Part 36

839 82 14
                                    

Ice menapak masuk ke dalam bilik rawat Gempa, dia cuba kuatkan hati untuk menghadap Gempa.

Dia mendekati katil Gempa dan berdiri di samping katil. Gempa masih belum sedarkan diri kerana kesan ubat bius, semasa pembedahan beberapa jam yang lalu. Dia tatap wajah itu.

"Gempa.." Ice mengusap lembut wajah Gempa yang terdapat beberapa goresan halus dan luka yang tercipta di sana. Kesan lebam turut berada di sana.

"Maaf.."

"Ugh.."

Kelopak mata Gempa yang tadinya terpejam rapat kini terbuka dengan perlahan. Terkelip-kelip kelopak matanya, menyesuaikan perlihatan matanya yang tampak buram.

"Gempa, syukur lah kau dah sedar."

Ice tersenyum tipis pada Gempa apabila pandangan mata mereka bertaut.

"Ice.."

Ice membantu Gempa bangun dan bersandar pada kepala katil.

"Ice.. Anak kita baik-baik sahaja kan? Kenapa perut saya rasa kosong? Mana anak kita Ice? Dia selamat kan?"

Gempa terus bertanya, sambil itu tangannya meraba perutnya yang terasa kosong dan kempis itu, sudah tiada isi.

Ice terdiam bila di soal begitu, otaknya memikirkan ayat yang sesuai untuk diberitahu pada Gempa.

Wajah si isteri, dia pegang dengan kedua belah tangan. Usapan lembut diberikan pada pipi tirus Gempa, sudah tidak tembam seperti sebelum ini. Iris birunya menatap redup pada iris madu kuning milik Gempa.

"Gempa, aku harap kau bertenang selepas mendengarkan ini."

Gempa tatap wajah Ice, tatapan mata lelaki itu buatkan rasa takut dan gelisah hinggap di hatinya. Anak dia baik-baik sahaja kan? Tapi kenapa wajah suaminya nampak sedih?

"Ice.. Dia baik-baik sahaja kan? Saya nak tengok anak kita Ice. Please Ice." pohon Gempa.

Ice mengetap bibir, birai matanya bergenangan. Namun dia kuatkan juga hatinya, untuk memberitahu tentang anak mereka yang sudah tiada itu pada Gempa.

"Gempa, anak kita.. Tak dapat di selamatkan masa pembedahan dijalankan. Anak kita dah tiada Gempa."

Hancur dan rentak.

Tergamam Gempa, sebaik sahaja mendengarkan itu. Namun, dia menolak untuk percaya. Dia menepis tangan Ice yang masih berada di wajahnya.

"Awak bohongkan Ice? Saya tahu dia masih hidup, awak nak main-main kan saya ke?! Please cakap yang dia masih hidup Ice! Saya nak jumpa dengan anak kita Ice! Bawa saya jumpa dia Ice!"

Ice memeluk tubuh Gempa erat, walaupun mendapat pukulan dan rontaan dari lelaki itu.

"Tenang Gem, please jangan macam ni. Aku tahu kau tak percaya dengan apa yang aku cakapkan ni, tapi aku tak tipu Gem. Anak kita memang dah tiada. Tuhan lebih sayangkan dia Gem. Tolong redhakan hati atas pemergiannya, walaupun ianya menyakitkan."

Air jernih yang sedari tadi di tahan kini gugur jua, mengalir dengan begitu deras sekali sebaik sahaja mendengar tangisan pilu dari sang isteri. Pelukannya pada Gempa makin erat, apabila Gempa kembali memberontak. Dia tahu perasaan isterinya tengah hancur sekarang selepas mendengar berita tersebut.

"Ini ujian untuk kita Gem, pasti ada hikmahnya. Kita kena redha dengan takdir kita Gem.."





















Tbc...

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now