"Bos okey?"
Dua orang perempuan berdiri di samping katil pesakit, tempat Gempa berbaring.
"Saya okey. Terima kasih datang melawat." Gempa tersenyum pada kedua pekerjanya itu. Elsa dan Anna.
"Masama bos. Kami harap bos dan suami bos tabah dalam menghadapi ujian ni, mana tau depan hari nanti akan ada yang jauh lebih baik untuk bos sekeluarga. Bersabar ya bos." Elsa menutur kata dengan sopan sekali. Bahu si bos ditepuk lembut. Satu senyuman manis dilakar.
Begitu juga dengan Anna yang menjadi pendengar dan pemerhati.
Gempa hanya mampu membalas senyuman mereka berdua. Walaupun terasa hambar.
"Tapi macam mana korang berdua boleh tahu yang saya ada kat hospital?"
Elsa dan Anna berpandangan, lalu wajah tidak bermaya si bos mereka ditatap dengan senyuman manis.
"Oh, kami jumpa suami bos kat kaunter depan tadi. Kebetulan pula saya teman si Anna ni jumpa doktor. Dia demam dari semalam lagi. Tapi kan kitorang tak sangka yang mamat dingin tu suami bos." kata Elsa bersungguh-sungguh.
"Yang kita tak sangka tulah yang jadi kenyataan." sahut Anna yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
Gempa hanya mampu mengangguk faham.
"Tapi kan bos, kami ada dengar yang syarikat suami bos terbakar. Teruk juga, 50/50."
"Kau ingat, tu pesakit kronik ke?"
"Betul apa? Kau sendiri yang tengok kan?"
Mereka berdua berbalas pandangan mata, geram. Gempa tergelak kecil, sedikit terhibur dengan telatah mereka berdua. Comel sahaja. Tapi yang buat dia penasaran, adalah apa yang menjadi topik bual mereka barusan.
"Korang kata syarikat suami saya terbakar?" soal Gempa kebingungan, sebab dia tidak tahu menahu. Ice tidak pula bercakap tentang hal ini.
"Yup. Kenapa bos tanya macam tu? Jangan kata bos tak tahu? Suami bos tak kasi tau ke?"
Gempa menggeleng kepala, menjawab pertanyaan Anna. Kedua perempuan itu menghela nafas, sedikit tercenggang.
"Okey no komen. Maybe suami bos tak ingat nak kasi tahu kot?"
"Mungkin. Tak apa nanti saya cuba tanya dia. Lagipun tu syarikat yang dia sayang. Tapi sebab apa boleh terjadi kebakaran?"
"Dengar kata, ada orang sabotaj. Mungkin musuh dari suami bos?" ujar Elsa.
"Iyalah kan? Lagipun, orang berjaya ni mesti ada musuh dalam selimut kan? Tahu nak mendengki aje. Tak ada kerja betul lah." Kini Anna pula yang membebel.
Gempa tergelak kecil.
"Bila bos boleh balik?" soal Elsa.
"Entah, doktor tak kasi tahu lagi. Maybe minggu depan kot? Buat masa ni, korang tolong tengok-tengokkan butik tu ya?" kata Gempa.
"Tanpa bos suruh pun, kitorang boleh jaga butik tu. Tapi sunyi lah tak ada bos." balas mereka berdua dengan serentak. Wajah masing-masing cemberut.
Gempa tersenyum, seraya mengusap kasar kepala mereka berdua yang sudah dia anggap adik itu.
"Tak payah nak sedih bagai, korang boleh aje ke sini melawat saya kan? Tengoklah, mungkin minggu depan ke? Esok or lusa? Kalau dah sihat, saya ke butik hm?"
Elsa dan Anna tersenyum, kepala di angguk semangat.
"Okey bos, tapi jangan paksa diri ya? Tetap sihat selalu bos, kami selalu ada di belakang bos jika bos ada masalah."
"Terima kasih korang."
"Masama bosku yang manis."
Tbc...
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfiction"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...