Keesokan harinya...
Kelihatan seorang gadis sedang tidur di atas katil sambil memeluk teddy bear miliknya.Kini dia tidak sedar bahawa dia sedang berada di hujung katil.Ibarat telur di hujung tanduk.
Ring!Ring!Ring!
"Hah!"
Buk!
"Adeh!"
Alicia tersentak dengan deringan telefonnya yang mengganggu lenanya.Dia kehilangan keseimbangan badannya dan menyebabkan dia mendarat cantik ke lantai seperti nangka busuk.
"Adooii..."
Alicia menggosok kepalanya perlahan.Terasa pijar di dahinya.
"Kacau betullah siapa yang call ni!Pagi-pagi dah memekak!"omel Alicia sendirian.
"Ni mesti Mia ni!"
Dengan perasaan menyirap yang masih tidak padam di dalam hatinya,dia mencapai telefon pintar bewarna pink di atas meja berdekatan katilnya.
"Hah,Mia!Apa kau nak!
"Hai Alicia!Kau free tak?Kau kata nak ajak aku keluar makan hari ni."kedengaran suara Mia di talian.
"Alaahh...Nanti boleh tak?Aku busy pagi ni.Ada banyak kerja kat rumah ni kena buat,"Alicia cuba berhelah.
"Oh,kalau macam tu,takpelah..Bye!"balas Mia.
Tet!
Alicia menamatkan panggilan.Alicia kembali baring di katil dan mencapai selimutnya.
"Aaahhh...akhirnya aman damai jugak.Dapatlah aku sambung balik tidur aku saaaaampai tengahari!"jerit Alicia.
Teruk Alicia ni.Tak boleh buat bini ni.
Alicia mula memejamkan matanya...
Ring!RingRing!
Kedengaran telefonnya berbunyi lagi.
"Eeeiii!Apa lagi?!"Alicia menjerit di hujung talian setelah menggapai telefonnya.
"Ah,Alicia!"terkejut benar empunya suara itu.
"Kau ni dah kenapa,kalau aku cakap tak-nak,tak-nak lah!'marah Alicia.Sedangkan dia tidak tahu dia sedang bercakap dengan siapa sebenarnya.
"Alicia!Ni akulah,Ali!Ali bin Ghazali!"balas Ali.
'Oh!Ali..."Alicia tersipu-sipu malu.
"Macam manalah aku boleh salah pulak ni!Malu betul!"getus Alicia di dalam hati.Mukanya bertukar merah.
"Kau busy tak hari ni?Aku nak ajak kau keluar.Kau on tak?"tanya Ali.
"Oh,boleh-boleh!Aku pun free hari ni!Tak ada apa-apa!"jawab Alicia dengan teruja.
(Haih...Alicia,Alicia.Kawan hang yang hang dah janji tak nak pergi pulak.Ni laki ni baru ajak hang dah setuju dah.Sis?Sis?Dengar ke tak ni?)
"Okay.Kalau macam tu,pukul 10 pagi aku jemput kau.Bye!"
"Okay!Bye!"Alicia menamatkan talian.
"Yeay!Yeay!Outing!Yeay!"Alicia melompat kegembiraan.
(Berani kau palau author...)
Alicia dengan segera bangkit dari kamar tidurnya,menggapai tualanya dan menuju ke bilik airnya.
.
.
.
"Yeah!Finally!"
Selepas 40 minit,akhirnya Alicia keluar dari biliknya dengan siap berpakaian.Dia memakai T-shirt dan seluar slack hitam yang sedikit longgar dan labuh.Dan pastinya tak ketat,dia memang dari kecil lagi tidak suka pakaian yang ketat.Sesak nafas katanya.
"Alicia!Nak pergi mana ni?"satu suara menyergahnya.
"Oh!Papa!"
Hampir terjatuh sikat rambutnya ketika dia sedang bersiap.
"Er...Icha.Icha nak pergi keluar kejap,"jawab Alicia.
'Baik,tapi jangan lambat pula,"angguk General Rama yang berada di muka pintu.
"Don't worry papa!Icha pergi dulu ya!Bye!"jerit Alicia lalu menuju keluar dan dia melihat kereta Honda Civic di depan rumahnya.
Di sebelah kereta itu terdapat seorang lelaki berbaju hitam,berkaca mata hitam dan berseluar hitam.
"Eh,ni bukan Ali ni,"kata Alicia,pelik.Macam Man In Black je🤔🤔🤔.
"Puan Alicia,sila naik ke dalam kereta.Tuan sedang menunggu,"kata lelaki itu sambil membuka pintu.
"Oh!Dia hantar driverlah.Patutlah,"angguk Alicia sendirian.
Alicia menaiki kereta dan pintu ditutup.Alicia membuka tingkap sambil melambai kepada ayahnya.
"Bye Papa!"
"Bye!"General Rama membalas lambaian anak angkatnya.Kereta itupun meluncur laju dan akhirnya menghinlang dari pandangan General Rama.
.
.
.
"Puan Alicia,kita dah sampai di destinasi."toleh lelaki itu ke belakang sambil memberitahu Alicia.
Selepas beberapa minit,mereka pun sampai.
"Baik.Terima kasih,"selajur itu,Alicia membuka pintu dan menapak keluar dari kereta itu.
Kini dia berada di hadapan restoran yang agak mewah.Pada pandangan Alicia,restoran itu bertemakan alam sekitar dan ketenangan.
Lihatlah,terdapat banyak pohon-pohon yang menaungi restoran itu dengan dahannya yang lebat.Air sungai pula mengalir di bawah restoran itu dari air terjun yang berhampiran.Oksigen yang dilepaskan oleh pokok melalui proses fotosintesis amat menyegarkan dan menenangkan minda.
Tiba-tiba,dirinya disambut oleh seorang pelayan wanita yang seperti sedang menunggu kedatangannya.
"Nama puan,Puan Alicia binti Kheng ya?"
"Ya,itu saya,"angguk Alicia.
"Sila ikut saya,"balas wanita itu.Alicia pun hanya mengikuti wanita itu dari belakang.
Akhirnya mereka sampai pada satu meja yang disediakan khas beralaskan kain putih,kerusi dibalut kain bewarna kelabu.Di sekitarnya,terdapat bunga mawar yang bertaburan mengiasi pandangan.
"Wah...So beautiful..."kagum Alicia.Dia sebenarnya sangat terpesona dengan hiasan-hiasan yang diletakkan.
"Cik boleh tunggu sekejap.Sebentar lagi dia akan datang,"jelas pelayan itu sambil menarik kerusi mempersilakan untuk duduk dahulu.
"Baik-baik.Terima kasih,"kata Alicia sambil mengukirkan senyuman.
Tidak lama kemudian,datang seseorang dari belakangnya...
"Hai Alicia!"
Bersambung
Author pun dah lama sangat tinggal tulisan ni,kalau ada apa apa teguran ke,komen je.Sambil tu,author nak korang tambahkan kosa kata bahasa yang mungkin akan diletakkan dalam cerita ni.Sambil membaca tu,sambil belajarlah ya.Jangan lupa vote dan komen ya!Kerjasama anda amatlah dihargai!Assalamualaikum!
YOU ARE READING
alixalicia/hingga hujung nyawa-renewed(diperbaharui)
Fanfictionp/s:cerita HHN ni author sudah renewed atau diperbaharui atau diimprovekan cara penceritaan.tapi,skrip dan jalan cerita tidak berubah.mohon dibaca semula ya😁😁😁 'terkadang salah satu cara untuk sesetengah orang untuk menghargai adalah dengan kehi...