🎈19

272 24 2
                                    

2 minggu kemudian.

" faiq! stop! aku tak nak! " marah shaza.

" kau kena jugak makan! " arah faiq.

" tak nak! " dalih shaza.

apa yang sedang berlaku? emm...

" aku kata makan makan lah! kau tuh obesiti sebab makan junk food. jadi kau kena makan brokoli nih. " kata faiq yang cuba memberi fakta pemakanan.

seketul brokoli menjadi mangsa perbalahan mereka. sekejap di pinggan shaza. sekejap di pinggan faiq.

" kau suka sayur kan? kau lah makan! " kata shaza.

" aku dah banyak makan sebab tuh tubuh aku macam nih.. sado! hhoho! kau tuh yang tak sado anak gajah thailand! " kata faiq.

dan diantara mereka ada alex yang sentiasa tenang. walaupun bakal ada perbalahan dunia ketiga kat situ.

" ayah! please help me! " kata shaza minta pertolongan ayah kesayangan.

sepanjang mereka bersama alex, jarang sekali alex akan meleraikan shaza dan faiq yang bergaduh bagai kucing dan anjing. kebanyakannya alex hanya biar dan mind his own busniess.

" shh! " arah alex tiba tiba.

terus faiq dan shaza terdiam.
mata faiq.meliar mencari penceroboh. shaza mula rasa takut. setelah 5 minit kemudian...

" ayah dah siap makan. " kata alex lalu dia bangun dari tempatnya dan menuju ke dapur membasuh pinggan dan cawanya sendiri. kemudian dia keluar dapur.

" cepat makan. lepastuh pergi bawah. " kata alex tenang. sebelum dia berjalan pergi dari situ. faiq dan shaza hanya memandang tak percaya alex.

' kene tipu daaa.... ' bisik hati shaza dan faiq.

🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

malam..

jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam. faiq  berdiri sendiri di halaman rumah sambil mendongak melihat bulan yang sungguh terang .
terdapat beberapa gugusan bintang berteraburan sekitar bulan.

shaza mungkin sudah tidur. perempuam itu sejak mereka mula berlatih. shaza selalu sahaja cepat penat. yelah perempuan chubby seperti shaza perlu masa yang lama untuk menyesuaikan dirinya dengan rutin harian itu.

" faiq. " panggil alex dari belakang.

faiq memandang ke belakang badannya di balikkan untuk menghadapi lelaki itu.

" kau tak tidur lagi? " tanya alex sekadar basa basi.

" haah. " balas faiq .

" terang cahaya bulan hari nih.. " kata alex sambil memasukkan tangannya kedalam poket seluar.

" hm." balas faiq pendek.

" kau nak tanya aku apa apa soalan? " tanya alex yang tiba tiba membuka counter pertanyaan.

" soalan? " faiq tanya balik.

" haah.. aku nampak muka kau . walaupun muka kau selalu dingin. tapi jelas mata kau ada banya persoalan bermain kat minda kau. " kata alex.

" ouh... aku nak tahu, macam mana shaza boleh jadi anak kau? sebab aku tak rasa orang macam kau suka pada budak. " kata faiq.

" heh... jelas sangat ke? personaliti aku? " kata alex tersengih.

" untuk jawab soalan kau. sebenarnanya laikha . adalah anak kepada ex aku. " kata alex.

" ex?" suara faiq jelas terkejut.

" yelah! ingat orang macam aku tak ada taman ke? dah! jangan sampuk! dengar je. " marah alex.
faiq hanya mengangkat bahunya tak tahu.

" ex aku putus sebab dia jumpa suami dia. dan aku .. terpaksa lah move on. dan lepas 3 tahun diorang kahwin aku tahu dia dapat anak. aku selalu perhatikan budak tuh. satu hari , masa tuh aku baru lepas selesaikan satu misi.

tiba tiba aku dapat call. yang ex aku kena buru. aku pon tak tahu sebab apa. masa dia call dia dengan suara terdesak minta aku selamatkan dia. dan masa tuh aku dapat tahu suami dia dah mati. dia sedang larikan diri dengan anak dia.

aku terus pandu cari dia . macam gila jugaklah aku pandu. rasanya dalam 10 traffic light aku langgar. tapi aku lambat. kereta yang dia pandu langgar pembahagi. dan jatuh ke curam. dia cedera teruk.

masa aku sampai dia berjaya keluar dari kereta tapi dah tak bernyawa. kat sisi dia ada budak perempuan.

dan budak tuh aku bagi nama malaikha. sebab dia adalah keajaiban yang berlaku tika excident. kerana dia tak mati. hanya cedera sikit. " kata alex.

" lepastuh?" tanya faiq

" aku jatuh suka pada laikha . dan dia bukan budak perempuan yang hanya tahu nangis . merajuk . ada masa dia suka pendam . cara dia tunjuk tak puas hati dengan hanya diamkan diri.dan aku rasa dia menarik. aku rasa setakat nih dia tak pernah memberontak.

sebab aku pernah terbaca . perempuan nih susah nak control. tapi laikha lain. bila aku suruh buat sesuatu dia hanya buat. lama kelamaan dia jadi rapat dengan aku dan dia makin selesa. baru dia tunjuk sisi manja dia.

sisi yang aku tak sangka dia ada. aku masih ingat kali pertama dia takut takut panggil aku ayah.  dan bila aku benarkan dia panggil aku ayah . dia happy. dan sejak dari tuh aku ambil dia sebagai anak angkat. " kata alex.

" sebelum dia panggil ayah . dia panggil apa? " tanya faiq. alex jeling faiq.

" perlu ke nak tahu? " kata alex yang terasa annoying dengan soalan faiq.

" ehe... kalau tak nak jawab pon tak apa. " kata faiq sambil mengaru belakang tengkuknya.

" ada soalan lain tak? " kata alex.

" emm.. entah.. macam tak ada.. " kata faiq.

" kalau tak ada . biar aku tanya kau pulak. " kata alex.

" okey. aku tak ada benda yang nak sembunyikan. i am open minded" kata faiq confiden.

"sejak bila? " tanya alex.

" apa ? sejak bila apa? " tanya faiq tak faham.

" sejak bila kau suka laikha?" tanya alex. faiq terkejut dengan soalan itu.

" ap-apa nih... logik lah sikit soalan.. " kata faiq gugup.

' aku tak sedialah !... pende laki nih? main tembak tembak je.' bisik hati faiq gugup.

"  apa? kau ingat aku nak tanya latar belakang kau? aku dah tahu semuanya termasuklah misi kau kat malaikha. tapi aku tak tahu apa yang ada dalam hati kau. sejak 2 minggu kat sini aku selalu nampak kau prihatin kat dia.

kau jangan nak tipu aku yang kau tak ada perasaan kat dia. aku nampak semua nya. walupun kau guna ayat dingin dan sindir pada  dia. tapi tindakkan kau kontras dengan apa yang kau cakap. jadi, sejak bila?" kata alex.

" ak- aku .... tak tahu... aku hanya sedar bila jantung aku mula berdegup lain bila dia happy. bila dia rasa senang. dan bila dia nangis aku rasa sakit. " kata faiq.

alex tergeleng kepalanya. faiq hairan . kenapa dengan lelaki itu?

" itu bukan suka . itu cuma firasat untuk kau lindungi dia. heh.. malah cinta pon jauh sekali. bodohnya kau untuk salah sangka dengan benda macam nih.. " kata alex menyindir.

" hanya firasat? " kata faiq. dia jelas terkejut.

" jangan pernah mimpi nak dapatkan laikha. sebab dia selamanya milik aku. " kata alex lalu melanggar bahu faiq sehingga faiq terdorong kebelakang.

kemudian alex masuk kedalam.
' cuma firasat untuk melindungi? ' faiq terpana dengan penyataan itu.

' benarkah dia sebegitu?' faiq memegang dadanya. matanya jelas keliru.

Make me Twisted By You ✓Where stories live. Discover now