Selepas berbual dan bercanda dengan Thorn sebentar tadi, kini tinggallah Gempa bersama Ice di bilik rawat itu kerana Thorn sudah pulang dan dia mengatakan yang dia akan datang melawat pula pada esokkan harinya.
Gempa memandang Ice yang hanya mendiamkan diri sedari tadi. Anak matanya bertatapan dengan Ice yang kebetulan mendongak untuk memandangnya. Dia tersenyum manis. Dia menyentuh wajah Ice, belaian lembut dia berikan.
Ice memejamkan mata, menikmati belaian tersebut. Dia memegang tangan Gempa, membuatkan gerakan Gempa terhenti daripada membelai wajahnya. Dia kembali membuka kelopak matanya, wajah si isteri dia pandang dengan tatapan yang lembut.
Tangan Gempa dia bawa ke bibirnya lalu dikucup lama tangan itu.
Gempa tergamam, rona merah merebak ke pipinya dengan perlakuan manis Ice padanya.
"Jangan sedih lagi ya sweety.. Always smile like pretty boy.. Can you sayang?"
Ice merenung Gempa dengan begitu tunak sekali, Gempa menjatuhkan pandangan mata kerana segan ditenung sedemikian oleh Ice.
"Ice.."
"Ya sayang?"
Gempa kembali mengangkat wajahnya, dia pandang Ice.
"Kenapa awak tak cakap yang syarikat awak terbakar?"
Terdiam Ice seketika, iris birunya masih setia merenung wajah Gempa. Dia senyum tipis. Tangan Gempa yang masih dia pegang itu, dia genggam erat.
"Ya. Tapi tak apa, aku dah settle kan masalah tu. Aku akan suruh orang untuk baikpulih syarikat tu."
"Oh, mesti banyak yang awak rugi kan?"
Ice hanya senyum. "Rugi? Boleh dikata macam tu, tapi kau jangan lupa. Aku masih ada banyak cawangan kat Malaysia ni bahkan diluar sana pun. So, tak lah rugi mana pun. Walaupun sedikit sedih sebab tu adalah syarikat yang paling aku sayang, syarikat dari hasil titik peluh aku sendiri kut tanpa bantuan papa."
Gempa memandang Ice simpati.
"Tapi, antara syarikat tu dan Gem siapa yang paling Ice sayang?" sengaja Gempa menanyakan itu, mahu tahu apa yang akan lelaki itu jawab.
Ice tergelak kecil mendengar pertanyaan tidak terduga itu. Wajah Gempa dia pegang dengan kedua belah tangannya. Dia tenung iris madu keemasan milik sang isteri, lalu dia melabuhkan ciuman pada kedua kelopak mata Gempa dan turun pula pada kedua belah pipi Gempa. Yang terakhir, dia mencium bibir Gempa.
Lembut sahaja ciuman itu, membuatkan Gempa terlena akan ciuman Ice itu.
"Jangan bandingkan diri kau dengan syarikat tu. Walau apa pun, kau tetap yang paling aku sayang. I love you with all my heart sweety."
Tbc...
😌 bersemut...
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfiction"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...