Skip
Irsya dan Hazreen serta keluarga yang lain menghantar Hazriq ke lapangan terbang. Selepas semuanya siap, mereka pulang ke rumah. Semasa di dalam kereta, "Sya. Mama temankan Sya dekat rumah tau." kata Puan Syarifah.
"Papa macam mane." kata Irsya. "Papa okey je. Kamu tu yang penting." kata Encik Syahid. "Kalau macam tu takpelah. Mama boleh duduk dengan Sya. Bolehla makan masakan mama." kata Irsya lalu tertawa kecil.
Encik Syahid menghantar Irsya, Hazreen dan Puan Syarifah ke rumah lalu dia pulang. Hazreen disuruh tinggal serumah bersama Puan Syarifah dan Irsya. Tiba makan, malam, Mereka memasak bersama.
Selepas masak, mereka makan. Selepas selesai makan, mereka duduk di ruang tamu untuk menonton televisyen. Hazreen tolong membuka televisyen. Sebaik sahaja mereka membuka televisyen, Hazreen membuka berita .
"Kapal terbang yang menuju ke Korea terhempas di.................." ~pemberita. Irsya menangis sebaik sahaja meneliti nama yang berada di screen televisyen.
¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬
.
.
.
.
47. Muhd Zakir bin Abdul Manaf (33)
48.Tengku Hazriq Farhan Bin Dato' Jefri (31)
49. Siti Fatimah binti Abdullah (25)
.
.
.
.
.
¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬Hazreen menutup televisyen selepas melihat nama abangnya berada di screen televisyen. Irsya pengsan.
Skip
Hazreen menunggu di sebelah Irsya. Irsya sedang tidur di atas katil di biliknya. Puan Syarifah masuk ke dalam bilik itu bersama seorang doktor dan beberapa ahli keluarga mereka.
Irsya pov
"Biy dah balik?" kata Irsya. "Ye sayang." kata Hazriq. "Biy tahu tak, tadi dalam tv bagitahu kapal terbang biy terhempas lepastu biy dah tinggalkan sayang." kata Irsya. "Mungkin cerita tu betul?" kata Hazriq.
"Issh ape biy ni. Tak kesiankan anak kita ke. Nanti kalau biy dah takde, sape nak jaga sayang dengan baby kite." kata Irsya. Irsya tertunduk ke bawah. Apabila dia pandang ke arah Hazriq semula, dia tiada.
"Biy. (2x). Biy jangan main² dengan Sayang. Biy." kata Irsya. Irsya terasa seseorang menyentuh bahunya dari belakang. Dia memusingka kepalanya dan melihat Hazriq sedang tersenyum manis ke arahnya.
"Sayang kene ingat tau satu benda ni. Biy cintakan sayang sepenuh hati biy." kata Hazriq. "Sayang pun cintakan biy." kata Irsya. Irsya ingin memeluk Hazriq, tetapi Hazriq hilang dari pandangan mata.
Irsya terjaga dari tidurnya lalu menjerit 'biy'. Semua yang berada di situ tersentak apabila terdengar laungan yang dibuat oleh Irsya. Mereka berlari ke arah Irsya. "Mama. Abang Haz mane." kata Irsya.
Mereka yang berada di situ terdiam apabila ditanya sebegitu rupa. "Reen mane abang kau." kata Irsya. Hazreen terdiam kerana tidak mampu menjawab soalan Irsya. Irsya bangun untuk mencari Hazriq.
Datin Marziah menarik lengan Irsya dan menyuruhnya duduk kembali di atas katil. "Mayat Hazriq masih tak dijumpai dekat bangkai pesawat tu dan diorang syak kemungkinan mayat Hazriq dimakan dengan binatang buas dekat sana." kata Datin Marziah sedih.
Irsya terdiam dan menangis. "Tak. Mesti abang Haz ade dekat mane² ni. Dia nak buat suprise kan?" kata Irsya. Puan Syarifah menampar pipi Irsya. Irsya memegang pipinya. Dia cuba untuk menahan air matanya dari mengalir.
"Sya sedarla. Dia dah tak ade dekat sini." kata Hazriq. Irsya mula mengalirkan air matanya sedikit demi sedikit. Ahli keluarga yang berada di situ keluar untuk memberikan Irsya ruang untuk melepaskan semuanya.
Skip
Bila malam menjelma, Hazreen masuk ke dalam bilik Irsya untuk memanggilnya makan. "Sya. Jom makan." kata Hazreen. "Aku takde selera." kata Irsya. Hazreen tidak berkata apa² lalu keluar dari situ.
Hazreen turun ke bawah dan menuju ke meja makan. "Sya nak turun tak." kata Datin Marziah. Hazreen menggeleng. "Takpe. Nanti Zila hantar makanan dekat bilik dia. Puan Syarifah dan ahli keluarga yang lain hanya mengangguk.
Skip
Syazila dan Hazreen masuk ke dalam bilik Irsya untuk memberikan makanan. "Sya. Kitorang ade bawak makanan ni." kata Syazila. "Korang letak situ jelah. Nanti aku makan." kata Irsya.
Syazila dan Hazreen meletakkan makanan di atas meja dan duduk di kerusi di hadapan Irsya. "Kalau kau nak luahkan ape² kau luah je dekat kitorang. Kitorang sudi mendengar." kata Hazreen.
"Kenape aku nak kene luah dekat korang. Korang bukan tempat luahan aku." kata Irsya. "Luah je. Kitorang sudi dengar. Kau nak nangis pun luah je." kata Syazila. Sedikit demi sedikit Irsya menangis tetapi masih dikawal.
Hazreen dan Syazila hanya mampu mendengar Irsya menangis. "Sape yang nak jage aku dengan anak² aku nanti." kata Irsya. "Kau jangan lupa. Kitorang masih ade untuk kau." kata Syazila.
"memang korang sentiasa ada untuk aku, tapi anak² aku memerlukan ayah. Then aku perlukan suami." kata Irsya sambil menangis teresak². "Kami faham perasaan kau." kata Hazreen sedih.
"Korang takkan faham." kata Irsya. "Jap. Tadi, datin cakap diorang syak je kan. Tak semestinya Hazriq betul² kene makan." kata Syazila. Irsya berhenti menangis. "Apa maksud kau." kata Hazreen.
"Maksud aku, diorang syak je. Kalau Haz masih hidup, kita still ada pelung nak cari dia." kata Syazila. "Jadi Abang Haz masih hiduplah?" kata Irsya. "Aku tak confirm 100% sangat. Just 50-50 lah. " kata Syazila.
"Kita nak cari diakan?" kata Irsya. "Aku tak tahulah." kata Syazila sambil menggaru belakang kepala. "Tolongla aku." kata Irsya. "Hhmm yerlah. Ni sebab kau kawan aku je tau." kata Syazila ragu².
Irsya tersenyum gembira selepas mendengar jawapan daripada Syazila. "Kalau kau nak pergi, kau kene makan dulu." kata Syazila. "Okey boss." kata Irsya lalu makan nasi yang telah dihidangkan di atas meja.
"Aku nak tidur. Lepastu nanti kita cari abang Haz." kata Irsya gembira. Syazila dan Hazreen keluar dari bilik apabila Irsya berkata begitu. Irsya memandang mereka sehinggalah mereka keluar dari bilik itu.
Sebaik sahaja mereka berdua keluar, "Asal kau setuju dengan Sya." kata Hazreen. "Aku terpaksa. Kalau tu yang buat dia gembira, aku sanggup." kata Syazila. "Jadi kita nak cari dia esok ke." kata Hazreen.
"Kita pergi lagi 3 hari. Kita mungkin akan pergi dalam 2 minggu. Nanti korang tunggu dekat depan. Aku tak boleh datang sangat sini. Mak aku bising." kata Syazila panjang lebar.
"Okey. 2 minggu je tau sebab aku nak kena mengajar lagi ni." kata Hazreen. Syazila mengangguk seraya turun ke bawah dan pulang ke rumahnya.
Skip
Keesokan harinya, Hazreen dan Irsya menunggu di hadapan rumah seperti yang dijanjikan oleh mereka. Mereka bertolak menuju ke laluan yang dilalui oleh mereka tempoh hari untuk menghantar Hazriq.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Done 1005 words. Please vote and comment. Hope enjoy walaupun tak berapa sama dengan tajuknya. Nanti min akan perbaiki cerita ni biar sama dengan tajuknya. Have fun...... 🤩😜💥
YOU ARE READING
Psycho Husband💖
ФэнтезиIrsya seorang yang masih mencari pekerjaan yang disukainya. CEO di tempat kerjanya pula berminat dengannya dan di sinilah bermulanya pengembaraan hidup dia. UNTUK CERITA YANG SELANJUTNYA, BACALAH CERITA INI. HAPPY READING Min baru...