Epilogue

634 42 34
                                    

~•{Wish Come True}•~

Tujuh tahun telah berlalu dengan pantas, kini Halilintar sudah tidak seperti dahulu lagi kini dia sangat bahagia bersama ayah tirinya. Ya, benar.

Setelah pemergian Gempa, Ibunya telah membuat keputusan untuk menikahi seorang lelaki. Lelaki itu juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Rizal. Umur Rizal lebih muda dua tahun dari abangnya.

Pada mulanya Halilintar masih belum selesai dengan perubahan tersebut namun lama-kelamaan dia semakin rapat dengan keluarga angkatnya itu.

Hal itu mungkin disebabkan sifat ayahnya yang baik dan sopan manakala adik angkatnya pula comel dan agak kelakar. Ibunya Halilintar gembira apabila melihat Halilintar tersenyum.

Ini semua adalah jasa Gempa. Kalau tidak disebabkan dia mungkin dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin buat kali kedua. Ya, sebelum Gempa pergi meninggalkan mereka dia sempat memberikan cadangan untuk membuat Halilintar sentiasa gembira.

Dan ianya berjaya, kini Halilintar tidak lagi seperti dahulu, dia sekarang sudah mudah tersenyum walaupun masih malu-malu, dan dia juga telah berjaya menjadi dirinya yang sebelum ibu bapa kandungnya bercerai.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan akhirnya sudah tujuh tahun berlalu. Begitu pantas masa berlalu dan kini Halilintar sudah meningkat dewasa, walaupun dia bahagia namun masih lagi ada kekosongan di dalam hatinya.

Ya, dia masih merindui sahabat anglenya semasa kecil dahulu. Gempa, nama itulah yang selalu terngiang-ngiang di dalam fikirannya. Ya, keluarga tirinya juga tidak percaya namun apabila ditunjukkan gambarnya bersama ibunya dan anglenya Gempa mereka akhirnya mempercayainya.

Halilintar berharap sangat yang suatu hari nanti dia akan dapat bertemu semula dengan Gempa.

Di dalam bilik terdapat seorang jejaka lelaki sedang nyenyak dibuai mimpi dengan senyuman yang terukir pada bibirnya.

Diluar biliknya terdapat seseorang yang sedang ingin mengetuk pintu bilik itu.

Tok!

Tok!

"Halilintar! Bangun! Kamu sudah lewat untuk temuduga!"

Tok!

Tok!

"Hali?"

"Hmn! Uwarh!!! Ya! Ayah! Hali dah bangun!"

Kreet!

Pintu bilik Halilintar terbuka dan terpapar lah orang yang telah mengetuk pintu biliknya. Ya, orang itu adalah ayah angkatnya.

"Cepat sedikit, nanti lewat pula"

"Baiklah!"

"Lepas bersiap turun makan ya? Mak kamu sudah masakkan makanan special untuk hari yang special hari ini"

"Hari special?"

"Tak kan lah kamu sudah lupa hari ini hari apa?"

Tiba-tiba Halilintar bangun mencapai telefon pintarnya, dia melirik ke arah aplikasi kalendar dan terpapar lah hari yang telah dia nanti-nantikan 'Special Day! [Pertemuan, Gempa]' iaitu hari pertemuannya dengan angle kesayangannya Gempa.

"Dah ingat?"

"Hari ini! Hari ini!"melompat-lompat dibuatnya apabila mengetahui hari tersebut

"Hei! Hei! Jangan melompat-lompat nanti runtuh rumah ni nanti"

"Hehehe! Sorry ayah! Hali Exited sangat!"

"Hehe ayah bergurau sahaja la. Dah lah pergi bersiap cepat. Adik kamu tu sudah tidak sabar dah tu"

Wish Come True✅Where stories live. Discover now