Sha memandang ke belakang.
'Ash'
Sha memegang dinding di sebelahnya sambil menenangkan dirinya.
"Kau dah kenapa? Hantu kejar?"
"Ha ah, ha hantu du dua kaki" Sha menjawap dengan nafasnya tersekat sekat macam baru habis lari 100 nope 400 meter.
"Ka kau kena follow dari belakang"
Sha berdiri dengan tegak. "Kan aku dah cakap kena follow dengan hantu dua kaki"
Ash mengecilkan matanya lalu mengembungkan pipinya, tanda dia tidak puas hati dengan jawapan dari Sha.
"Tak payah buat muka macam tu, jangan menambahkan lagi kehodohan muka kau" Sha ketawa lalu meninggalkan Ash.
"Wat da fish Sha! Muka macam Jungkook ni kau cakap hodoh?" Ash mengekori Sha dari belakang.
"Kau dengan Jungkook jauh beza giler. Bagaikan langit dan tanah bhai"
"Sampai hati kau, merajuk lah" Ash memaling muka sambil memuncungkan bibirnya.
Sha akui memang comel, antara 4 orang dari mereka yang hensem Ash sahaja yang mempunyai kelainan. Mukanya comel, comell sangaatttt.
"Alah aku gurau jerh"
Ash tidak membalas.
"Ok ok aku akui muka kau sama dengan dia"
Ash tersenyum lalu menolak bahu Sha. Salah satu kelemahan Ash, senang sangat terpujuk.
"Kan kan aku dah cakap muka aku sama dengan-"
"I mean muka kau sama dia, bukan dengan Jungkook"
"Jadi?"
Sha tersenyum sendiri.
"Alah Sha bagitau lah akuuuuuuuuu"
"Takkkk nakkkkkk"
Ash memujuk Sha sehingga mereka sampai ke KOP. Ash sambung rajuknya lalu pergi meninggalkan Sha sendirian di situ. Sha hanya mengeleng kepala dan tersenyum.
Ketika Sha sudah selesai membeli segala keperluannya. Dia kembali ke kelasnya mengikut jalan yang sama.
"SHA!"
Sha angkat kepalanya.
"Oh Fikry"
"Kau dari mana pergi mana nak kemana?" Tanya Fikry.
"Dari kelas pergi KOP dan balik lagi ke kelas"
"Pandai kau jawab eh?"
Sha tersenyum.
"Sha"
"Hm?"
"Aku nak tanya sikit boleh?"
"Banyak pun boleh. Apa dia?"
Fikry senyum nipis. "Kenapa pelajar dekat sekolah ni cakap kau macam macam?"
"Hm?" Sha memandangnya dengan pandangan suci. Tidak tahu apa apa.
"Aku ulang balik soalan aku, kenapa budak sekolah ni tuduh kau macam macam?"
"Macam macam? Maksud kau?"
Fikry berhenti dari menaiki tangga tersebut. Di ikuti Sha yang 3 tangga lebih tinggi dari Fikry.
"Jangan buat bodoh Sha" Fikry yang tadinya riang kini berubah serius.
"Straight to the point please Fikry. Tanya benda yang kau nak tanya sebenarnya. Aku malas lah nak layan soalan kau sat-"
"KENAPA KAU LETAKKAN DIRI KAU SEBAGAI MANGSA?!" Herdik Fikry
Sha terdiam. Dia bukan tidak tahu arah 'perTANYAan' itu.
"Dah jelas soalan aku kan? Kenapa Sha? Aku tahu Sha kau bijak. Bijak sangat. Kenapa kau tak gunakan kebijakan yang kau ada tu?! Kenapa kau gunakan jugak KEBODOHAN kau tu?!"
Sha masih diam lalu memandang bahu Fikry yang turun naik.
"Please Sha bagitahu aku" desak Fikry.
"Sha-"
"Sorry Fikry, ni keputusan dan kehidupan yang aku pilih buat masa ni. Aku harap benda tu boleh jawap persoalan kau". Sha meninggalkan Fikry di situ.
"SHA! AKU TAHU KAU BUAT BENDA TU UNTUK ADIK AKU"
Sha berhenti. Dia menoleh ke belakang.
"Tapi tolonglah Sha. Hargai diri kau! Jangan disebabkan adik aku kau buat macam ni. Jangan disebabkan binatang seorang tu kau sanggup buat macam ni Sha! Love Yourself first before you love others"
Sha tertawa.
"Kau tahu perkataan "love yourself" tu kau tak boleh guna pakai kalau kau terus menerus rasa bersalah dan kau akan salahkan diri kau sebab tidak dapat selamatkan rasa bersalah tersebut" Sha meninggalkan Fikry untuk kali kedua.
Fikry hanya terpaku di situ.
"Tapi Sha, aku tak suka tengok kau yang pura pura kuat"
🌙
"Love Yourself first before you love others" -Fikry.
-thank you for my small reader but all of you are my big love, kawan, friend and chingu! my story in #3schoolstory. even benda tu nampak kecil, tapi benda tu besar bagi saya! THANK YOU GAIS :v ♡♡♡
YOU ARE READING
[OG]𝙛𝙡𝙮𝙞𝙣𝙜 𝙞𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙖𝙢𝙚 𝙨𝙠𝙮🌙
Ficção AdolescenteSekolah yang penuh dengan kekejaman hanya disebabkan oleh pengetua sekolah yang tidak bertanggungjawap. Mengabaikan tanggungjawap sebagai seorang guru, pembulian dilakukan hanya kepada seorang murid malang. Satu sekolah mengabai dan membulinya dari...