Apabila tiba di rumahku,Adi mengambil tuala untuk Qistina mandi. Hari pun sudah lewat. Setelah Qistina mandi aku pun bawanya ke bilik kosong untuk dia tidur.
Aku sudah pun berada di katilku.Hari ini aku sangat penat yelah berbadan dua."sayang bila Qistina mahu pulang ke rumah mama?" tanya Adi yang sudah terbaring di sebelah aku."entah mungkin 2 atau 3 hari lah. Kenapa awak?"tanyaku hairan. "bukan apa saya mahu membawa awak ke klinik untuk periksa bayi kita." kata Adi yang sedang menyangkut tuala yang dipakainya tadi."Ok bila kita hantar Qistina pulang,kita terus pergi klinik ok?" kataku. Adi hanya mengangguk kepalanya dan terus baring di sebelahku.
"kring!Kring!" bunyi loceng pengejutku berbunyi. Aku pun bangun dan ternampak Adi sudah memakai baju kerjanya. "awalnya awak bangun hari ini. selalunya awak bangun pukul 8:30 pagi sekarang 7:30 awak sudah siap." kataku hairan. "Saya lupa hari ini saya ada meeting pukul 8:30."kata Adi yang sedang memaki tali lehernya itu. Aku menyalamnya dan dia terus pergi.
YOU ARE READING
awak lah hero saya
Romance"Awak nak tau tak awaklah hero saya"kataku. Dia mencium dahiku