EP19:TRAGEDI

516 41 11
                                    

Pada keesokan harinya...

"Huaargghh!"

Ali menggeliat sedikit untuk meregangkan ototnya.Usai memabaca doa bangun tidur,dia berpaling melihat sekeliling.Ali hairan.

"Ai?Mana pak cik ni?"ulah Ali sambil menggaru kepalnya yang tak gatal.Ali bangun dari tikar dan mula berjalan.

Dia menggoyang-goyangkan kakinya untuk melihat keadaan kakinya."Wah!Herba ni boleh heal luka dengan cepat!Hebatnya!"kata Ali dengan teruja.bukan itu sahaja,malah dia dah boleh menendang seperti biasa!Mujarab sungguh!

Dia menyambung langkahnya dan menyelak daun pintu.Namun,dia melihat asap berkepul-kepul berhampiran pondok menyebakan dia berasa cemas.

"Alamak!Pak cik dalam bahaya ke?!"

Dengan cepat,Ali berlari ke arah asap itu dan melihat...

"Lah...Masak ikan bakar rupanya..."lega Ali.Pak cik yang mendengar suara Ali berpaling.

"Hah Ali!Dah bangun dah?Dah solat subuh belum?"tanya pak cik itu dengan sinis.Dia tetap bertanya walaupun dia sudah tahu jawapannya.

"Er...Aaa...Belum,"kata Ali dengan tersipu-sipu malu.Dia sebenarnya agak terkejut dengan soalan itu.Walaupun dia mempunyai ayah,tapi ayahnya tidak pernah mengingatkan tentang kewajipannya.Namun,dia tidak pernah menyalahkan ayahnya sepenuhnya.Dia pun sudah besar.

"Ali?Kamu okay ke?"tanya pak cik itu sambil menggoyangkan tangan.

"Ya pak cik.Saya solat dulu,"Ali berpaling dan menuju ke persisir pantai untuk mengambil wuduk dan menuju ke pondok.

Lelaki itu yang sedang memusing batang kayu di atas bara api itu hanya melihat.Risau melihat Ali,seolah-olah dia mempunyai sesuatu untuk diluahkan.

.

.

.

"Pak cik,Ali nak tanya sikit boleh tak?"tanya Ali secara tiba-tiba muncul dari belakang.

"Eh eh!Ali ni...terkejut pak cik,"Terkejut benar dia sehinggakan hampir kayu yang dipegangnya hampir terjatuh.Ali membalas dengan segaris senyuman sinis.

"Macam mana pak cik boleh ada kat sini?"tanya Ali sambil mengerutkan muka.

"Oh.Itu sebenarnya yang kamu nak tahu?Baik,pak cik ceritakan,"Pak cik pun mula menarik nafas dan mula bercerita.

"Kepada para penumpang,kita sudah hampir sampai di destinasi.Sila bersedia."kedengaran suara keluar dari speaker kapal terbang.."

Dum!

Kaboom!

Satu sambaran petir yang mengejutkan semua orang.Penumpang yang melihat tingkap terasa silau terlihat sinaran petir yang datang lantas memanah bahagian sayap kiri kapal menyebabkan letupan dan kebakaran enjin.Semua orang mulai panik.

"Amaran!Amaran!Enjin tidak berfungsi!"

"Semua penumpang bersedia!Kita akan melakukan pendaratan cemas!"

Kedengaran penumpang berteriak kuat dan bertakbir.Kapal terbang mula berpusing-pusing,menjunam ke laut.Tiada daratan untuk mendarat.

Debusshh!

Kapal tenggelam disebabkan ketumpatan besi yang lebih dari air.Namun dalam kejadian mengerikan itu,terdapat dua orang yang sedang mencabut tali pinggang dan mula berenang.Menuju ke atas untuk mendapatkan udara.

"Hah!Hah!"tercungap-cungap empunya suara itu.

"Awak okey ke?"

"Saya okey"

Dengan pantas mereka mereka menuju ke sebuah pulau yang berhampiran.

"Uhuk!Uhuk!"

Mereka berdua selamat.Dan akhirnya sampai di pulau.Lelaki itu mengibas-ngibaskan baju pilotnya.Manakala wanita itu menangis,trauma.

"Huaahh!"

Melihatkan itu,lelaki itu menenangkan isterinya yang juga berbaju pilot sambil memeluknya.

"Dah jangan takut.Abang ada kat sini,"

Tidak mereka sangka,itulah kejadian paling tragik dalam hidup mereka.Semua penumpang mati kecuali mereka berdua.Sejak dari itu,mereka pun memulai kehidupan baru di pulau itu.

"Oh...macam tu rupanya..."

"Ya Ali,"angguk pak cik itu.

"Maaf pak cik kalau tersakitkan hati pak cik,"Ali cuba memujuk apabila melihat lelaki itu menundukkan kepala.

"Tak Ali tak salah,"balas lelaki tua itu.

Ali memandang ke langit biru.Dia benar-benar tersentuh dengan cerita itu.Dia mengharapkan mentari harapan yang datang,namun awan mendung menutupi harapannya kerana pulau itu terletak jauh dari Cyberaya.

"Dah jom,"satu suara mengajak.

"Hah Dia!Kenapa?"tanya suaminya dengan pelik sambil berpaling ke belakang.

"Ali,jom ikut mak cik pak cik.Kita pergi memburu,"kata wanita sedikit berusia itu sambil mengangkat tombak,panah dan pisau.

"Hah!Memburu?Nak!Nak!'Ali menepuk tangan,teruja!

"Jom!Tak sabar nak belajar berburu!"Dengan cepat,Ali berjalan mendahului mereka berdua.Mereka berdua tertawa.Pak cik itu melihat Ali sambil teringatkan sesuatu.

"Ghaz,Ghaz...Sebijik macam kau..."

Bersambung

Jap,spoiler eh?😅😅😅

Assalamualaikum semua!Dah kemas barang belum?good luck kalau tengah cari some stuff yang hilang 😂😂Author nak payung meme skit!

Sila pilih perasaan anda nak ke sekolah,Gembira or sedih?Jangan lupa vote dan comment untuk tau apa kesudahnnya!Assalamualaikum!Sayonara!(please jangan tengok bawah)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sila pilih perasaan anda nak ke sekolah,Gembira or sedih?Jangan lupa vote dan comment untuk tau apa kesudahnnya!Assalamualaikum!Sayonara!(please jangan tengok bawah)





me:aku nak stay rumah!!!!!!!

alixalicia/hingga hujung nyawa-renewed(diperbaharui)Where stories live. Discover now