Aurora keluar dari biliknya tanpa reaksi.Rayyan juga baru keluar dari biliknya.
Mereka berpandangan seketika.Aurora terus melarikan diri ke dapur.Rayyan tersengih seorang diri.
"Abang Rayyan , kenapa senyum sorang-sorang ? Takut Aurell." Aurell yang baru keluar dari biliknya pelik dengan Rayyan.
"Aurell , cantik-cantik nak pergi mana ?" soal Rayyan.
"Aurell nak ikut papa pergi rumah kawan papa.Abang Rayyan ajaklah angah dating."
Rayyan terkedu.Secara tiba-tiba dan tiba-tiba sahaja.Dapat greenlight daripada adik ipar.
Rayyan terus ke dapur ingin melihat pujaan hatinya.Risau di hati ini.
" Nak apa masuk dapur ni ? "
Aurora yang sesudah beroperasi di sinki memandanganya tajam.
" Nak ... nak .. "
Sampai tergagap-gagap si Rayyan.Garang sangatlah cik kak sorang ni.
"Nak apa ? " soalnya lagi.Tapi kali ini sambil pegang pisau.
Rayyan telan air liur.Kenapa perempuan ni ? Period ?
"Nak masakkan lunch.Selama aku duk rumah ni biar semua rasa air tangan aku." jawab Rayyan lalu mencapai apron yang tergantung lalu dipakainya.
Aurora memerhatikannya dia.Entah kenapa dia nampak Rayyan comel sangat.
Rayyan terus mengeluarkan bahan-bahan daripada peti sejuk lalu diletakkan di sinki.
Dengan senyap-senyap, Aurora menangkap gambar Rayyan lalu beredar dari situ.
Rayyan tersenyum.Dia tahu apa gadis itu buat tadi.
Dia terus menyambung masakannya.
"Sedapnya ! Pandai Rayyan masak." puji Puan Qairyna sambil menjeling ke arah anak gadisnya.
Aurora hanya membuat muka biasa.
"Mana ada aunty.Biasa-biasa je ni" balas Rayyan dengan sopan.
"Angah ! Lepasni belajar dengan Rayyan memasak.Anak dara kenalah pandai masak."
Puan Qairyna tersenyum ke arah Rayyan.Bagus betul Rayyan ni ! Boleh buat menantu.
"Nanti angah carilah lelaki yang pandai masak.Tiap-tiap hari dia tolong masakkan." balas Aurora lalu menceduk kuah tom yam yang baru dimasak oleh Rayyan.
"Tak payah susah-susah nak cari.Depan mata kan dah ada."
Rayyan terus tersedak mendengarkan kata-kata Puan Qairyna.
Terus Puan Qairyna memberika segelas air kosong untuk jejaka itu.Bakal menantu mestilah layan dengan elok.
Aurora menjeling Rayyan.Sengajalah tu nak perhatian.
Rayyan memandang skrin telefonnya sambil tersenyum-senyum.Ada orang up story gambar dia takkan tak bahagia lagi.
Dia terus membuka kamera lalu membuat live.
Seperti biasa,ramai yang join.
"Hello guys ! Today I nak menyanyi ! Suggestlah lagu yang korang nak."
Apa lagi ? Berdesup komen yang masuk di livenya.
"I nyanyi lagu Dynamite,okay ?"
Lagu Dynamite daripada BTS yang tengah hot itu dinyanyi.
"Cause I , I , i'm in the stars tonight ~"
"Okay tak suara ? Hahahaha "
Dia hanya menyanyikan satu baris sahaja.
Tiba-tiba pintu diketuk dari luar.Mungkin Puan Qairyna.
"Buka jelah"
Muncul seorang perempuan di muka pintu.
Rayyan terus pause live seketika setelah terbaca satu komen.
"Aurora ! Kau nak apa ni ?!"
Soalnya.Dia cuak.Harapnya seorang sahaja yang perasan kemunculan Aurora.
"Nah ! Baju kau ! "
Aurora terus membaling baju tersebut ke muka kacak Rayyan lalu terus pergi.
"Eeee perempuan ni ! Nasib aku sayang." rungutnya.
Dia terus menyambung livenya yang tergendala tadi.
YOU ARE READING
The Prefects ( 2020 )
Teen FictionIni kisah tentang Dian'z High School.Atau lebih specific ianya tentang prefects. Ingat senang sesuatu organisasi untuk berjaya ? Tanggungjawab yang besar dan penting demi masa hadapan sekolah. Nak tahu liku-liku kehidupan mereka ? Bacalah ! Hehehehe...