab 9

1.8K 144 2
                                    

"ALISA SOFEA!!!"

"Err macam mana awak ada kat sini?.."aku menutup mataku dengan tangan.

"This is my room Alisa. I can be anywhere i want. Kenapa kau kat sini?"tanya Zack.

"Sebab err.... tak ada apa-apa la. Bye!"aku ingin keluar daripada tandas itu tetapi tanganku ditarik oleh Zack.

"Eee lepaslahh!"aku ingin melepaskan tanganku tetapi gagal.

Aku terlekat di dinding pintu tandas itu.

Wajah Zack sangat dekat denganku.

Badannya yang mempunyai six pack itu mengiurkan aku.

Rambut dan badannya yang masih basah itu membuatkan aku tidak tenang di situ.

Jantungku berdegup sangat kencang. Sangat!!

"Or kau dah tak sabar nak kahwin dengan aku?.."Zack menyentuh lembut mukaku.

Wajah Zack semakin lama semakin dekat denganku.

Aku memejam rapat mataku.

Tiba-tiba Zack ketawa.

Aku membuka mataku dan melihat Zack masih lagi ketawa sambil memeluk tubuh.

"Weird girl"Zack ketawa sambil menggelengkan kepalanya.

"Eeeeeee, jangan datang dekat dengan saya lagi!"aku menolak kasar badannya.

Kakiku laju keluar daripada biliknya.

Mukaku menjadi merah padam.

"Aaaaa malunyaaaaa!"

—————————————————————

Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba.

Jantungku berdegup sangat kencang.

Setelah bersiap dengan pakaian akad nikah, aku menjenguk di luar tingkap.

Ramai gila orang!!

Wartawan pun ada.

Camera penuh dekat mana-mana.

"Lisa..."Ibu dan Ayah muncul di depan pintuku.

Aku terus memeluk mereka.

"Lisa rindu gila dekat Ibu dengan Ayah..."

Ayah mengusap lembut kepalaku.

"Ayah nak minta maaf sekali lagi sebab Ayah, Lisa terpaksa buat semua ni.. Maafkan Ayah, Lisa.."

"Tak apa la Ayah... Mungkin jodoh Lisa dengan dia?.."balasku.

Hmm jodoh la sangat...

"Lisa jaga diri baik-baik okay? Dengar cakap suami. Jangan sesekali tinggi suara dekat dia.."pesan Ibu.

"Err tengoklah macam mana.."aku ketawa kecil.

Betul ke apa yang aku buat ni?...

—————————————————————-

Sekali lafaz sahaja, aku sah menjadi isteri kepada Tengku Zackry Firash.

Jantungku berdebar melihat orang ramai.

Kamera tidak henti menangkap gambar kami.

Naik kebas juga la mulut aku asyik tersenyum je...

Majlis penyarungan cincin bermula.

Zack tersenyum melihat aku.

"Mesti dia senyum sebab camera je... Kalau tak, memang tak la..."bisikku.

Mr Royal, Im In Love! Where stories live. Discover now