EP18:DI MANA AKU?

522 42 1
                                    

Rooaarr!

Harimau itu melompat lalu menerkam mangsanya.Dengan satu gigitan,menyebabkan daging mangsa terkoyak,sekaligus memisahkan roh mangsa dari jasad.Darah membasahi bumi.

"Tidaakkk!"

Ali bangun dari mimpi ngeri yang baru sahaja dilaluinya tadi.Begitu seram mimpi itu,hingga baju itu dibasahi oleh peluhnya.Jantungnya mengepam darah dengan lebih cepat.Ali memegang seluruh badannya.

"Sakit..."Ali mengeluh kecil sambil memegang anak tekaknya.Kerongkongnya terasa perit,mungkin disebabkan dirinya yang menjerit dan terlolong meminta bantuan ketika dikejar harimau tadi.

Kemudian,dia merasakan sesuatu yang aneh.Dia dapat merasakan satu balutan dengan daun herba yang dibalut dengan kepalanya.Kepalanya juga terasa berpinar-pinar.Seketika,dia melihat sekelilingnya.

"Aku?Aku di mana?"

Kini,dia melihat dirinya berada di dalam sebuah bilik yang berdindingkanbuluh,beratapkan pelepah-pelepah dan dahan pokok.Dia juga berbaring di atas tikar mengkuang .Dia mencuba untuk menggerakkan badannya.

"Erk-pedihnya..."dia mengerang kecil sambil terhincut-hincut kakinya berjalan.Ali melihat kakinya yang cedera terlanggar akar di hutan.Kesakitan itu masih menjalar.Akhirnya dia terjatuh,hilang keseimbangan.

Kreeookk!Kedengaran daun pintu berbunyi menandakan rumah itu mempunyai penghuninya.Ali berasa cemas.Mungkinkah dia ditangkap?

"Assalamualaikum nak,"kedengaran ucapan salam dihulurkan,menandakan orang itu beragama Islam.

"Waalaikumussalam,"jawab Ali dengan beradab.Dia melihat di depan dirinya ada seorang lelaki yang agak berusia darinya. Hati Ali mulai penuh dengan tanda tanya.Siapakah lelaki itu?

Pak cik itu yang melihat Ali jatuh,bergegas membantunya untuk bangkit.Lelaki itu memapah dan mendudukkan Ali di  atas kerusi buluh.Ali betul-betul tersentuh,selama ini tidak pernah dia diperlakukan sebegitu.

"Kamu baik nak?"tanya pak cik itu memulakan pokok perbualan.

"Baik pak cik,"jawab Ali dengan lemah.Dia kekurangan kudrat.

"Saya di mana?"tanya Ali dengan mukanya berkerut.Pandangannya berubah meneroka setiap inci pondok itu.

"Jangan risau,kamu sekarang selamat berada di pondok pak cik,"Pak cik itu membalas dengan segaris senyuman.

"Err...Macam mana saya boleh ada kat sini?"tanya Ali yang menginginkan kepastian.Dia benar-benar tidak faham.

Pak cik itu menarik nafas.Seperti suatu yang panjag akan diceritakan.

"Begini...semalam masa pak cik sedang berburu di hutan,pak cik terdengar jeritan seseorang dengan susulan ngauman harimau.Pak cik pun pergilah cari dari mana suara itu datang.Kemudian pak cik terlihat kamu yang sedang berlari seperti sedang dikejar sesuatu dan akhirnya kamu jatuh ke tanah.Harimau itu hampir menerkam kamu,tetapi pak cik sempat memanah harimau itu dan ia pun mati,"terang lelaki berusia itu dengan panjang lebar.

"Oh...macam tu.Terima kasih pak cik kerana selamatkan saya.Kalau takda pak cik,tak taulah saya ni masih dekat dunia ni ke tak,"balas Ali sambil berseloroh.Mesra betul perbualan mereka berdua.

"Janganlah begitu.Kamu patut bersyukur kepada Allah sebab dah lorongkan pak cik untuk tolong kamu,"

Tersentak Ali dengan jawapan pak cik beruban putih sedikit itu.Di fikirannya,mungkin pak cik ini bukan orang biasa.Masakan tidak,dia dapat memanah harimau itu dengan tepat dan tangkas?

"Boleh saya panggil... pak cik?"

"Boleh...Dia!"laung pak cik itu ke luar bilik.

"Tolong bawakan sup ikan dan air herba itu!Ali...kamu buat sementara ni berehatlah...supaya luka kamu itu cepat sembuh,"nasihat pak cik itu sambil menggosok belakang Ali.

"Baik pak cik,tapi siapa di luar itu?"tanya Ali kehairanan sambil menjenguk ke luar.

"Ooohh...Itu isteri pak cik,"terangnya.Ali membalas dengan anggukan.

"Pak cik pergi dulu ya...Assalamualaikum,"pak cik itu meminta diri.Dia menutup daun pintu.

Ekor mata Ali mengikuti pak cik itu dan akhirnya dia hilang dari pandangan.Ali kemudian bersandar pada kerusi buluh lama itu sambil melepaskan keluhan berat.

"Haiihhh...agaknya apalah yang ayah,kawan-kawan yang lain sedang buat ya?"laut fikirnya tiba-tiba berkocak.Meskipun hatinya sedikit terluka dengan kawan-kawannya,namun hatinya tetap mengambil-berat tentang mereka.Lagi-lagi apabila terfikirkan kawan sepasukannya,Alicia.Dia mengingati kali terakhir dia bersama Alicia,ketika dia menolak Alicia yang sedang memakai S.A.T.R.I.A jatuh ke bawah.Tujuannya adalah ingin menyelamatkan Alicia,walaupun nyawa sebagai galang gantinya.

"Aku...Aku...Aku ni memang tak guna!"hati Ali diruntun kesedihan.Mutiara jernih mengalir deras jatuh ke tanah.Angin yang datang menderu-deru datang seolah memujuk jiwa yang sedang bersedih itu.

Dia tidak dapat memaafkan dirinya jika Alicia terkorban.Biarlah si dia itu tidak memahaminya.Biarlah!Biarlah!Dia sudah tidak mempunyai sesiapa lagi,hendak diharapkan bapa,terlalu sibuk dengan kerja.Andai dia tidak sempat disayangi,biarlah dia menyayangi terlebih dahulu sebelum pergi.

"Uncle,Ali harap Uncle tunaikan janji kita.Ali percayakan Uncle..."kata Ali sambil mengesat linangan air matanya.


alixalicia/hingga hujung nyawa-renewed(diperbaharui)Where stories live. Discover now