Loceng berbunyi tanda kelas pertama akan bermula sebentar sahaja lagi. Zaleha, pelajar paling bijak di kelas 5 Delima membuka buku teks matematik. Zaleha merupakan anak orang berada. Pandai dan cantik. Dia amat mengutamakan pelajarannya.
BUSH!
"Hah? Aliya! Apa masalah awak ni? Habis basah tudung saya," Zaleha bangun lalu mengelap tudungnya yang dicurah dengan air milo. Aliya sememangnya pembuli terkenal di sekolah dengan masalah disiplinnya. Dia suka membuli Zaleha yang ketinggalan zaman baginya. Ini kerana Zaleha mempunyai telefon bimbit namun, tidak mempunyai aplikasi whatsapp."Hahahahahah! Padan muka kau!" Aliya terus beredar dari meja Zaleha dengan suka hati.
•
•
•
"Habislah tudung aku... Kalau dia siram air masak, takpela jugak. Ini tak, air milo. Dah jadi warna coklat tudung aku... Haih," Zaleha mengeluh sambil menatap mukanya pada cermin tandas.
•
•
•
"Baiklah murid-murid, untuk kerja hari ini, cikgu akan hantar dalam whatsapp ya. Jangan lupa buat. Esok mesti hantar," kata Puan Wana, guru bahasa inggeris.
"Cikgu, saya tak ada whatsapp. Boleh cikgu berikan kerja tu pada saya lepas waktu sekolah?" kata Zaleha.
"Saya belum cetak lagi... Nanti balik, awak download lah ya?" Puan Wana terus beredar.
"Huh. Dasar budak ketinggalan zaman. Sekarang semuanya guna telefonlah Zaleha oi..." Aliya mengutuk Zaleha.
YOU ARE READING
[C] Bluetick
RandomSelalu diejek dan dibuli. Kerana tidak mampu bertahan dengan ejekan rakan-rakannya, Zaleha akhirnya memasang aplikasi Whatsapp. Rupa-rupanya, bukan sahaja dia menjadi mangsa buli di sekolah. Malahan juga di alam maya.