Part 18

64 9 0
                                    

Cinta Luar Biasa Si Tunduyutung
BY : TESCY DESCY
Rekaan semata mata
Slowly Update

Part 18

Tit.. Tit.. Titt..

Kana hon-hon lagi si Tunduyutung, pasal main lari-lari saja limpas jalan raya. Tidak si Tunduyutung peduli semua tu kereta yang hon-hon. Tunduyutung pokus butul tu kurus kiriping lari. Kurus-kurus tu kiriping, tapi laju juga kama larian dia. Main lumpat-lumpat saja tu kiriping.

"Hoi!!!" - Tunduyutung teriak saja tu kiriping bila durang sampai di balakang bangunan lama. Tu kiriping pusing tingu si Tunduyutung.

"Wahh.. Kau masi ada sini pula." - Tu kiriping cakap sama si Tunduyutung, sambil juga tu kiriping jalan mahu pigi dakat si Tunduyutung.

"Kau pencuri!! Jadi, kau lah yang curi duit sia tu kan!!" - Tidak sudah si Tunduyutung cakap lembut-lembut. Pasal si kiriping lah, si Tunduyutung hidup merempat.

"Apa bukti kau mahu tuduh aku!!!"

"Tu!! Tu pun kau curi urang punya!! Bagus kau akun!! Yang semua duit sia pun kau yang curi!! Kalau tidak!!" - Tunduyutung rasa macam diri dia di kuasai ka'marahan sudah, sampai si Tunduyutung barani sudah mahu ugut-ugut.

"Kalau tidak!! Apa kau mahu buat sama aku?! Kau mahu suruh polis tangkap aku?!" - Terus tu kiriping katawa.

"Jangan kau cabar sia, kawan! Sebab kau, sia tiada dapat karaja! Sebab kau, sia tidak duit bikin makan!!"

"Hahahahahaha... Kau budak kampung bodoh!!"

Makin kuat tu kiriping katawa. Ka'marahan yang sa'lama ni si Tunduyutung pendam dari kampung, Tunduyutung rasa ka'marahan dia macam mahu keluar membuak-buak. Tunduyutung tingu tu kiriping sambil si Tunduyutung genggam penumbuk dia.

"Aarrgggghhhh!!!"

Tunduyutung teriak saja, baru si Tunduyutung lari mahu pigi dakat tu kiriping. Macam ta'agak-agak pula tu kiriping mahu lari atau tidak. Bulum lagi si Tunduyutung sampai tampat tu kiriping, tidak lama ada macam lambaga hitam datang dari balakang si kiriping.

Terus si Tunduyutung berenti saja mahu pigi dakat tu kiriping. Tunduyutung tingu saja tu lembaga hitam kasi karaja si kiriping. Tu handbag di atas jalan raya sudah jatuh. Tunduyutung pigi ambil tu handbag sambil tingu si kiriping, macam mahu jadi macam tu karatas kana bakar sudah badan si kiriping.

Teriak-teriak lagi tu kiriping mahu minta tulung si Tunduyutung. Si Tunduyutung sendiri pun tidak tahu, tu lembaga hitam datang dari mana. Sampai habis badan tu kiriping jadi macam arang karatas kana bakar. Tiada nampak bangkai sudah. Kana tiup angin saja tu arang, terus hilang bukti tu kiriping sudah kana kasi mati sama tu lembaga hitam.

"Kau siapa?"

Tunduyutung tanya tu lembaga hitam. Pasal tu lembaga hitam pigi dakat si Tunduyutung. Tunduyutung tidak buli nampak muka tu lembaga hitam. Macam asap hitam saja gia tu lambaga hitam.

"Utung.. Siou. Muyang baru datang." - Tu lembaga hitam cakap sama si Tunduyutung. Tapi suara tu lembaga hitam ba'lapis-lapis lagi si Tunduyutung dingar.

"Muyang? Muyang surang yang dulu-dulu tu kah?" - Tunduyutung tanya tu lambaga hitam.

"Ya."

"Macam mana muyang buli sampai sini?"

"Muyang akan datang, bila kuasa Ka'marahan waris muyang di cabar. Utung kan pewaris muyang, kau sudah kana pilih."

"Tapi, macam mana muyang tahu, yang sia marah?"

"Rantai yang kau pakai tu, ada samangat surang adik baradik. Kami akan datang bila Ka'marahan pewaris muyang sebati sama rantai yang waris kami pakai." - Tunduyutung tarik tu rantai yang dia pakai dari dalam baju dia. Baru si Tunduyutung parasan, tu rantai masi ada di leher dia.

Cinta Luar Biasa Si Tunduyutung Where stories live. Discover now