SOPHEA memandang Adeena dengan pandangan yang teruja. Sampai tuan punya badan yang sedang di dandan pun naik segala bulu roma yang ada. Apa ke pelik sangat perangai Melissa Sophea ni?
"Kau dah gila? Kenapa pandang aku macam tu?" Soal Adeena curiga.
Cantik sangat ke dia pada hari ini? Sampai Sophea pun pandang dia seperti seorang bidadari jatuh dari pokok?
"You look stunning la harini Deena. Seriously, kau cantik gila!" Jawab Sophea sambil menepuk tangannya.
Mak andam yang ingin mencapai satu berus pun tergendala disebabkan bahunya menjadi tempat urutan keterujaan Sophea.
"Dah teruk sangat ni." Celah mak andam. Matanya sesekali melirik ke arah Sophea.
Mahu di halaunya keluar dari bilik pengantin takut di cop biadap pula. Jadi hadap sahajalah perangai yang tak berapa betul milik Melissa Sophea ni.
"Aku lapar lah Sophea. Apa kata kau pergi beli nasi lemak di warung depan rumah kau ni."
Membulat mata mak andam yang sedang mencalit lipstick berwarna nude di bibirnya.
"Just a one spoon. It's doesn't hurt right?" Adeena menarik sengihan meleret.
Terasa goyah segala tulang sendi yang ada bila menerima jelingan padu dari mak andamnya.
"Jangan mengarut Deena. Lepas akad nikah nanti. You nak makan periuk belanga sekali pun akak dah tak kisah. But for now, sabar kejap ya?"
Adeena mengangguk dengan separuh tidak rela. Perutnya dari pagi tadi membuat irama lagu Justin Bieber. Sekarang dah masuk jam 10:15 pagi. Ada 45 minit sahaja lagi sebelum dia menjadi halal buat Aiden.
Baju yang sedikit ketat mujurlah dapat dibaiki dengan segera oleh Hawa pekerja Puan Syarifah. Sempat telinganya menjadi tadahan segala bebelan daripada wanita sebaya ibu mertuanya itu.
Ini semua gara-gara dia tidak mengamalkan diet. Berat badan tubuh dia pun naik 1 hingga 2 kg!
"Tapi Kak Nur saya dah lapar sangat ni."
Adeena membulatkan matanya gaya memujuk. Make-up sudah pun siap tapi majlisnya lambat lagi! Nak tunggu akad nikah selesai sudah pasti perutnya membuat irama lagu dendang perantau pula.
Aduh, lapar!
"Deena, turun lah bawah dulu. Makan roti je dulu. Makanan berat letak tepi sekejap takutnya bau makanan melekat. Pakai tudung sarung ni dulu, lepas je siap makan Kak Nur pakaikan tudung dengan veil. Boleh?"
Adeena mengangguk dengan laju. Seperti burung belatuk jika dilihat dua tiga kali.
Tudung sarung yang tergantung kemas di tepi almari dipakai olehnya. Kain baju diangkat sedikit untuk menuruni tangga ke bawah. Kalau terpijak kain ni tak ke naya. Tidak pasal-pasal Aiden menjadi duda yang laku keras!
Eh? Kahwin pun belum sudah jadi duda? Apa-apa je lah Deena yang penting sekarang ni kau isi perut dahulu.
Buatnya ketika acara pembatallan air sembahyang sedang berlangsung perutnya berdondang sayang? Tak ke malu tujuh keturunan dia nanti.