ЛФ ФЛΞKeluar sahaja doktor itu dari bilik rawatan, taehyun orang pertama yang menghampiri doktor tersebut. Terkejut doktor itu bila taehyun betul-betul didepan matanya. Taehyyn,taehun.😅
"Macam mana keadaan dayeong, doktor yoongi?" tanya taehyyn kepada doktor bernama yoongi. Dr. Yoongi memberi senyuman.
"Keadaan dia semakin baik, cuma dia masih belum sedar. Tiada perkara buruk." jawab Dr. Yoongi. Semua merasa lega.
"Syukur. Bila kami boleh lawat dayeong?" tanya Puan Yoon.
"Kami akan memindahkan dayeong kebilik pesakit dahulu. Selepas itu, kamu boleh melawat dan menjaga dia. Jika ada apa-apa, panggil saya, ya? Puan Yoon." Dr. Yoongi terus berlalu pergi.
Dr. Yoongi adalah doktor peribadi keluarga Dayeong. Bukan dayeong sahaja dia akan merawat, tapi satu keluarga itu.
КΞΛÐΛΛЛ HΛЛΞUŁ
Haneul membuka matanya perlahan-lahan. Haneul terus memandang kearah tingkap. Rupanya sudah pagi. Boleh tahan lama dia pengsan.
Haneul pengsan ketika melihat tikaman itu. Kedua-dua tumbang, dia dan dayeong. Dia akan lemah bila melihat kakaknya lemah juga.
Haneul merasa dirinya dipeluk oleh seseorang. Jadi dia membuat keputusan untuk melihat siapa yang tidur disebelahnya.
"Yah! Choi beomgyu!" haneul terus menolak beomgyu jatuh dari katil itu. Sudahlah tidur sambil peluk orang. Curi kesempatan betul.
Beomgyu jatuh kesakitan. Tak sangka Haneul kuat orangnya. Beomgyu terus berdiri sambil menggosok belakang lehernya.
"Sakitlah. Kalau nak bangunkan orang janganlah tolak." marah beomgyu. Beomgyu memandang kearah haneul. Haneul pipinya sudah merah memikirkan dia tidur bersama beomgyu.
Beomgyu terus menghampiri haneul lalu mengangkat dagu haneul supaya memandang mukanya.
"Suka lah tu." perli beomgyu. Haneul terus memukul beomgyu. Ada saja beomgyu buat dia lemah.
"Lepas makan, kita pergi jenguk dayeong. Aku belikan makan dulu. Kau belum sihat jadi jangan pergi mana-mana. Arraeso?" haneul hanya mengangguk. Beomgyu pun keluar membeli makanan.
"Bahaya ni, aku dah jatuh cinta dengan beomgyu. Kalau unnie tahu, malulah aku! Arghh! Sesiapa, tolong lah aku!"
ЏФФЛ ÐΛЏΞФЛG
Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku cuba bangun tapi aku merasa sakit. Aku melihat disebelahku. Aku amat mengenali warna rambut itu.
Warna merah hati. Aku mengusap kepalanya perlahan-lahan. Pasti dia penat menjagaku sebab itu dia sudah tertidur.
"Da-dayeong?" Taehyun sepertinya sedar aku sudahpun sedar dari pengsan.
"Taehyunnie, lama dah ke kau jaga aku? Dah berapa hari aku kat sini?" soalku. Dia senyum lalu menekan tombol merah disebelah katilku.
"Sudah 5 hari kau tak sedarkan diri. Aku minta soobin cuti jaga kau. Omma kau sedang urus di makamah pasal appa kau. Jadi aku yang kena jaga kau." jawabnya. Aku hanya senyum.
Tiba-tiba seorang doktor memasuki bilik ini. Aku memandang kearahnya. Rupanya, Dr. Yoongi.
"Selamat malam Yoon Dayeong. Macam mana keadaan kamu sekarang?" soal Dr. Yoongi. Aku bangun sahaja tadi merasa sakit dibahagian perut. Aku harus memberi tahu tentang itu.
Setelah selesai diperiksa dan dinasihatkan. Taehyun terus mengambil makanan di meja. Rupanya dia membawa makanan berkhasiat.
"Lepas makan ni, jangan lupa makan ubat. Nanti lambat sembuh. Susah aku nak bermanja dengan kau." ujar taehyun. Aku tertawa kecil.
"Nae, kang taehyun. Korang berganti-ganti ke jaga aku?" tanyaku. Dia hanya menggeleng. Jadi dia yang menjagaku selama ini. Romantisnya.
"Appa aku dah dibebaskan ke?"
БΞЯSΛMБUЛG
ⓢⓘⓐⓟ! ⓛⓔⓟⓐⓢ ⓝⓘ ⓗⓐⓝⓘ ⓝⓐⓚ ⓑⓤⓐⓣ ⓒⓔⓡⓘⓣⓐ ⓜⓔⓜⓑⓔⓡ ⓨⓐⓝⓖ ⓛⓐⓘⓝ ⓛⓐⓖⓘ.
ⓚⓞⓡⓐⓝⓖ ⓚⓞⓜⓔⓝ ⓝⓔⓧⓣ ⓕⓕ ⓝⓐⓚ ⓗⓔⓡⓞ ⓓⓘⓐ ⓢⓐⓟⓔ. ⓝⓐⓝⓣⓘ ⓗⓐⓝⓘ ⓟⓘⓛⓘⓗ.
ⓚⓞⓜⓔⓝ:-
ⓢⓞⓞⓑⓘⓝ:
ⓨⓔⓞⓝⓙⓤⓝ:
ⓑⓔⓞⓜⓖⓨⓤ:
ⓗⓤⓔⓝⓘⓝⓖ ⓚⓐⓘ:ⓗⓐⓝⓘ ⓣⓐⓚ ⓘⓚⓤⓣ ⓑⓐⓝⓨⓐⓚ ⓣⓐⓟⓘ ⓑⓘⓐⓡ ⓗⓐⓝⓘ ⓟⓘⓛⓘⓗ ⓢⓔⓝⓓⓘⓡⓘ.
ⓐⓓⓘⓚ ⓗⓐⓝⓘ ⓟⓘⓛⓘⓗ ⓕⓕ ⓨⓔⓞⓝⓙⓤⓝ.
ⓙⓐⓓⓘ ⓚⓐⓜⓤ ⓟⓘⓛⓘⓗ ⓨⓐⓝⓖ ⓜⓐⓝⓐ?
ⓚⓞⓜⓔⓝ ⓓⓘ ⓡⓤⓐⓝⓖ ⓝⓐⓜⓐ ⓓⓘⓞⓡⓐⓝⓖ. ⓓⓐⓝ ⓙⓐⓝⓖⓐⓝ ⓛⓤⓟⓐ ⓥⓞⓣⓔ.
ⓢⓔⓛⓐⓜⓐⓣ ⓜⓔⓜⓑⓐⓒⓐ
😊
YOU ARE READING
Pertama Dan Terakhir (벨 타 마 단 텔 악 힐) -KTH-
Hành độngHidup Yoon Dayeong berubah setelah ayahnya didapati telah membuat kes pembunuhan ketika umurnya sudahpun 17 tahun. Hinaan, Makian, Kebencian terhadap dirinya membuatkan dia tidak mampu meneruskan hidup. Seseorang telah menyedarkan dirinya membuatkan...