//////////
Kunci dimasukkan ke dalam lubang manga . Perlahan dia menolak pagar besi itu ke tepi. Lelaki yang memeluk tubuh untuk mendongakkan kepala. Langsung tiada niat untuk berganjak dari tempatnya.
"Hey, kau nak bebas dari sini ?"
Lelaki itu menggelengkan kepala.
"Unexpected answer. Aku baru berkira-kira nak bebaskan kau."
"A-aku..." Kening lelaki dihadapannya terangkat sedikit . Dia kemudian mendekati lelaki yang masih berpeluk tubuh itu.
"Speak it out."
Anak mata lelaki itu naik memandang lelaki dihadapannya.
"A-aku boleh t-tolong kau orang c-curi Wild Raven ."
Kedengaran tawa kecil terlepas dari bibir lelaki dihadapannya. "Hey , wanna hear something funny ?"
Pipi lelaki itu dicengkam kuat. "Aku, Clan Herry dah cuba curi Wild Raven dalam masa 9 bulan dan gagal. Sekarang , kau , budak hingusan miskin nak curi Wild Raven ? funny isn't ?" Cengkaman di pipi lelaki itu dilepas serta merta.
Kata-kata Clan Herry berdesing di telinga lelaki itu. Dia menggenggam buku limanya. Anak mata tajam menikam anak mata lelaki dihadapannya.
"Aku cuma mahu kepercayaan kau."
Clan Herry berdecit perlahan sebelum berdiri dan membelakangi lelaki itu. "How do i believe? Kalau kau mampu curi Wild Raven, kau tak akan berada disini atas sebab ibu bapa kau berhutang." Tawa kecil bergema lagi.
"Do i look like i want to hear a liar ?" Langkah terus diatur keluar dari kurungan itu. Pintu besi kembali tertutup dan dimanga semula.
"Hey, you forgot your guns."
Langkah Clan Herry terhenti. Dia pantas meraba tuxedo miliknya. Tiada. Dia menoleh ke arah kurungan itu . Lelaki yang tadinya duduk memeluk tubuh berdiri sambil menghulurkan sepucuk pistol.
Jelas hujung bibir lelaki itu terangkat mengukir senyum sinis.
═
Bunyi tawa bergema hebat di dalam gudang itu. Clan Herry yang duduk di kerusi besar itu hanya mendiamkan diri sambil matanya tak lepas memandang lelaki yang berdiri disisinya sedari tadi . Lelaki itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Kau nak dia mencuHerWild Raven ? Herry , ini bukan misi mencari harta karun !"
Tawa bergema lagi. Huh, sedari tadi mereka memperlekehkan Clan Herry setelah dia membuat keputusan untuk membawa lelaki disebelahnya ikut serta.
"Hey, kau tak penat berdiri ?" Bukannya menghiraukan kata-kata sindiran anak buahnya, dia menyoal lelaki itu.
Lelaki disebelahnya itu menoleh sebelum mengukir senyuman. Dia kemudiannya menepuk tangan dengan kuat. Bunyi tepukan itu menarik perhatian ratusan lelaki dibawah.
Diam. Hanya bunyi tepukan si lelaki itu sahaja yang bergema di dalam gudang itu.
Lelaki itu kemudiannya berjalan ke bawah. Semua orang memberikan laluan sehingga dia berhenti ditengah-tengah ratusan orang bawahan Clan Herry.
"Clan Herry buat keputusan gila. Clan Herry sudah gila. Clan Herry itu. Clan Herry ini. Clan Herry blablablablabla." Lelaki itu mengulang semula kata-kata mereka tanpa rasa gentar. Dia langsung tidak menghiraukan mereka yang sudah memandangnya tajam.
Bibir mengukir senyuman . "Hey, Big Bro!"
Jari ditunding ke arah salah seorang lelaki yang berbadan besar dihadapannya. Lelaki itu mendengus.
"Boleh datang ke sini ?" Dia menyoal sambil tangannya digerakkan ke hadapan ke belakang.
Lelaki besar tadi tersenyum sinis sebelum berjalan ke arah yang ditunjukkan lelaki itu.
"Pastikan kau ada sebab munasabah untuk panggil aku. Kalau tak..." Ibu jarinya dilarikan ke leher.
Lelaki itu beriak sama. Tersenyum. Bahkan makin lebar.
"Oraight. Aku faham. Aku cuma nak tanya kau. Apa yang kau bawa ke sini ?"
"Soalan bodoh apa yang kau tanya ?"
"Hey , Big Bro . Jay just a little kids. He won't harm you." Clan Herry yang memerhati sedari tadi memberi arahan.
Lelaki bertubuh besar itu mengangkat bahu mengiyakan apa yang dikatakan Clan Herry. Jay , lelaki tadi , tersenyum manis dan menganggukkan kepala perlahan.
Baru sahaja lelaki itu ingin membuka mulut , Jay menahan. "Tak perlu sebut. Aku cuma mahu kau ingat barang yang kau bawa."
Dengan malas lelaki besar itu mengangguk perlahan.
"Kalau kau nak buang masa kami, baik kau pergi!" Satu jeritan yang datang dari arah ratusan lelaki itu menimbulkan kekecohan.
Jay dengan tenang mengeluarkan sesuatu dan dihempas ke lantai. Perbuatannya sekali lagi meredakan keriuhan di dalam gudang.
Tak menghiraukam mereka, dia terus-terusan mencampakkan barang ke lantai gudang itu. Masing-masing diam dengan riak wajah yang tidak boleh ditafsirkan.
"Big Bro, is that yours ?"
Dua buku emas dan beberapa barangan berharga berlonggokan dihadapan mereka.
Lelaki bertubuh besar itu ketawa kuat. "Kau gila ? Semua orang tau yang ada benda ni semua hanya Clan Herry."
Gudang kembali riuh. Jay pantas mendekati longgokan barang kemas itu . "But, this is yours."
Keadaan kembali senyap. Semua orang berada dalam keadaan terkejut. Lelaki bertubuh besar itu pula laju sahaja memasukkan tangannya ke dalam poket. Untuk seketika, dia terdiam.
Jay yang melihat reaksi semua orang disekelilingnya pantas menoleh ke arah Clan Herry yang mengukir senyuman penuh makna.
///////////
YOU ARE READING
THE RULERS // WILD RAVEN
ActionHanya kerana sebuah cip yang dihiasi ribuan batu berlian Wild Raven, - mereka dipertemukan. Rancangan berbulan lama akhirnya akan terlaksana. "Do it, fast and clean." __________ [Start] ;080720