Bab 2 - Pertemuan

17 0 0
                                    

Raisya's POV

Aku dengan Zara berjalan ke arah blok lelaki. Aku berbual lah dengan si Zara ni. Topik dia, mengumpat tentang classmates kiteorang. Hahaha. Banyak cerita yang kiteorang share. Pasal orang tu, orang ni. Macam-macam cerita ada. Well, Zara ni pon kaki makcik bawang jugak sebenarnya. Dia ni pon haih taktau lah cam mana bijak sangat cari maklumat pasal orang.

Banyak betul sumber dia. Pandai dia korek cerita buat modal mengumpat kiteorang. Hahaha. Ala takdelah mengumpat pon cuma bercerita je. Ala biasalah tu kan. Mana ada semua orang perfect. Ececeh tiber. Zara share lah cerita pasal si minah gedik kat class aku, Farisya. Katanya, si Farisya ni dulu kulit dia gelap. Gemuk pulak tu. Sekarang je, entah makan produk apa, dia jadi putih. Kurus sikit lah walau tak kurus sangat.

Itu okay lagi. Kira kebanggaan lah. Kejayaan wei kalau berjaya kuruskan badan ni. Ingat senang ke. Susah ya amat. Sebab kita kan suka makan. So susah nak cut makanan dalam kehidupan ni. Yang tak okay nya bila dia body shaming orang lain. Dia mengata orang tak cantik lah, gemuk lah, hitam lah. Muka menggerutu lah, merah-merah sebab jerawat lah. Allahuakbar

Dia yakin je orang tak boleh cari tau pasal masa silam dia. Petik jari je Zara boleh jumpa lah. Hahaha stalker berjaya Zara ni. Buktinya dia boleh cari tau pasal minah gedik sekor tu. Aku tergelak bila Zara tunjukkan muka dia yang lama. Kata Zara, dia dapat gambar tu dari roomate dia. Katanya, si Farisya tu dulu budak sekolah dia. Wei muka dia lagi teruk dari yang pernah dia ejek kat orang.

Tak sedar diri betul minah gedik ni. Bawak - bawaklah bertaubat minah gedik woi. Gedik tu pon sila taubatkan sekali. Meluat orang tengok kau jalan sotong gitu. Stress tengok. Masa aku tengah gelak tak ingat dunia tu, aku terasa diperhatikan. Haih sape pulak nak tengok aku ni. Seramnya lahai. Kepala aku angkat, mula memandang ke depan, ke kiri, ke kanan.

Masa mata aku melilau tu, mata aku terpaku ke arah sorang budak laki ni. Hensem orangnya. Gelap-gelap manis gitu orangnya. Lama kami terpaku kat each other. Aku pandang mata dia. Hati aku berdebar wei. Jantung aku berdegup laju. Sangat laju sampai rasa gemuruh tu sampai. Badan aku dah rasa seram sejuk je ni. Rasa cam terjumpa jodoh je ni. Eh. Tak lama dia senyum kat aku. Manis je wei senyuman dia. Siap berlesung pipit lagi. Aku dah awkward tak tau nak buat apa ni. Pastu aku pon senyum je lah balik kat dia. Dia dah bagi senyuman takkan aku nak maki dia pulak kan?

Haih mata ni taknak alih pulak. Dia duk pandang-pandang jugak budak laki tu. Budak laki tu pon sama jugak, terpandang - pandang aku ni. Haduh dah kenapa kiteorang ni. Yang aneh-aneh je. Pastu tak lama aku dengar member dia panggil. So terputuslah pandangan dan tatapan mata kiteorang. Kacau betul lah member dia ni. Kecewa aku. Tiber. Diaorang panggil nama dia Am. Owh Am ke nama dia. Tapi Am apa? Pendek sangat ni. Ammar? Amran? Amir? Apa eh nama dia? Takde panjang lagi ke. Eh kenapa aku nak tau pulak. Haih berdebar pulak aku dengar nama dia ni. Kenapa aku ni? Something betul lah.

Pastu member dia dah pelik je pandang aku so aku pun konon sambung berbual dengan si Zara ni. Taktau lah dah sampai mana dia cerita masa aku tertoleh pandang budak laki tu tadi. Aku pura - pura dengar je Zara cerita ni. Sebab aku dah tak fokus dari tadi lagi. Sekarang fikiran aku dah terfikirkan budak laki tadi je. Haih apasal pulak ni?

Something betul ni. Rasa apa pulak ni? Aku jatuh cinta ke? Dia jodoh aku ke? Uish hensemnya jodoh aku. Hahaha aku tersengih sendiri. Macam dah tak betul je aku ni. Kami pon terus berjalan menikmati pemandangan, pokok - pokok sekitar kawasan kolej ni. Otak aku dah taktau ke mana kewarasan dia. Dia duk teringat budak laki tu je. Payahnya hidup lahai. Gila bayang pulak jadinya.

*****************************************
Malam tu, Raisya masih teringat kat budak lelaki tu. Dia terbayang - bayang lagi muka budak lelaki tu. 'Haih kenapa aku ni? Asyik teringat dia je' bisik hati kecilnya. Nak study pon serba tak kena. Nak buat homework pon cam tak selesa. Dalam fikiran penuh dengan budak lelaki tu je. Haduh payah lah camni. Lalu Raisya pon ambil keputusan untuk tak meneruskan aktivitinya. Kalau teruskan pon, bukannya boleh jawab. Penat duduk je nanti. Selamat kerja tu bukan nak dihantar esok. Dia masih ada masa untuk menyiapkan kerja. Haih payah payah.

The Q : Amzar QhalifWhere stories live. Discover now