Tak usah kau terangkan ku tahu
Potret wajahmu di setiap penjuru
Curahkan deritamu padaku
Biarku rasa apa yang kau laluTerang terang
Bersama rasa sayang
Ku biarkan kau terbang
Terang terang
Sudut kecil ku isi
Untuk senyuman mu lagiBerbaring renung kita ke bulan
Lagu yang ku tulis ku nyanyikan
Lagu cinta tentang kita berdua
Yang kan kita kenangi hingga tiba masaMimpi mimpi
Yang tak kembali
Aku janji
Janji takkan pergi__
*Klik* bunyi dari kameranya dia berbunyi. Mengganggu aku yang sedang makan.
"Eh kau ni, asyik ambil gambar aku je. Kacau je aku nak makan" kamera dari tangannya aku tarik pantas. Tidak sempat dia melawan. Hah, padan muka.
"Alamak kau ni, dengan aku berkira lak. Hei, bersyukur sikit. Ada member macam aku yang sudi ambil gambar kau. Kalau tak, heh. Faham sendiri la" dia menarik mangkuk makanan aku, selamba badak je dia menghabiskan sisa makanan aku. Ish budak ni.
"Yela, aku tau sape aku" aku berkira kira ingin memeriksa gambar yang ada di kameranya. Tapi laju pula dia meraihnya. Ingatkan still khusyuk makan.
"Bakla, nak tengok. Ambil gambar aku nak, tunjuk kat aku taknak. Ish kau ni" aku cuba mencapainya, tapi dia sudah sembunyi di belakangnya.
"Ala kau ni, biarla. Aku simpan koleksi gambar buruk kau, untuk keperluan blackmail kau ke untuk birthday kau ke. Haa" dia mencebik jahat. Aku tahu sangat perangai dia ni, ada je nak kenakan aku. Sabar jela.
"Dahla, jom gi library. Aku kena siapkan assignment" aku mengajaknya beredar memandangkan tiada apa lagi yang boleh kami buat di sini. Kang bising, kena marah pulak.
"Hm, okla. Aku teman jela tapi, aku nak tidurla" dia mencapai begnya dan juga beg aku. Heh, dia memang akan sentiasa bawakan beg aku. Aku pernah marah dia beberapa kali kerana tidak selesa buat dia macam tu. Tapi dia akan balas,
'Kau tak bawa beg pun dah jalan slow, cuba bayang kalau beg ni kau bawa. Mesti lagi slow'
Haa, malas nak berbalah. Aku biarkan sajala dia, lagipun kami sudah berkawan lama.
Di library, seseorang mendekati kami. Aku kenal siapa, Hani, budak first year falkulti aku. Selalu juga aku nampak Hani datang support kalau si mamat ni perform. Ouh lupa nak cakap yang mamat ni, singer campus kitorang. Tapi solo jela, takde band. Katanya malas nak bagi komitment. Tau sangat perangai mengular dia.
"Hi, boleh ke kalau nak duduk sini juga?" Hani menyoal kami. Aku dan Jebat berbalas pandangan setelah mendengar permintaan Hani.
"Hm, sorry Hani. Kitorang ada private discussion. So need some privacy. Sorry, maybe next time" aku memandang Jebat dengan kerutan, sejak bila nak buat discussion pulak ni. Jebat membalas dengan jegilan mata. Ok, faham dah. Mamat ni troll si Hani tu rupanya.
"Ouh really? Sokay, I pergi dulu la. Sorry Jebat" Hani membalas dengan sopan, walaupun dia agak berani approach Jebat tapi aku salute dia sebab dia takdela menggedik dengan Jebat. Macam junior lain.
Hani melangkah pergi meninggalkan kami.
"Kenapa kau tipu dia? Kesian dia, nak jumpa kau pastu kau buat gitu" sambil menyoal Jebat, laptop aku dibuka, buku nota diambil.
Jebat menghempas begnya perlahan ke atas meja dihadapan kami.
"Aku nak tidur" setelah itu terus kepalanya dialaskan diatas beg itu.
Haih, sabar jelah. Beberapa minit, kelihatan Jebat sudah ketiduran. Aku sempat mencuri pandangnya beberapa kali sambil menyiapkan tugasan aku.
Jebat Iskandar, lelaki yang menjadi teman aku saat first day orentasi di sini. Takdir menjadi sempurna buat kami kerana kami sama course dan sama kelas. Jadi, secara tak langsung kini sudah hampir 3 tahun kami berkawan rapat. Tipu sebenarnya tiada rasa pada dia, tapi aku cuba nafikan rasa itu sebab aku taknak rosakkan friendship kami.
YOU ARE READING
Songs Story
Short StoryBila bibir tak mampu tuturkan kata dan emosi, lirik lagu menjadi kisah dirinya. Kisah yang tak terungkap meski berjuta kali mencuba. Lirik menjadi pengganti buat jiwa yang terluka, pada mereka yang mengecapi bahagia dan buat mereka yang mencari keba...