♛30♛

1.5K 195 109
                                    

Lelaki yang agak tinggi lampai itu membelek butir berlian yang berwarna hitam jernih tersebut. Senyuman sinis terbit di bibirnya, anak matanya bergerak ke arah tujuh orang anak muda yang duduk di hadapan. Masing-masing menunggu respon daripada si bapa tiri itu.


"Bank terbakar, ramai juga yang diragut nyawa. Kemalangan besar berlaku dekat lebuhraya, itu pun ramai juga yang menjadi mangsa. Hospital diletupkan dan banyak kerosakan dan kerugian yang diterima. Semuanya kerja kalian bukan?", soal Dong Hyeong di pengakhiran. Itu mengejutkan mereka.


"Polis dah syak puak ini yang mulakan segala kecelakaan tu. Korang semua tahu?"


"Tak masalahnya sekarang ni, kami dah buat apa yang kau suruh. Kau sendiri yang cakap kau akan settle geng polis pasal hal ni. Kau akan tanggung semua risiko. Still salah kami?", bentak Yoongi yang hilang kesabaran. Nasib dirinya sempat ditahan oleh Namjoon dari mengangkat punggung daripada kerusi.

"Tapi terlalu banyak risiko yang kau kasi dekat aku hm? Kau ingat senang aku nak settle semua?"


"So, apa function King bagi kau?", bidas Yoongi semula dengan nada yang tinggi. Lee Dong Hyeong senyap seketika, namun senyuman tidak lekang dari bibirnya.



"Namjoon cedera, Jaerim pun hampir cedera. Aku dengan yang lain bertarung nyawa nak lari dari musuh yang entah datang dari celah mana. Aku call korang, seekor pun kau tak hantar ahli Black Ares untuk tolong kami. Dekat hospital pulak, Jungkook cedera teruk! HOSEOK HILANG! Tak tau gi mana! Namjoon terpaksa patah balik untuk tolong Jungkook. Lepastu kau bengang sebab berlian sampai dekat tangan kau tak mengikut masa yang ditetapkan. Itu pun kau still nak kata kami salah dalam hal ni?! Mana tanggungjawab kau as King Black Ares?!", hembusan nafasnya sudah tidak teratur. Yoongi dah bengang teruk.

Yang lain turut memberi pandangan tidak puas hati ke arah Dong Hyeong. Dong Hyeong langsung tidak berkata apa-apa, dia melirikkan pandangan ke arah Jungkook yang asyik tertunduk sejak dari tadi.


Jaerim nampak, cuma dia memilih untuk berdiam. Ada sesuatu yang Dong Hyeong fikirkan berkenaan si anak Jeon itu. Jaerim perlu buat sesuatu.






"Erm sorry, boleh saya tahu...siapa yang serang kami tadi? Diorang mafia jugak ke? Kalau iya pun, siapa diorang. Appa sendiri yang cakap takkan ada mana-mana puak yang akan buat misi nak curi berlian tu. Tapi ada je, can you tell me?", Jaerim cuba lontarkan soalan ke arah Dong Hyeong membuatkan renungannya ke arah Jungkook mati.


"Aku pun cuba nak kenal siapa diorang, sebab puak tu aku belum nampak lagi~…", balas Dong Hyeong tenang. Gadis itu mengetap bibir dan mengangguk sekilas. Pelik.

Dong Hyeong mengarahkan mereka semua keluar dari bilik itu. Nanti sahaja lelaki itu akan uruskan semua masalah. Dia mahu mereka bertujuh mengambil masa untuk merehatkan diri. Kecuali Jungkook.

Jungkook seorang sahaja yang diarahkan untuk tunggu sebentar di dalam bilik itu. Abang yang lain kurang setuju untuk biarkan Jungkook berseorangan bersama lelaki kejam tersebut, terutamanya Jin.

Namun, Jungkook setuju saja. Dia mahu mereka yang lain tunggu sekejap di luar. Mungkin ada sesuatu yang akan dibincangkan oleh Dong Hyeong dengannya secara sulit. Mungkin...pasal kejadian di hospital tu?

Pintu ditutup, kini hanya tinggal Dong Hyeong seorang diri termasuk Jungkook yang masih duduk di atas kerusinya. Dong Hyeong memudarkan senyuman, langsir di setiap tingkap ditutup bagi menghalang cahaya masuk menerangi bilik yang agak gelap itu.




"Kau baik-baik saja?", soal Dong Hyeong bagi pembuka bicara. Jungkook mengangguk. Dia langsung tidak memberi pandangan ke arah Dong Hyeong yang kini berdiri di hadapannya. Dagu Jungkook disentuh lalu didongakkan ke atas.

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now