"Weh jom ah...nanti lambat ni...cakap nak gi shopping !Haihh dia ni aku simbah asid karang baru bangun"bebelan seketul Ameera Afiqah berjaya membuat si sleeping beuty terjaga..
"Hah?dah pukul berapa ni...10 minit please..."rayu si sleeping beauty yang ketagih tidur lena sebelum..
BUSHHHH ...
'No 10 minutes more'gumam Ameera ."Woihh...hujan!hujan! Angkat kain!cepatla meera!"ujar Amaline kelam kabut..
"Hahahahahhaha"
"Eh jap...syaiton laknat mana pula yang gelak ni?"sindir Amaline pada sahabatnya itu..
Sahabat apanya Nick Amaline oii..Ya...itulah nama yang diberi oleh ibu dan ayah tersayang...Nick Joshua dan Nur Medina ...ayahnya merupakan kacukan melayu jepun manakala ibu sepenuhnya melayu....tetapi Tuhan lebih sayangkan mereka ..
15 tahun lepas....
"Hai little girl...kenapa masam je ni?"puan Medina bertanya kepada anak tunggalnya yang kelihatan muram wajahnya.
"Ibu janji haritu nak beli mini piano tapi....where ibu?no party birthday!no gift!no everything!"Nick Amaline sudah mengamuk kerana hadiah semata mata...
Puan Medina bungkam.Bukannya dia tidak membelikannya untuk Amaline..
Cuma...dia mahu buat surprise birthday party untuk lin...tapi Nick Amaline yang salah anggap..
"Laa..nanti ibu belikanlah .. Alah..bukannya mahal sangat pun kalau demi anak ibu ni..jom masuk"ujar Puan Medina seraya meloloskan diri dalam perut kereta honda civic.
'Yela tu' omel AmalineDi rumah banglo Amaline:
"Ibu,Lin nak keluar ngan kawan kawan jap..."suara Amaline mendatar semasa meminta izin ibunya..
Sofia ada mengajaknya bermain di taman berdekatan rumahnya.
"Urmmm tapi...Lin keluar ngan sapa?"soal Puan Medina..
Da mula da detektif ni....
"Haih keluar ngan Sofia la...nak main jap je" suaranya masih mendatar.
"Nak gi sana jalan sensorang aje ke? Nak ibu hantar?bahaya lintas jalan nih." Prihatin Puan Medina tidak diendah langsung oleh Amaline.
"Takpe lin gi sorang .lagipun lin mana penting dalam hidup ibu"ujar lin terus berlalu le pintu...
Dia membuntuti anaknya ke pintu pagar banglo itu.
Asyik dia memandang anaknya berjalan..
Ibu mana tak sedih kalau anaknya berkata begitu...
Sedang asyik memandang anaknya melintas jalan, datang satu kereta dari arah bertentangan meluncur laju menuju kearah Amaline yang sedang leka memandang gajet sambil menyumbat headphone.
PINNN!
"LINN!AARGHH"jerit puan Medina seraya menolak tubuh Amalin ke bahu jalan.
Amaline yang rasa dirinya ditolak dan suara jeritan menoleh ke belakang .hatinya sudah risau..
"Macam pernah dengar sua...IBUUU!IBU!" terbeliak matanya dengan apa terpampang jelas dihadapannya ...bukan lakonan,bukan gurauan tapi ia REALITI!
ibunya sedang bertarung nyawa yang seperti nyawa nyawa ikan itu berpaling kepadanya seraya tersenyum...
Amaline meluru laju kearah ibunya lalu memeluk dengan erat sambil menangis semahu mahunya..
"Ibu..ibu..jangan pergi ibu...tolonglah ibu....jangan tinggalkan lin bu..lin taknak hadiah...lin nak ibu....lin sayang sa..sangat ib..ibu.." dalam sedu sedan lin meratapi wajah suci ibunya yang membesarkannya dari kecil lagi.
"I...ibu.. ss..sa..yang sang..at Amali...line..."penuh kepayahan tapi ibunya beruasaha mengucapkan ayat keramat yang penuh makna itu sambil tersenyum menawan khas kepada Amaline sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam dakapan anak tersayang...Ayahnya meninggal 2 tahun selepas ibunya meninggal kerana penyakit leukimia.
Dia dihantar untuk tinggal bersama makciknya sampailah makciknya meninggal dunia 1 tahun lepas.
Dan sekarang dia tinggal bersama dua rakan baik yamg sanggup berkawan dengannya yang sebatang kara itu..
Sahabatnya dari sekolah rendah ialah Nur Hana Dilaila manakala rakan baiknya yang kedua Ameera Afiqah berjumpa sewaktu dia berpindah.
YOU ARE READING
Encik BABYKEEPER!
Romance"huwaaa uwee huaaaa"tangisan kecil seorang bayi kedengaran sebaik mengangkat kotak itu "alolo...mana mama awak?hishh apa la budak zaman sekarang ni senang sangat buang bayi macm sampah .ni aku serba salah ni.nak buat apa" omel Amaline sendirian... "...