wonderful world

12 2 0
                                    

Kalau ada sahabat yang sangat rapat dan selalu bersama,itulah mereka.

"Mereka siapa?"

Geng yang terdiri daripada aira,safa,jihan,yuyu dan bihah.

"Geng dalam apa?"

"Dalam semua perkara.

"Kalau begitu,mereka sangat akrab?"

Itu pasti.

"Kenapa namanya Fantastik Five?"

Kerana mereka unik dan Fantastik.

Aira,safa,jihan,yuyu dan bihah. Tingkatan 4 Sains 2.

Hari ini sangat cerah. Aira tidak menyesal kerana bangun di awal pagi. Udaranya sangat menyejukkan. Angin sepoi menghembus mengiringi sinar mentari yang dihalangi pepohon dan bergerak lembut mengibarkan tudung aira. Dengan semangat, dia kembali melangkah menaiki anak tangga terakhir. Akhirnya sampai di depan kelasnya. 

    Aira dan kawan-kawannya telah berkawan hampir empat tahun sejak mereka bersekolah di sini. Sekolah yang terletak di Jalan Indah, tidak jauh  dari Jalan Mewah, Blok K. Sangat strategik, boleh membuatkan telinga pekak kerana bunyi lalu lalang kenderaan. Kelas mereka sangat terkenal kerana banyak pertandingan yang mereka menangi. Apa lagi kelas mereka adalah kelas paling kelakar diantara kelas yang lain.

   Aira sangat akrab dengan keempat sahabatnya kerana kejadian pada hari pertama semasa Minggu Mesra Pelajar(MMP). Dia dan safa berusaha tidak kelihatan pelik biarpun selalu dibuli oleh kakak senior. Malah mereka ingin lari dari MMP. Malangnya rancangan mereka didengari oleh Jihan yang pada masa itu belum menjadi sahabat mereka. Apabila mengetahui rancangan aira dan safa, jihan terus membuat laporan.(Sesuka hati sahaja mahu lari dari MMP! Berat sama dipikul, ringan kau jinjinglah sendiri!)

Sudah tentu aira dan safa jadi anti dengan Si Tukang Mengadu dan Tukang Sibuk ini! Mereka berusaha untuk mengenakan jihan menerusi aktiviti MMP.



!!!!!!perhatian😁

Author boleh buat sampai situ je...nanti author sambung kk... 😥


Jangan lupa vote and comment!!!

Tak susah pun tekan bintang kecil kat bawah tuu☆☆☆😉😉

Frenz paling sweetWhere stories live. Discover now