─────────· · ✦ • •─────────
"Jangan tanya aku soalan bodoh kau nie. Buang masa!" Sejurus itu. Taehyung beredar dari pandangan Azra.
"Buang masa?" Azra mengulangi ayat Taehyung sebentar tadi. Dia menghela nafas berat. Banyak sungguh soalan demi soalan yang ingin dia tanyakan dan dapat jawapan yang benar dan jujur.
Namun, tiada satu pun yang terjawab. Azra membaringkan badannya di katil lalu termasuk ke dalam alamnya, mimpi.
Di waktu pagi itu, Taehyung hanya mendiamkan diri. Tentang semalam masih berlegar difikirannya. Kenapa Azra nak tanya soalan macam tu?
Dia duduk di meja makan bersama pembantu-pembantu yang lain. Semuanya lengkap, tetapi seoranh sahaja yang masih takde dihadapannya sekarang, Azra.
"Mana Azra?" Soalnya dingin. Pembantu itu takut mengungkapkannya dihadapan Taehyung.
"Aku dengar semalam dia tak makan apa-apa. Korang nak suruh isteri aku mati kebulur ke apa? Ingat aku suruh kau jalankan tugas kau dengan baik! Pergi panggil dia sekarang!" Suara lantangnya mengegarkan satu rumah itu.
Rumah sudahlah besar seperti istana.
"Baiklah Tuan." Beberapa pembantu naik ke atas dengan segera. Taehyung kembali duduk dengan kakinya disilangkan.
Usai mereka sampai di hadapan bilik Azra dan Taehyung. Pintu diketuk . Namun, tiada sahutan daripada orang di dalam.
"Puan Azra. Puan okay ke? Marilah turun Tuan Taehyung panggil." Pujuknya. Azra masih tidak memberi apa-apa respon.
Perasaan risau mula hadir. Pembantu -pembantu tersebut memanggil bodyguard untuk periksa keadaan di dalam. Kunci bilik di keluarkan .
Taehyung naik ke atas lalu memandang mereka yang sibuk mencari kunci pintu biliknya. Namun, tiada.
"Cari nie ke? Aku takkan bagi kau kunci pintu bilik aku memandangkan aku sekarang dah berkahwin. Tepi!" Taehyung jalan dipertengahan mereka. Dia tidak sedap hati.
∽
Azra di dalam mula terkial-kial mencari telefon bimbitnya. Masih tidak berpuas hati. Perasaan gerun menguasai dirinya apabila terdengar suara lantang Taehyung dari bawah.
Dia bermain dengan jari-jemarinya tanda gelisah. Nak lari buat kali ke-2 ke tidak? Ataupun telefon sahaja minta bantuan daripada orang yang dikenalinya, Helena.
"Macam mana nie? Ish!" Azra mendengus geram. Dia kembali berdiri lalu diperhatikannya cermin tingkap yang baru dibaiki .
"Takkan nak ulang perkara yang sama lagi?" Soalnya lagi. Dia pergi ke arah sana. Tiba-tiba pintu dikuak.
Tampak seorang lelaki dengan muka bengis dan dinginnya berdiri dihadapan pintu bilik. Taehyunh memberi syarat mata supaya semua meninggalkan mereka berdua sahaja.
"Nak larikan diri lagi ke baby?" Soalnya dengan menyindir. Azra kembali duduk semula di katil.
"M-mana ada." Nafinya. Taehyung ketawa kecil.
"Yeke? Dahtu duduk sana buat apa? Takde sesiapa yang akan berdiri disitu kalau bukan sebab nak lari."
"Cakap macamlah ada orang lain dalam bilik nie selain saya." Ujar Azra.
"Ada." Balas Taehyung dengan sengaja mahu menyakitkan hati Azra. Gadis itu berdiri dan mengatur jalannya ke bawah.
Tapi, dihalang Taehyung.
"Kenapa? Jeles." Azra berdecir tatkala tangannya disilangkan di dada
"Takde maknalah saya nak cemburu bagai. Awak bukan sesiapa pun pada saya." Balas Azra dengan sinis.
"Okay! Kalau macam tu setiap minggu aku akan bawak perempuan masuk sini."
"Saya tak cakap pun awak memang buat kan? Tak dekat sini dekat club." Balas Azra.
Klik! Kantoi ke?
Macm mana dia tau?
Azra beredar dari situ.
"Eh betul ke apa aku cakap tadi?" Dia pulak menyoal diri sendiri. Tak pasti pun saje aje main petik.
✎_☆☆☆
Tbc
Vote me
💜נιмιη
YOU ARE READING
【ɢᴜᴄᴄɪ : ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜYᴜɴɢ】
Fanfiction『 ARIANA AZRA 』 membunuh ? Slave ? Perkara biasa bagi dirinya . Diakan mafia ! ______ ❝ i guess i will make you scream my name babywife ❞ ❝ youre mine and only mine !❞ .. ❝ hidup aku musnah semua disebabkan kau , kim taehyung. ❞ Status : slow-upda...