“ Mereka kata pandangan mata ini terlalu dingin. Ianya seakan sumpahan. Namun mereka tidak tahu, mata ini sudah hilang sinarnya setelah banyak air mata yang ditumpahkan. ”
↭
"Macam yang kita sangka, perempuan tu dah hilang. Dan orang kita ada nampak Vante keluar dari Rusia malam tu juga." Mikhail melaporkan pencarian yang dia dapatkan.
Sementara Jungkook terbaring di sofa satu lagi sambil bermain dengan Zolotoÿ. Dia masih menyesuaikan diri dengan kehidupan mafia. Baginya, ia tidak begitu susah dan berbeza dari yang sebelumnya.
Cuma lebih banyak darah ditumpahkan dan lebih banyak kekejaman disaksikan.
"Ke mana?" Soal Jimin yang menongkat dahinya. Pencarian Vante Kim masih berterusan. Setiap khabar tentang lelaki itu perlu sampai kepadanya.
"France." Balas Mikhail sepatah.
"Anastasia, aku tahu Vante yang ambil perempuan tu." Don tersebut mendesis penuh kebencian. Nama Vante dihujung lidah bagaikan membakar mulutnya.
"Mungkin, ada saksi yang nampak seorang lelaki berketinggian lebih kurang 171 cm." Jawab Mikhail malas lalu duduk di sofa berhadapan Jungkook.
Suasana senyap seketika dengan tiga lelaki itu masing - masing membuat kerja sendiri. Beginilah keadaan semenjak pengkhianatan Taehyung berlaku. Tiada lagi gelak ketawa.
Park Jimin, lelaki itu tidak mampu lagi untuk ketawa semenjak pemergian isterinya. Yang terganti hanya senyuman sinis, jahat dan penuh kepalsuan.
"Macam mana dengan sungai tu?" Suara Jimin yang kecil, berbeza dengan ton suaranya sebelum ini saat berbicara soal Vante memecah kesunyian.
Mikhail dan Jungkook masing - masing terhenti melakukan segala apa yang dilakukan saat itu. Sungai. Perkataan itu menandakan Don mereka sedang berbicara soal Yunhee.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...