✨BAB 1✨

122 3 0
                                    


Hari ini keputusan SPM diumumkan bagi seluruh Malaysia.

Seorang gadis berbaju kurung sekolah, terkocoh-kocoh berlari menuju ke sebuah rumah banglo besar yang terletak bersebelahan sebuah tasik sambil memegang sehelai kertas dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya...

"Assalamualaikum!!"gadis itu memberi salam selepas memasuki pintu gerbang rumah tersebut...

'Aih? Aih!!? Hurm... there's something wrong here'bebel hatinya apabila melihat berpuluh-puluh pasang kasut dipenuhi pada rak kasut rumahnya..

Dia memandang kawasan rumahnya yang turut dipenuhi oleh beberapa buah kereta-kereta berjenama..' Whatever la ...ni confirm ada tetamu' desis hati kecilnya sambil membuat riak tidak puas hati.Tiba-tiba gadis itu tersengih sendirian..macam kerang busuk pun ada!

"Papa nak buat suprise kat Aku kot..hari ni kan keluar result..."Dengan beria-ria dia memasuki rumah...

Langkahnya terhenti setelah tiba di ruangtamu rumahnya..kertas keputusan yang dipengangnya erat dilepaskan , senyumannya hilang serta merta apabila melihat satu susuk tubuh yang amat disayanginya dikafankan dan disekelilingi oleh saudara-maranya yang sedang membaca surah yasiin...

"Intan" panggil seseorang, Intan menoleh ke suara tersebut ...

<<<

"Morning" sapa Intan girang sambil menuruni anak tangga...

Encik Mokhtar hanya tersenyum melihat anaknya yang bersemangat itu..."Morning" balasnya..Puan Murni, ibu Intan hanya mencebikkan mukanya..begitu juga dengan Sufi, adik Intan..

Intan mengambil tempat di sebelah alongnya.Mereka hanya menjamu nasi goreng dan roti bakar disertakan dengan jus buah..Keadaan hanya sunyi sepi..begitulah keluarga Intan apabila menjamu selera..

"Along balik Jepun bila?"Intan memulakan perbualan sambil memandang Sufi yang baru turun...

"Hurm, insyaAllah along balik lusa ni..kenapa tanya?"Firdaus menjawab.

"Orang tanya je pun"Intan mencebikkan mulutnya... Firdaus menjulingkan mata... mereka berdua bergelak ketawa tanpa menghiraukan yang lain..

"Mama...nanti datang tak tengok angah?"Intan memandang ibunya..

"For what?!"jawab Puan Murni acuh tak acuh..

"Hari ni kan angah dapat result..."Intan memandang kosong pinggannya...

"Tengok la, Mama kena belikan barang untuk acik ni"
Puan Murni mengusap kepala anaknya Sufi..Sufi pula hanya mengiakan dengan mempamerkan muka manja..

"Oh.." itu saja yang terkeluar daripada mulutnya,dia sedikit terkilan dengan mamanya...

"Takkan la, lagi penting daripada tengok angah?"perli Encik Mokhtar sambil tersenyum sinis... Mereka kembali senyap..

Sepuluh minit berlalu...
Intan bangun daripada duduknya lalu menggalas beg sekolahnya..

"Papa, angah nak pergi dulu"ujar Intan lalu menyalami Encik Mokhtar, Puan Murni dan Firdaus...Selepas menyalami ibunya...cepat-cepat Puan Murni menyapu tangan di bajunya menunjukkan kejijikan Intan...

"Acik jom?!"Intan mengajak adiknya ke sekolah...mereka bersekolah di sekolah yang sama, jarak umur mereka hanya lah setahun..

"Kau lupa ke tadi mama kata dia nak beli barang untuk aku, mesti la aku ikut" jawab Sufi kasar...Dia berani menjawab sebegitu kerana Encik Mokhtar sudah pun naik ke bilik, tak sedap badan katanya ..

"Ok then...Bye Along!!Wish me luckk!" jerit Intan girang... Alongnya hanya tersenyum melihat Intan...setelah kepergian Intan dia memberi satu jelingan tajam ke arah Sufi..Sufi hanya mengangkat bahu sambil tersenyum sinis..

"Pak Mad tak datang ke?" Terjerit-jerit Intan mencari kelibat pemandu bas sekolahnya ..Namun masih tiada sahutan..Akhirnya dia mengambil keputusan untuk hanya berjalan kaki sahaja ke sekolah...

"Abang..saya nak pergi shopping dengan Sufi dah ni..."Puan Murni berkata selepas memasuki biliknya dan Encik Mokhtar...Namun tubuh badan Encik Mokhtar tidak bergerak.."Abang dengar tak ni?!!" Puan Murni menggoyangkan tubuh suaminya... Pantas diperiksanya nadi Encik Mokhtar...Air matanya mengalir di pipi...Dipeluk kuat tubuh suaminya...

"Astaghfiruallah!!" jerit Puan Murni kuat... Firdaus dan Sufi yang mendengar jeritan tersebut langsung berlari menuju ke bilik ibu dan ayah mereka..

"Ma kenapa??!" Tanya Firdaus dengan risau apabila melihat ibunya menangis ...

.....BERSAMBUNG.....

K macam mana guys??
Ok tak?? Sis baru nak start ni...🙌
Kalau apa-apa silalah follow sis ya..Eh my mistake, sila vote 😉 tapi nak buat dua-dua pun takpa 👉👈

My Beautiful Ending  ✓Where stories live. Discover now