01

38 6 0
                                    

"Annyeonghaseyo Jeon Haneul imnida" kata Haneul sambil tersenyum

Lalu Haneul memberikan sebuah fail berwarna putih kepada lelaki itu.

Tepatnya,

Kim Taehyung

Setelah membaca isi fail tersebut, lelaki itu berkata

"Hmm baik kau diterima dan kau boleh mula esok" kata Taehyung dingin

-

"Macam mana Neul dapat tak kerjanya?" Tanya Jungkook

"Dapat..ni Kook bawak Neul balik rumah, Aeri tak marah ke? Dia kan tak kenal Neul" jelas Haneul

"Takpe nanti Kook cakaplah" kata Jungkook dengan mata yang masih fokus ke arah jalan raya

-

"Ni siapa pulak?" Tanya Aeri sambil bercekak pinggang di hadapan kedua beradik itu

"Kan saya pernah cerita yang saya ada kembar, ni lah dia Jeon Haneul" jelas Jungkook pada isterinya

"Annyeong Aeri" sapa Haneul dengan senyuman manisnya

"Dia pun malaikat ke?" Tanya Aeri

Wanita ini memang telah mengetahui yang suaminya merupakan seorang malaikat yang telah memilih untuk menjadi seorang manusia 2 tahun lalu.

Haneul hanya membalasnya dengan anggukan dan senyuman yang masih berada di wajahnya.

-

"Ini fail yang tuan kena tandatangan" kata Haneul pada Taehyung lalu memberikan sebuah fail berwarna biru pada lelaki itu

"Letak kat atas tu" kata lelaki itu dengan kepala yang menunduk

"Tuan ada masalah ke?" Tanya Haneul lembut

"Kau tak payah sibuk pasal hal aku"

"Kalau itu yang tuan nak, saya tak boleh bantah tapi kalau ada apa-apa cakap dengan saya" kata Haneul lalu keluar dari ruangan itu.

"Dia siapa nak sibuk pasal hal aku" geram Taehyung

Sejak akhir-akhir ini, dia sering mengalami sakit kepala kerana efek kemalangan yang terjadi padanya 2 minggu lalu.

Dia hampir saja mati kerana kereta yang dipandunya hampir meletup tetapi entah bagaimana dia boleh selamat dari kejadian itu.

-

Sekarang semua pekerja Kim Holdings sedang berada di dalam bilik mesyuarat bersama Taehyung.

Ditengah perbincangan, Haneul menyadari yang Taehyung sejak tadi memegang kepalanya.

Gadis itu tahu yang lelaki itu sedang kesakitan. Dia memetikkan jarinya pelan supaya tidak didengari sesiapa pun untuk menghilangkan sakit kepala Taehyung itu.

Dalam sekejap, rasa sakit yang dialami oleh Taehyung tadi beransur pulih.

"Cukup sampai disini sahaja mesyuarat kita kali ni, terima kasih" kata Taehyung lalu keluar dari bilik mesyuarat

Kerana sekarang merupakan waktu makan tengah hari, semua pekerja pun keluar dari pejabat untuk makan tengah hari.

-

Haneul kembali ke pejabat dengan plastik makanan di tangannya kerana dia tahu yang Taehyung tidak akan keluar di waktu makan tengah hari kerana pekerjaannya.

Dia mengetuk pintu ruangan Taehyung dan masuk apabila mendapat sautan dari pemilik ruangan.

"Saya ada belikan makanan untuk tuan saya harap tuan makan" kata Haneul lembut

[C] My Angel || KTHWhere stories live. Discover now