° Vladimir 043 °

296 42 2
                                    

“ Di mana keberadaan kau sekarang, solnyshka? Pulanglah kembali dengan segera

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di mana keberadaan kau sekarang, solnyshka? Pulanglah kembali dengan segera. Hati aku sakit setiap kali tentang kau dibicarakan. Kerana kau tiada di hadapan mata.

"Apa urusan kau dengan Raja Andrei?" Soal Jimin sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta yang akan membawa mereka ke Winter Palace

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa urusan kau dengan Raja Andrei?" Soal Jimin sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta yang akan membawa mereka ke Winter Palace.

Sekiranya Raja Andrei bertemu dengan tuan Noah, dia faham. Tapi mengapa Mikhail terlibat sekali? Mikhail memandang Jimin sekilas sebelum menutup penghadang di antara tempat duduk belakang dan depan. Langkah keselamatan itu dilakukan agar tiada siapa yang mencuri dengar termasuk pemandu di tempat duduk hadapan. Walaupun mereka kini berbicara dalam bahasa Korea tapi siapa yang tahu apa akan berlaku?

"Raja Andrei tahu mengenai Hidden Glaza, Vladimir. Mereka kadang - kadang menggunakan khidmat ayah aku untuk menjaga keselamatan mereka. Dan sekarang, aku menggantikan ayah aku." Kata Mikhail seperlahan yang mungkin. Namun suaranya tetap sampai kepada Jimin.

"So, itu sebabnya kenapa mereka panggil kau?" Tahap ini, Jimin sudah tidak lagi terkejut saat mengetahui keluarga DiRaja Rusia turut terlibat dalam Hidden Glaza. The ruler of underground world.

"Yes. Ayah aku tugaskan aku untuk mula mengambil alih. Tapi dia akan tetap pantau cara aku buat kerja." Sehebat manapun Mikhail, lebih hebat tuan Ivanov. Segala skill yang ada pada Mikhail diturunkan oleh tuan Ivanov.

Sedar tak sedar, kereta yang membawa mereka kini sudah masuk ke perkarangan Winter Palace. Pintu kereta turut dibukakan oleh pembantu di rumah tersebut.

"Welcome to Winter Palace, Mr. Vladimir and Mr. Mikhail." Di hadapan mereka kini berdiri seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40 dan ke atas. Pakaiannya kemas dan postur tubuh sangat menggambarkan karismanya.

"I am Ratmir, the King's advisor." Ratmir meletakkan tangan di dada lalu menundukkan dadanya sedikit. Menyapa Mikhail dan Vladimir sebaik mungkin. Kedua - dua lelaki itu membuat perkara yang sama.

[C] Vlàdimir. pjmWhere stories live. Discover now