3

1.2K 58 2
                                    

Ali jatuh ke lantai. Dan ketika itu juga ayahnya pulang. Gelak tawa yang kuat bergema tadi hilang seperti menyambut malaikat maut lalu.

"Astaghfirullah~ Ali, Viktor. Bersepah nya rumah. Kamu semua ni memang nak kena!" Marah ayah Ali yang baru pulang dari kerja.

"Ayah Ali min-"

BUKK!

Bantal melayang ke muka Ali.

"Hahahahahaha" Viktor gelak terbahak-bahak.

BUKK!

"Hahahahahaha" Gelak yang asalnya milik Viktor kini menjadi milik Ali.

"Serang!" Arah Viktor.

Dan mulalah kembali perang yang terhenti sebentar tadi.

- SKIP -

"Ali, Viktor, kamu kemaskan balik ye? Ayah nak mandi pastu nak buat dinner. Ayah tak nak tengok satu pun bahagian ada bulu bantal-bantal tadi. Faham?"

"Faham, Tuan!" Sahut mereka berdua dengan gaya tabik hormat.

Ayah Ali membalas tabik mereka sebelum naik ke bilik untuk mandi.

"Weh, Vik. Kau kemas, aku pergi masak. Okay tak?"

"Hmmm. Kau ni memang suka bagi aku bahagian kerja yang susah-susah."

"Of course lah!! Kau kan nak jadi gentleman. Gentleman kena buat kerja susah-susah. Bukan bijak dalam pelajaran je." Balas Ali sambil menyesengkan lengan bajunya.

"Hek eleh kau. Dah tu kau tak nak jadi gentleman? Oh lupa, cita-cita kau nak jadi surirumah kepada suami kau nanti."

"Eh Kau ni! Aku baling periuk belanga ke muka kau, baru kau tahu langit tinggi ke rendah!" Jawab Ali sambil menunjukkan periuk belanga yang hendak dibaling.

"Setahu aku, langit memang tinggi. Yang rendah tu setahu aku, kau je lah."

"Eh lahanat kau! Panggil aku pendek!" Ali mengangkat kuali yang hendak dia guna untuk masak dan menunjukkan kepada Viktor.

"Woah, chill LA. Kuali tu kalau kena kepala aku berkecai. Tak sempat nak exam SPM."

"Biar berkecai! Baru kau tahu siapa aku."

"Hek eleh. Aku kenal kau dari kecik lah. Daripada dulu sampai sekarang tinggi kau serupa tu je."

"Ish!!" Ali bersedia nak mencampakkan kuali ke arah Viktor.

"Eh chop! Apa yang aku cakap tu adalah pujian maaa. Bukan hinaan."

"Pujian kepala hotak kau! Ketinggian aku bukan mainan maaa."

"Pendek tu nampak sweet je. Rendah tu nampak cute je. Haaa kan tu pujian tu."

"Hmph kau! Kalau nak selamatkan diri, ada je jawapan." Ali menjeling ke arah Viktor sambil buat muka menyampah.

"Of course. Dalam hidup kena pandai survive." Ujar Viktor dengan bangganya.

"Hm, yelah. Dah pergi sambung buat kerja kemas rumah kau tu."

"Ni bukan rumah aku."

"Eh Kau ni. Baik kau diam sebelum aku bagi kau makan kuali je." Ujar Ali dengan garang dan Viktor hanya gelak akan apa yang diujarkan oleh Ali.

Mereka pun lakukan tugas masing-masing dengan tekun. Selepas Ali siap dengan menu makan malam dia menolong Viktor yang sudah hampir selesai.
Beberapa minit selepas mereka selesaikan tugas mereka, ayah Ali pun turun dari bilik.

Baru sahaja hendak masuk dapur untuk masak, ayah Ali terpegun melihat makanan yang sudah tersedia di atas meja. Baunya dan pemandangan nya amat menyelerakan. Membuatkan dia sendiri tidak sabar untuk menjamu selera.

-- [RULI] SICK -- [ON HOLD]Where stories live. Discover now