"Cik muda Erina? Cik ok ke?"Gadis genit dipanggil Erina yang mengelamun tersedar sebaik sahaja dikejutkan oleh bibiknya.
"Oh, saya ok. Cuma letih sikit. Erin tadi kan baru lepas shooting iklan baru."
Lengannya dipicit oleh bibiknya. Risau melihat anak perempuan kesayangan tuannya itu jatuh sakit.
"Bibik buat teh ya. Nak bagi cik muda segar sikit"
Erina mengangguk. Sebaik sahaja bibiknya keluar dari biliknya, dia mencapai remote control dan membuka channel TV.
'Music Bank'
'Inkigayo'
'M-countdown'
"Eh eh, dah start dh start!"
Erina teruja melihat idol favouritenya beraksi di atas pentas. Walaupun dia pernah berjumpa dengan beberapa artis di sebalik tabir, sifat fangirlingnya masih ada
"Nalgae ileun chaero churakaetdeon nal eoduun nanal soge gatyeo itdeon nal geuttaejjeume neon nal kkeunnaeya haesseo Look up in the sky It's a bird, it's a plane Yeah-eah-eah-eah Bring out your boss bitch Yeah-eah-eah-eah" Erina menyanyi dengan penuh semangat dan seterusnya mula menjerit apabila idol di kaca TV mula membuat break dance.
Kehadiran bibik yang masih terpaku melihat gelagat Erina masih tidak disedari. Erina terlalu fokus dengan content di kaca TV.
'Tup' Layar tv tiba2 gelap. Rupa-rupanya seseorang telah menutup siaran TV.
"Si.. Siapa yang tutup TV ni halah halahhhh... Org tengah break dance tu. Highlight of the scene tau!" ucap Erina dalam keadaan geram.
Pengurus Erina yang menutup siaran TV tadi mengekalkan riak wajahnya. Walaupun dia sering menguruskan hal2 jadual Erina, dia amat tegas dan tidak memperdulikan hak Erina sebagai seorang remaja yang inginkan kebebasan.
"Erina, kita cuma ada masa 20 minit lagi . Bersiap cepat. Tentang stylist, dia dah ada kat tempat shooting bersama tukang mekap."
"Ye. Baik... Saya akan segera bersiap."balas Erina dengan keluhan.
"Cik muda nak teh?"tawar bibik. Erina mengambil secawan teh dari dulang yang dibawa bibik lalu diminumnya.
"Thanks bibik"
✼ ҉ ҉ ҉ ҉ ҉ ҉ ҉ ✼
"CUT! Kerja yang bagus semua! Kita sambung pula esok." ucap direktor bangga. Akhirnya jadual pengambaran pada hari itu tamat.
Erina menghela nafas lega. Akhirnya dia dapat rehat. Namun begitu, dia turut menolong staff yang bertugas supaya semua dapat balik awal. Walaupun dah terkenal, imejnya tetap kena jaga dan sentiasa humble. Kalau tak, ada je yang kecam.
YOU ARE READING
❄️FIRST SNOW | 첫눈 |
Adventure𝟯𝟱 𝗴𝗶𝗿𝗹𝘀 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗱𝗶𝗳𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝘁 𝗰𝗼𝗹𝗼𝘂𝗿𝘀, 𝘄𝗵𝗼 𝘄𝗶𝗹𝗹 𝗯𝗲 𝗰𝗵𝗼𝘀𝗲𝗻 𝘁𝗼 𝗱𝗿𝗮𝘄 𝗮𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗯𝗹𝗮𝗻𝗸 𝗽𝗮𝗴𝗲𝘀? ⓒsince July 2020