Selepas habis membersihkan diri,Ainur Qalisha turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Kelihatan Puan Suraya sedang memasak.
"Assalamualaikum,goodmorning mummy..sedapnya bau,mummy masak apa tu?" Tanya Ainur Qalisha lalu dia menuju ke arah ibu mertuanya.
"Waalaikumsalam..goodmorning too,awal Ainur bangun. Ni mummy masak bihun goreng je" jawap Puan Suraya kepada menantunya sambil mengisi bihun yang sudah masak itu ke dalam mangkuk besar.
"Owh patut la sedap je bau heheh"
ujar Ainur Qalisha sambil tersenyum menampakkan giginya.
"Aiman dah ok ke Ainur? Tanya Puan Suraya.
"Alhamdulillah,abang Aiman dah sihat sikit mummy, ada apa2 yang Ainur boleh tolong tak mummy?" Tanya Ainur Qalisha sambil tersenyum.
"Baguslah kalau macam tu,Ainur tolong buat kopi,mummy nak tengok daddy kamu kat atas kejap" ujar Puan Suraya lalu berjalan menuju ke bilik.
Ainur Qalisha hanya mengangguk lalu membuat kopi didalam teko.
Selepas itu kelihatan suaminya sedang berjalan menuju ke arahnya lalu menarik kerusi di meja makan itu dan didudukinya.
Tidak lama selepas itu,Tengku Amir dan Puan Suraya berjalan menuju ke arah mereka berdua.
"Aiman dah sihat ke? Tanya Puan Suraya lalu mengambil cawan dan menuang kopi ke dalam cawan dan diberi kepada suaminya.
"Alhamdulillah,dah ok dah mummy" balas Tengku Aiman Qalish sambil menghirup kopi.
"Mestilah dah sihat,doktor cantikkan ada boleh tolong jaga siang malam"usik Tengku Amir kepada anaknya. Mereka hanya tertawa kecil. Tengku Aiman Qalish hanya tersenyum kecil manakala Ainur Qalisha hanya tersipu malu sambil menyuap bihun goreng ke dalam mulut.
"Kejap lagi Aiman dan Ainur dah nak balik mummy sebab esok Aiman dah mula kerja" ujar Tengku Aiman Qalish setelah lama berdiam diri.
"Awalnya,kenapa tak petang nanti" balas Puan Suraya sambil memandang ke arah Tengku Aiman Qalish.
"Tengah hari nanti Aiman nak bawak Ainur dating" ujar Tengku Aiman Qalish sambil tertawa kecil.
"Owh patutlah..nak pergi deting pula" usik Tengku Amir. Ainur Qalisha tersenyum malu.
"sejak bila pula mamat dingin pandai bergurau" desis Ainur Qalisha dalam hati sambil memandang pelik ke arah suaminya.
"Owh yelah kalau macam tu,Aiman dan Ainur datanglah ke sini kalau ada masa" balas puan Suraya sambil tersenyum.
Tengku Amir turut mengangguk sambil tersenyum mengiyakan kata2 isterinya.
"Baiklah mummy,insyaallah" balas Tengku Aiman Qalish sambil tersenyum.Tengku Aiman Qalish memberhentikan keretanya di Pavilion. Lalu dia keluar dari kereta. Dia melihat Ainur Qalisha tidak keluar dari keretanya lalu cermin kereta diketuk perlahan.
"Kau tak nak keluar ke?" Tanya Tengku Aiman Qalish dengan mendatar. Lalu Ainur Qalisha cepat2 keluar dari kereta lalu berlari anak mengejar Tengku Aiman Qalish yang sudah berjalan lalu dihadapan.
Kelihatan Tengku Aiman Qalish sedang membayar tiket untuk masuk ke dalam panggung wayang.
"Awak tengok cerita seram ke" tanya Ainur Qalisha terketar-ketar sedikit.
"Yelah takkan tengok cerita korea pula,tak nampak ke punya besar tajuk tu" balas Tengku Aiman Qalish dengan serius walaupun sekarang ni dia tengah menahan tawanya apabila melihat wajah isterinya pucat sedikit.
"Penakut juga bini aku ni" desis Tengku Aiman Qalish dalam hati.
Ainur hanya menjeling.
"Buatlah mata macam tu,ingat cantik" ujar Tengku Aiman Qalish dengan tajam.
"Apa pula mimpi mamat ni nak bawak aku tengok cerita hantu,semalam ok je ni tak,dingin je memanjang. Cubalah senyum sikit,sedap mata memandang" desis hati Ainur Qalisha.
"Mengumpat aku la tu, dah la jom kita masuk" ujar Tengku Aiman Qalish lalu Ainur Qalisha hanya mengikuti suaminya dari belakang. Mereka mengambil tempat paling depan sekali.Setelah wayang seram terlayar di depan,Ainur Qalisha mula berasa takut. Dia menggigil sedikit,sejujurnya dia takut melihat cerita seram. Dia jenis lemah semangat dan takut bunyi guruh. Selalunya pasti neneknya akan dipeluk. Tengku Aiman Qalish yang perasan Ainur Qalisha menggigil,segera dipeluknya tubuh kecil itu. Ainur Qalisha terkejut lalu dia mendongak sedikit memandang wajah kacak suaminya itu,dia hanya berdiam diri membiarkan Tengku Aiman Qalish memeluknya, dia terasa selesa seperti itu.
Tamat sahaja cerita itu,Tengku Aiman Qalish membawa Ainur Qalisha masuk ke dalam restoran untuk makan tengah hari.
Mereka duduk di sudut restoran itu lalu seorang pelayan lelaki datang untuk mengambil pesanan.
"Bagi dua nasi ayam dan jus oren dua" pesan Tengku Aiman Qalish kepada pelayan tersebut,dia perasan pelayan tersebut tersenyum memandang isterinya,Ainur Qalisha membalas senyuman pelayan tersebut. Terbit rasa cemburu di hatinya.
Setelah beberapa minit,makanan yang dipesan tadi sudah sampai dan diletakkan di atas meja.
Mereka menjamu selera dengan senyap,hanya kedengaran bunyi sudu dan pinggan berlaga sahaja.
Semasa mereka sedang makan, Sherry muncul lalu duduk di sebelah dan memeluk lengan Tengku Aiman Qalish. Ainur Qalisha terkejut melihat perempuan itu dengan baju yang tak cukup kain.
"Kau pehal nak peluk² aku ni betina,kau tak malu ke! Jerkah Tengku Aiman Qalish dengan wajah bengisnya, Sherry terkejut sedikit apabila dijerkah sebegitu "baby..kenapa you marah² i ni" tergedik-gedik suaranya tika itu.Tengku Aiman sungguh menyampah dengan perempuan itu.
"Eii minah ni,tergedik-gedik kacau laki orang apahal,siap peluk2 bagai. Aku bini dia ni pun tak peluk dia macam tu tau. Kang ada yang kena tarik rambut kat sini naya kau" desis hati Ainur Qalisha dengan geram.
"Baby kepala hotak kau,apahal kau cari aku,tak cukup dengan jantan tu sekarang kau nak kacau aku pula,baik kau berambus dari sini sebelum aku malukan kau pasal kat bilik tu dengan jantan lain kat tempat awam" ujar Ainur Qalisha dengan kasar sambil memandang tajam wajah Sherry lalu Sherry berlalu pergi keluar dari restoran itu sambil menghentak kakinya.
"Ingat cantik la tu jalan macam tu,dah macam kuda belang adalah"desis hati Ainur Qalisha. Tengku Aiman Qalish mengeluarkan beberapa keping not rm50 dan diletakkan di atas meja lalu menarik tangan Ainur Qalisha keluar dari restoran itu.Sampai sahaja di rumah,mereka masuk ke dalam bilik masing2.
Ainur Qalish masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Tengku Aiman Qalish berjalan menuju ke bilik Ainur Qalisha. Tiba2 perutnya berbunyi,dia lapar apabila tadi dia hanya makan sedikit sahaja apabila perempuan gedik tu muncul terus hilang seleranya.
Tengku Aiman Qalish tergamam apabila melihat Ainur Qalisha baru keluar dari bilik air dengan hanya berkemban.Ainur Qalisha turut terperanjat melihat suaminya sedang memandangnya dari pintu.
"Lepas dah siap,turun bawah" ujar Tengku Aiman Qalish lalu dia menutup pintu bilik itu semula.
Ainur memegang jantungnya yang berdebar laju.
"Eii kenapa aku lupa nak kunci pintu tadi,bodoh la kau ni Ainur" desis hatinya sambil mengetuk kepalanya sendiri.Usai bersiap,Ainur Qalisha keluar dari bilik lalu menuruni tangga menuju ke arah suaminya yang sedang duduk di sofa.
"Err awak nak apa panggil saya tadi?" Tanya Ainur Qalisha kepada Tengku Aiman Qalish.
"Aku nak kau masakkan aku,aku lapar" ujar Tengku Aiman Qalish sambil memandang telefonnya.
Ainur Qalisha hanya mengangguk lalu berjalan menuju ke dapur.Setelah siap memasak,Ainur Qalisha menuju ke arah suaminya.
"Awak! Saya dah siap masak,awak pergilah makan,saya nak bersihkan rumah kejap" ujar Ainur Qalisha.
"Jom teman aku makan,aku tak biasa makan sorang2. Kejap lagi kau buat la kerja kau" ujar Tengku Aiman Qalish sambil berlalu menuju ke dapur.
Ainur hanya menurut lalu dia mencedok nasi dan lauk ke dalam pinggan suaminya lalu dia duduk di kerusi bersebelahan Tengku Aiman Qalish.
"Kau tak nak makan ke?" Tanya Tengku Aiman Qalish sambil memandang kearah Ainur Qalisha.
"Takpe saya dah kenyang" balas Ainur Qalisha. Tengku Aiman Qalish hanya menganggukkan kepala laku meneruskan suapannya. Sungguh sedap masakan isterinya itu.
Setelah selesai makan Tengku Aiman Qalish menuju ke bilik kerjanya untuk menyiapkan kerja pejabat,Ainur Qalisha membersihkan rumah itu sambil bernyanyi riang. Dia bersyukur kerana Tengku Aiman Qalish sudah tidak bersikap dingin kepadanya lagi.***
Sorry lambat update,enjoy la baca ok. Jgn lupa vote😘💋🌼
YOU ARE READING
I Love You Gadis Kampung
عاطفية[COMPLETE] Ainur Qalisha merupakan gadis kampung yang tinggal bersama neneknya. Namun selepas kemunculan Tengku Aiman Qalish telah mengubah hidupnya seratus peratus kerana mereka dikahwinkan atas dasar wasiat arwah Tengku Haris iaitu datuk kepada Te...