“ Orang yang memberikan kita kebahagiaan, jangan tertipu dengan mereka. Kerana mereka juga mampu memberikan kita luka yang paling dalam. ”
↭
Wine merah di tangan dipusing - pusingkan sambil matanya tajam memerhati gelagat manusia yang berada di parti tersebut. Putera atau puteri dari negara seperti Arab, Jepun, Korea dan sebagainya turut berada di sini.
Pakaian mereka seakan - akan diperbuat daripada berlian dan permata. Suatu pemandangan yang agak cantik namun pada masa yang sama menyesakkan bagi seorang Park Jimin.
Mikhail dan Jungkook langsung tidak kelihatan. Tapi dia tahu mereka berdua berada di majlis ini. Memerhati dengan mata helang mereka. Beberapa orang yang datang untuk menyapa Jimin hanya diberi perbualan kecil dan senyuman nipis.
Wine merah diteguk sedikit demi sedikit. Rasa wine yang kuat itu langsung tidak memberi kesan kepadanya. Wajahnya kekal neutral. Namun riak mukanya berubah sedikit apabila pandangan sisinya dapat menangkap satu figura tubuh.
Puteri Kira Andrei Alekseev kini sedang menuju ke arahnya. Jimin tetap pegun di tempatnya. Tidak mahu melangkah hanya kerana perempuan itu.
"Good evening, Vladimir." Wajah Puteri Kira menyapa pandangannya. Lelaki itu terus menundukkan kepala sedikit untuk menyapa tuan puteri tersebut.
"Good evening too, Your Highness." Pakaian Puteri Kira dipandang. Tidak dinafikan, wanita itu memang cantik. Wajahnya yang putih dan mulus itu benar - benar menarik perhatian ramai lelaki. Pipinya yang terdapat rona merah juga mungkin menjadi pujaan.
Park Jimin tidak nafikan itu.
"You look very charming tonight, gentleman." Mata Puteri Kira memandang ke atas dan ke bawah tubuh Park Jimin. Satu sikap yang tidak patut ditunjukkan pada mata awam. Sebagai seorang puteri, dia perlu menjaga sikapnya agar sentiasa terlihat tenang dan elegan.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...