"Assalamualaikum class dan selamat sejahtera..."
"Waalaikumusalam cikgu"
"Hari ni saya nak share berita sedih dekat u olls. Semalam Zaleha meninggal akibat kemalangan jalan raya. Satu keluarga arwah terlibat. So yang muslim sedekahkan al-Fatihah,"
Aliya yang berpura-pura menadah tangan membaca al-Fatihah berkata di dalam hati.
'Hurm... Bagusnyaa lah. Tak lama lagi aku kembali jadi pelajar top lah ni. Huh,' terserlah senyuman jahatnya.
**✿❀ ❀✿****✿❀ ❀✿**
"That's all for today. Thank you class," Puan Wana keluar dari kelas.
Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas untuk pulang ke rumah. Takut makanan tengahari air tangan mak habis katanya. Tinggal Aliya mengemas barang sambil tersenyum.
"Aliya........... Aliya........," bisikan itu terdengar ditelinganya.
Aliya berpusing memandang belakang.
"Perasaan aku kot," dia terus pulang.
**✿❀ ❀✿****✿❀ ❀✿**
"Hurm... Zaleha kan dah mati. So... Baik aku kutuk dia hahahaha. Kalau nak baca pun, mesti telefon dia dah hancur lebur dah. Hahhahaa,"
Setelah berasa puas mengutuk Zaleha, Aliya melayari instagram. Selang beberapa minit, Aliya melihat kembali mesej yang dihantarnya tadi.
"Eh? Aku salah nampak ke ni?" Aliya menggosok-gosok matanya.
"Eh.... Tak mung... kin.....," mesej yang dihantarnya bertanda bluetick. Bermaksud seseorang membaca mesej itu. Tapi... Tak mungkin Zaleha.
Tiba-tiba bahu Aliya dipegang seseorang. Aliya memandang belakang.
"Kau.... Rindu aku ke?" wajah Zaleha yang penuh dengan kesan luka dan terbakar menatap wajahnya dengan penuh rasa dendam.
Aliya berundur. Semakin Aliya mengundur, Zaleha semakin mendekatinya.
"Alah... Janganlah malu... Kau rindu aku kan?"
"Jangan! Jangan apa-apakan aku!" Aliya mengundur dan semakin mengundur kebalkoni biliknya.
"Kau rindu aku kan?"
**✿❀ ❀✿****✿❀ ❀✿**
"Assalamualaikum dan salam sejahtera class.... Hari ini, seorang lagi ahli kelas kita telah meninggalkan kita. Aliya jatuh daripada balkoni biliknya semalam. Bagi yang muslim, mari kita sedekahkan al-Fatihah,"
**✿❀ ❀✿****✿❀ ❀✿**
Pengajaran...
" kalau kau rasa pahala kau dah cukup , teruskanlah hina orang "
❃Bluetick❃
Semua watak di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan sama-ada dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Sebaranf kesamaan adalah tidak disengajakan.
Vote for more story 😁
Sebarang typo, harap maafkan.
Vote
FollowBaibai✨
YOU ARE READING
[C] Bluetick
RandomSelalu diejek dan dibuli. Kerana tidak mampu bertahan dengan ejekan rakan-rakannya, Zaleha akhirnya memasang aplikasi Whatsapp. Rupa-rupanya, bukan sahaja dia menjadi mangsa buli di sekolah. Malahan juga di alam maya.