Kisah ini bermula dengan seorang remaja lelaki yang berbadan gemuk.
Kimi ialah remaja yang berumur 17 tahun dan sering ditindas oleh orang di sekitarnya kerana memiliki kekurangan dari fizikal . Meskipun begitu , Kimi sangat meminati satu boyband KPOP iaitu Bangtan Sonyeondan atau lebih dikenali sebagai BTS . Dia mengidolakan V sebagai sumber inspirasinya dan itulah satu-satunya sumber semangat dia untuk terus bangkit dari segala hinaan orang di sekeliling.
Walaubagaimanapun , Kimi berharap supaya satu hari nanti , impiannya untuk bertemu dengan V serta member BTS yang lain akan tercapai walaupun pada hakikatnya , dia sedar itu hanyalah sebuah mimpi yang tidak mungkin akan berlaku .
******** *** ********
Pada pagi itu , Kimi mula bangun dan bersiap-siap untuk pergi ke sekolah seperti biasa . Setelah itu , dia segera bersarapan lalu memakai kasut sekolahnya di hadapan pintu rumah .
" Kimi pergi dulu ye , assalamualaikum ibu ".
" Waalaikumsalam , jaga diri ye ... lagi satu jangan lupa singgah kedai Mak Su untuk ambil duit kuih semalam ".
" Baik Bu ". Dibalasnya kata - kata itu lalu dia pun segera mengayuh basikalnya dan bergerak ke sekolah .
Jarak dari rumah Kimi ke sekolahnya tidaklah begitu jauh , paling kurang pun dalam 15 minit je .
Setibanya dia di depan pagar sekolah , dia mula dipandang sinis oleh rakan - rakannya , maklumlah , siapalah yang suka orang gemuk . Tetapi , Kimi tidak menghiraukan perkara itu kerana sudah lali . Tanpa membuang masa , dia terus masuk ke dalam kelas .
Ketika di kelas pula , Kimi hanya duduk berseorangan di meja belakang kerana tiada seorang pun yang mahu berkawan dengan Kimi kerana malu berkawan dengan orang gemuk . Walaubagaimanapun , dia tidak tersinggung kerana dia sudah terbiasa dengan keadaan begitu .
Setelah 2 jam belajar , tibalah waktu rehat . Kimi pun mula berjalan ke kantin untuk makan seperti biasa . Tetapi , hasratnya itu tidak kesampaian kerana jatuh tersembam sebelum sampai di kantin . Kimi jatuh bukan sebab cuai , tetapi ini semua ulah Faris yang mendapat idea untuk memalukan Kimi , dia mengikat tali antara 2 tiang sehingga menyebabkan Kimi tidak sedar yang dia menyelit tali itu sehingga tersembam .
Akibatnya ,dia kesakitan dan tidak berupaya untuk bangun kerana badannya yang terlampau berat .Kimi tidak dibantu , malah diketawakan sekuat-kuatnya oleh pelajar lain .
" Itulah , orang gemuk ni kalau jatuh mana mampu nak bangun "
" kau tahu tak kau tu dah macam kingkong , habis bergegar satu sekolah hahahahaha "
Kimi malu .... dia melihat dirinya yang sedang dipemainkan , air matanya menitis . Dia kemudian memaksa dirinya bangun dan perlahan-lahan pergi ke tandas lalu mengurung dirinya sehinggalah tamat waktu rehat . Dia mempersoalkan mengapa nasibnya begitu malang lalu teringat idolanya .
"abang ... kenapalah nasib saya tak macam abang je , semua orang suka abang , sayang abang , hargai abang , saya nak jadi macam abang juga , ada rupa , ada bakat . Kalaulah abang ada dekat sini , dah lama saya peluk abang " . Kimi mengenangkan nasibnya dengan teresak-esak .
Tidak lama kemudian , Loceng pun berbunyi , Kimi yang masih belum puas menangis cuba untuk tenangkan dirinya . Setelah itu , dia pun masuk ke dalam kelas walaupun sebenarnya masih malu kerana kejadian tadi . Dia cuba menebalkan mukanya dengan tidak mengendahkan segala ejekkan rakan sekelasnya . Kimi menarik nafas sepanjang - panjangnya lalu mengambil buku dan mengulangkaji pelajaran sementara menunggu gurunya masuk .
Setelah pulang dari sekolah , Kimi singgah ke warung Mak Su untuk mengambil wang yang dipesan oleh Ibunya dan terus pulang ke rumah . Setelah selesai solat Asar . dia membantu Ibunya mengemas ruang tamu , kemudian mengulangkaji pelajarannya sehinggalah lewat malam .
Kebiasaannya , sebelum tidur , Kimi selalu melihat dan memeluk potrait idolanya . Dia sentiasa berdoa supaya diberi peluang untuk bertemu dengan idolanya walaupun di dalam mimpi . Setelah puas meratapi gambar idolanya , dia akhirnya terlelap dan tidur dengan lenanya .
NOTED : JIKA ADA CATATAN INI BERMAKNA CHAPTER INI TELAH DIEDIT .
CERITA INI DIEDIT SEMULA UNTUK MENINGKATKAN KUALITI BAHASA !
CHAPTER " SEKOLAH " SELESAI DIEDIT ... NANTIKAN CHAPTER SETERUSNYA
YOU ARE READING
Terima Kasih BTS ( season 1 )
FanfictionKimi , seorang remaja berumur 17 tahun yang sangat meminati kumpulan BTS . Meskipun begitu , Dia dibenci dan sering diabaikan oleh orang disekelilingnya kerana memiliki rupa fizikal yang gemuk ... Kimi selalu berdoa supaya diberi peluang untuk berte...