🎈16

291 21 3
                                    

( media alex graham)

seorang lelaki dengan penuh karisma memakai baju casual . mukanya terlihat sedikit kedutan tapi itu tidak mengaburkan imejnya sebagai bekas top agent.

muka yang selalunya keras dan hanya akan menunjukkan side nya yang keras dan bengis kepada musuh yang ditumpaskan. tapi dihadapan perempuan ini..

" malaikha! " ucap alex dengan penuh mesra dan gembira nadanya. dia memeluk shaza dengan penuh kasih. walaupun tidak terkait dengan darah . tapi shaza terkait dari ikatan anak .

alex tersenyum dan dia tanpa lepas memeluk anak itu. sungguh dia rindu . sudah 6 tahun dia meninggalkan budak perempuan itu.

" ehem! " deheman faiq mematikan suasana mesra shaza dan alex.

serentak itu shaza melepaskan pelukannya dan begitu juga alex.

" so, faiq wildan i persume? or should i call eikko?" kata alex tenang.

" i fine with both. " kata faiq.

" ohh.. cool, alex graham." kata alex lalu berjabat tangan.

" eikko. or faiq. " kata faiq sambil berbalas kenalan.

" still use old signale? " kata shaza tersenyum.

" of course.. kalau tak macam mana kau nak kenal? " kata alex tersengih. lalu mengusap kepala shaza.

" tapi kenapa china? " sampuk faiq. sebelum anak ayah itu terjatuh dalam kemesraan lagi.

" kau tak bagitahu laikha? " tanya alex.

" i dont have trust on him " kata shaza sambil mengerling faiq. faiq terasa dirinya bagai orang asing apabila shaza memperlakukannya seperti itu.

" haih... rasanya kita kena pergi tempat lain. kat sini tak sesuai. jom" kata alex . lalu dia berjalan diikuti shaza dan faiq.

🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

" masuklah. " ajak alex sebaik sahaja mereka sampai di hadapan sebuah rumah. tidak besar tidak kecil hanya sederhana.

faiq memandang sekeliling mereka. hanya hutan,hutan, dan hutan. gila betul alex nih tinggal dalam hutan. jauh pulak tuh dengan penduduk kampung. ingat dia bunian ke nak duduk dalam hutan.

" duduklah.. " kata alex lalu dia hilang ke dapur.

hmm... cantik gak. rumah kampung. tapi moden. mesti pelikkan? duduk kat cina design rumah melayu.

" nah jemput minum rumah aku ada air mineral je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" nah jemput minum rumah aku ada air mineral je.. nak sirap ke rabina ke... maaf ye... tak ada. lain option cola atau sprite. " kata alex.

faiq hanya tersengih janggal.
' macam mana lah dia besar shaza... ' bisik hati faiq. sambil melihat 2 botol air di hadapannya.

" okeylah.. untuk jawab persoalan kau tuh.. aku sedang sembunyi. dan tempat yang aku rasa selamat adalah cina. " kata alex.

" jadi, ayah ke yang sedia kan benda nih? " tanya shaza sambil menunjukkan telefon , buku dan pisau.

" ye. aku kena bagi hint kat kau. dah besar sangat kan kau... macam mana kau boleh chubby sangat nih? " tanya alex kepada shaza.

" laikha stress bila ayah tinggalkan laikha. dah lah tak bagitahu apa apa. " kata shaza.

" sorry. masa tak benarkan aku terangkan pada kau. tapi nasib kau selamat. " kata alex.

" kejap. jadi sekarang nih macam mana? " tanya faiq.

" hmm? laikha akan tinggal kat sini lah.. " kata alex.

" tapi macam mana dengan malaysia? " tanya faiq.

" kau nak diorang buru laikha ke? " kata alex tiba tiba suaranya berubah marah.

" tak, tapi.. tak akan nak biar je diorang macam tuh? kalau tak.. sampai bila korang nak hidup dalam sembunyi? sekarang diorang tak datang cina. macam mana kalau diorang datang cina? korang nak pergi mana pulak ? australia? thailand? korea? " kata faiq yang sedikit emosi.

" kau tak payah risau pasal tuh , sebabnya. diorang memang menuju ke sini." kata alex tenang.

"hah! " faiq dan shaza terkejut.

" aku dah agak dah! aku tak boleh percaya kan kau! " marah shaza. muka faiq jelas keliru.

" malaikha. bukan salah dia. zeus memang dah lama ekori korang. sejak korang tiba di cina lagi. " kata alex.

" macam mana? " tanya faiq.

" tak ada yang mustahil, kau kena ingat yang kita lawan sekarang adalah musuh yang tahu strategi perisikan . malah kalau dia tak dapat aku. diorang sendiri ada teknologi yang canggih, dan orang orang yang lebih talented dari kau.. faiq. " kata alex.

faiq tergadah. dia ingat dia berjaya selamatkan shaza dari situasi yang mengancam perempuan itu. tapi sangkaanya meleset.

" nasib kau pakai hoodie tuh. mesti diirang tak tahu yang benda tuh kat kau. bijak kau pilih hoodie tuh. " kata alex dan tersengih.

giliran shaza tersedak.

" bu-bukan ayah jugak ke yang sedia kan? " tanya shaza tergagap.

" ha? kenapa pulak? " tanya alex.

" laikha jumpa hoodie nih dalam satu kotak yang sama dengan barang lain. " kata shaza.

" tak ada maksud lain dah... mesti diorang dah jumpa benda tuh dulu. sebab tuh diorang boleh tahu ke mana kita pergi. " tembak faiq.

" hah! " shaza terkejut.

" kau tak ingat masa kita kat pub jumpa melissa? macam diorang boleh cam kau kalau bukan diorang jumpa benda tuh? "kata faiq.

" fu** ! " faiq mula mengusutkan rambutnya.

muka shaza jelas menunjukkan dia takut. dia takut berapa banyak musuh yang akan datang kepada mereka . adakah mereka bersedia?

" memang tak ada cara lain. selain confront them. and hit a head. " kata alex tenang.

" macam mana kalau shaza cedera? atau lebih teruk nyawa dia melayang?! " faiq mula beremosi.

" TAK AKAN SIAPA AKAN MATI ! terutama laikha.. " jerkah alex kembali.

" so, tenang.. ingat aku bawa korang sini tak ada plan ke? " kata alex.

shaza terdiam begitu juga faiq apabila alex dengan suara meningginya.

Make me Twisted By You ✓Where stories live. Discover now