Bab 1

677 31 0
                                    

Pagi itu,Ainur Qalisha menuju ke dapur untuk membantu Nek Su menyiapkan sarapan pagi setelah dia habis mandi. Kelihatan ibu mertuanya turut berada di dapur sambil membantu Nek Su menyediakan sarapan pagi.
"Assalamualaikum selamat pagi Nek Su,mummy" Ainur Qalisha memberi salam lalu dia menarik bangku di meja makan itu dan di duduknya.
"Waalaikumsalam selamat pagi"
Jawap Nek Su dan Puan Suraya.
"Awal Ainur bangun. Aiman mana tak nampak pun" tanya Puan Suraya kepada menantunya.
"Err abang Aiman ada kat bilik air,tengah mandi. Kejap lagi dia datang la tu" balas Ainur Qalisha sambil tersenyum memandang ibu mertuanya.
"Owh yelah kalau macam tu" ujar puan Suraya sambil mengacau adunan tepung untuk menggoreng pisang yang telah di ambil dari kebun Nek Su.

Tengku Aiman Qalish menarik kerusi di sebelah isterinya lalu memandang ke arahnya. Ainur Qalisha hanya menunduk memandang meja makan.
"Ha Ainur,tuang la kopi tu ke dalam cawan suami kamu" suruh Nek Su kepada cucunya itu.
Dah jadi bini orang pun nak kena tegur dulu baru nak buat.
Ainur Qalisha hanya menurut lalu dia menuangkan kopi ke dalam cawan dan diletakkan dihadapan suaminya.
Mereka bersarapan bersama tanpa mengeluarkan sepatah kata.

Selepas bersarapan,mereka duduk di ruang tamu sambil bercerita. Ainur Qalisha hanya mendengar perbualan mereka dan menjawap apabila ditanya sahaja.
"Esok kita balik KL,Ainur dah kemas baju yang nak dibawa?" Tanya puan Suraya kepada menantunya.
"Semua Ainur dah kemas mummy" jawap Ainur sambil tersenyum.
"Yelah kalau macam tu" ujar puan Suraya sambil membalas senyuman menantunya. Sungguh manis wajah menantu pilihan arwah ayah mertuanya itu.
"Ainur pergilah ajak suami kamu ni jalan-jalan keliling kampung. Esok dah nak balik KL tak sempat pula nak tengok" ujar Nek Su kepada Ainur Qalisha.
Ibu dan ayah mertuanya mengangguk sambil tersenyum.
Lalu mereka berdua bergerak ke hadapan rumah.

"Err awak nak pergi sungai ke? Kalau nak saya boleh bawa awak pergi sana. Dekat hujung kampung" tanya Ainur Qalisha takut-takut. Tengku Aiman Qalish hanya memandang sekilas lalu mengangguk kecil. Mereka berjalan menuju ke sungai. Mereka langsung tidak bercakap sepanjang berjalan.
Sampai sahaja mereka di sungai,Tengku Aiman Qalish berdiri di atas batu-batu di tepi sungai manakala Ainur Qalisha turun ke sungai dan duduk di atas batu sambil memasukkan kakinya ke dalam air sungai.
"Dah bisu ke apa suami aku ni,dari tadi asyik senyap je. Jangan-jangan dah kena sampuk kut" desis Ainur Qalisha dalam hati. Dahinya berkerut-kerut berfikir.
"Kau dah kenapa berkerut-kerut dahi tu,nak kena tolak ke dalam sungai ke" ujar Tengku Aiman Qalish apabila memandang wajah isterinya yang berkerut seperti berfikir itu.
"Err takde apa-apapun" ujar Ainur Qalisha lalu menundukkan kepalanya memandang air sungai.
Tengku Aiman Qalish tidak menghiraukan isterinya lalu dia tekun memandang pemandangan indah di situ. Beberapa keping gambar diambil menggunakan telefonnya. Gambar Ainur Qalisha yang sedang duduk itu turut diambilnya,entah kenapa hatinya tergerak untuk mengambil gambar gadis itu.

Selepas puas bersiar-siar keliling kampung,mereka berjalan pulang ke rumah Nek Su.
"Awak hati-hati!" Jerit Ainur Qalisha apabila melihat suaminya tersadung batu di hadapannya.
"gedebukk"
Tengku Aiman Qalish terjatuh akibat tersadung batu. Masa jalan pun tengok telefon memang sah la jatuh terlentang macam tu! Jadi diminta para readers jangan guna telefon masa berjalan ok! Ikhlas dari hati suci murni author hihihi.
"Auchh" Tengku Aiman Qalish memegang lututnya yang berdarah itu.
"Awak! Ya Allah..meh saya tolong" dia berlari kecil mendapatkan suaminya yang terduduk menahan sakit itu.
"Dah la,tak payah nak pegang-pegang! Aku boleh bangun sendiri" marah Tengku Aiman Qalish lalu dia berjalan terjengket-jengket.
"Orang nak tolong jual mahal,sombong tak bertempat langsung" omel Ainur Qalisha sambil memandang suaminya yang berjalan terjengket-jengket itu.

Sampai sahaja di rumah Nek Su,Tengku Aiman Qalish terus dipandang oleh Nek Su dan ibubapa mertua Ainur Qalisha.
"Eh Aiman! Dah kenapa dengan lutut kamu tu?" Tanya Tengku Amir apabila memandang anaknya itu.
"Jatuh tadi,takde apa la. Aiman masuk bilik dulu" Tengku Aiman Qalish berjalan masuk ke bilik.
"Err saya masuk bilik dulu ye daddy,nak tengok abang Aiman"
Ujar Ainur Qalisha. Tengku Haris hanya menganggukkan kepalanya. Lalu dia berjalan masuk ke bilik.
Dia mencari ubat sapu lalu dia duduk dibirai katil menunggu suaminya habis mandi.

Tengku Aiman Qalish keluar dari bilik air dengan hanya bertuala.
"Gulpp,dah kenapa jantung aku berdebar pula ni" desis hati Ainur Qalisha apabila memandang tubuh suaminya yang hanya bertuala itu.
"Kau kenapa nak pandang-pandang aku macam tu! Cair tengok body aku yang sexy ni" tanya Tengku Aiman Qalish apabila melihat wajah isterinya yang kemerah-merahan itu.
"Err tak la,err saya nak letak ubat kat luka awak tu" tergagap-gagap Ainur Qalisha menjawap pertanyaan suaminya. Tengku Aiman Qalish menahan senyum apabila memandang wajah isterinya yang takut-takut memandangnya itu. Tergagap-gagap pula tu macam la Tengku Aiman Qalish tu nak makan dia.
Lalu Tengku Aiman Qalish berjalan ke arahnya lalu duduk di tepi isterinya.
"Letaklah,tadi kata nak letakkan ubat! Yang kau tercegat lagi kat situ kenapa" herdik Tengku Aiman Qalish.
Ainur Qalisha terkejut lalu turun dari birai katil dan duduk bersila di hadapan suaminya.
"dah kena tolong tak reti nak cakap elok-elok,ni tak,asyik nak tengking orang je" omel Ainur Qalisha dalam hati. Geram sungguh dia ketika itu. Setelah siap meletakkan ubat sapu di kaki suaminya,dia keluar dari bilik itu. Malas nak menghadap muka dingin lelaki itu.

Ainur Qalisha termenung jauh memandang ke halaman rumah neneknya. Hatinya berasa sedih untuk meninggalkan kampung halamannya,dari kecil sehingga dewasa dia membesar di kampung itu. Nek Su yang terlihat cucunya yang sedang mengelamun itu ditujunya.
"Kenapa cucu Nek Su ni termenung jauh je ni,dari tadi Nek Su perhatikan" tanya Nek Su lalu duduk di sebelah cucunya yang sedang duduk di pondok depan rumah.
"Takde apa la Nek Su,Ainur sedih je sebab kena tinggalkan Nek Su sorang-sorang kat sini" ujar Ainur Qalisha perlahan lalu dia menjatuhkan kepalanya di bahu neneknya.
"Takpe la Ainur,lagipun petang ni pak usu kamu balik. Dia dah habis bertugas,tunggu ada panggilan baru dia masuk kerja balik" ujar Nek Su lalu membelai kepala cucunya yang diselaputi selendang hitam.
"Owh yeke Nek Su,patutlah Nek Su tak sedih nak berpisah dengan Ainur rupanya anak kesayangan dah nak balik" ujar Ainur Qalisha sambil menayangkan wajah cemberutnya
Pak Usu merupakan anak Nek Su yang bongsu dan merupakan pakcik yang menjaganya sejak kecil selepas kematian orang tuanya. Tapi sayangnya Pak Usu belum berkahwin lagi.
"Takde la..mestilah Nek Su sedih nak berpisah dengan satu-satunya cucu kesayangan Nek Su ni. Tapi Ainur kena ikut suami Ainur tu walau kemana-mana pun dia bawa,sebab tempat isteri disisi suami" ujar Nek Su panjang lebar. Lalu setelah puas bercerita,mereka naik ke dalam rumah untuk menyiapkan makanan tengah hari. Ibu dan ayah mertuanya berjalan-jalan di pekan,sudah lama ayah mertuanya tidak ke sini kerana sewaktu ayah mertuanya kecil,dia selalu ikut arwah ayahnya berjalan ke kampung sahabat ayahnya.

***

Ok para readers..jap lagi author sambung ok. Nak cari idea dulu keliling rumah ahahaha🤣
Jgn lupa vote and komen oky
Muah loveyou alls💋😘

I Love You Gadis KampungWhere stories live. Discover now