"Adik cepat lah turun. Akan nak pergi kerje ni". Jerit Kak Bella. Fatin turun dengan lambat. Fatin meletakkan begnya di sebelah abang Aidil. Abang Aidil mengangkat beg Fatin yang terlihat seperti kosong.
" Hei, kau kemas buku tak? Ringan sangat ni beg kau ni. Kau pergi kemas buku cepat". Kata abang Aidil sambil mengambil roti di tangan Fatin. Kak Bella memandang Fatin dengan marah. "Bella kau pergi je lah. Nanti adik aku hantar". Kata abang Aidil. Kak Bella dengan laju keluar dan pergi kerja. Fatin terus naik ke atas dan mengambil bukunya. Abang Airil keluar dari bilik sambil melihat Fatin sedang mengemas begnya. " Tu lah kau. Orang suruh kemas malam tadi kau sibuk main ps4 kau. Kan dah lambat pergi sekolah. Main game je tahu". Kata abang Airil yang baru bangun dari tido. Fatin keluar dan membaling bantal je arah abang Airil. Fatin terus turun ke bawah. "Adik cepat abang dah tunggu tu". Kata Mama Fatin.
Fatin terus masuk ke kereta abangnya. Mereka bergerak ke sekolah. Tiba sahaja di sekolah, Fatin terus ke perhimpunan kerana minggu ini die bertugas untuk mengadu pengacara di perhimpunan. Fatin kelam kabut membuat persiapan. Fatin naik ke pentas dengan tenang. Perhimpunan berjalan dengan lancar. Ketika Fatin menunggu cikgu bertugas untuk berhenti bercakap, Fatin ternampak seorang cikgu yang dia tidak kenal. Fatin terus melihat kertasnya dan ternampak bahawa dia harus mengumumkan kepada pelajar lain bahawa ada cikgu baru yang akan mengajar di sekolah itu. Fatin memandang cikgu baru itu sangat lama. " Fatin .. Fatin cepat naik sana". Tegur cikgu yang berada di hadapan Fatin. Fatin naik dengan pantas. "Saya ingin menjemput encik shakiram untuk memperkenalkan diri". Kata Fatin dengan suara bergetar. Fatin memandang cikgu shakiram mendekati nya. " Awak tak nak turun ke? ". Tanya cikgu shakiram. Fatin terus turun ke bawah. Fatin berdiri dan memandang cikgu shakiram. " Nama saya mudh shakiram. Saya ajar pendidikan seni dan saya cikgu taekwondo itu je". Kata cikgu shakiram dan turun daripada pentas. Cikgu shakiram tersenyum ke arah Fatin. Tanpa Fatin sedar dia tersenyum kembali kepada cikgu shakiram. Fatin melanjutkan perhimpunan dengan lancar.Habis sahaja perhimpunan, Fatin ternampak wan dan Nasha sedang menunggu Fatin di tepi tandas. "Dalam banyak banyak tempat, kau tunggu aku Kat tepi tandas? Tak de tempat lain ke? ". Kata Fatin sambil berjalan ke kelas. Wan dan Nasha pergi ke kelas sama sama. "Nanti kita belajar dengan cikgu baru tu ke? ". Tanya Nasha . Fatin hanya berdiam. Sampai sahaja di kelas, mereka bertiga ternampak cikgu shakiram sudah berada di kelas.
Fatin masuk tanpa berkata apa apa.
" Masuk tak nak cakap apa apa ke? Awak bertiga masuk lambat ". Kata cikgu shakiram. Wan dan Nasha meminta maaf kepada cikgu shakiram tetapi tidak Fatin. Cikgu shakiram memandang Fatin dengan pandangan yang tajam. " Saya mintak maaf cikgu saya masuk lambat". Kata Fatin . Cikgu shakiram tersenyum.
Wan menendang kerusi Fatin yang di depan. " Fatin asal cikgu ni senyum Kat kau je? Tadi aku dengan Nasha mintak maaf tak de pun senyum. Ke kau kenal cikgu shakiram ni? ". Bisik wan. Fatin pusing ke belakang dan memandang ke arah wan. Fatin terus membuka buku dan mengeluarkan buku lukisan. Cikgu shakiram mengambil buku lukisan Fatin dan melihat lukisan Fatin.
" Wow Fatin, lukis awak boleh tahan eh. Senang lah saya nak mengajar awak. Sebab awak pandai lukis". Kata cikgu shakiram. Wan, Nasha dan Fatin terkejut kerana cikgu shakiram tahu nama Fatin tanpa Fatin memberitahu namanya sendiri. "Saya nak untuk permulaan kelas ni awak semua lukis pemandangan kampung". Kata cikgu shakiram. Fatin mengambil buku lukisannya yang berada di tangan cikgu shakiram. Cikgu shakiram melepaskan buku itu dan duduk di mejanya. Cikgu shakiram terus memandang Fatin sambil tersenyum. Fatin pusing kebelakangan untuk bercakap dengan wan dan Nasha. " Wei, asal cikgu shakiram pandang aku je? Dia dah lah hensem, aku takut aku jatuh cinta pulak". Kata Fatin dengan perlahan. "Fatin sedarkan diri. Banyak cikgu laki dekat sekolah ni kau hanya suka cikgu khairil je, kau tak pernah cakap pasal cikgu lain. Ke kau dah suka Kat cikgu shakiram? ". Kata wan. Nasha mula menyampuk. " Patut lah tadi masa perhimpunan kau pandang je cikgu shakiram". Kata Nasha dengan kuat. Fatin terus menutup mulut Nasha. Fatin pusing ke depan dan mula melukis. Bunyi loceng menandakan yang masa cikgu shakiram sudah tamat. Fatin mengemas barang lukisannya. "Okey saya nak esok awak hantar lukisan awak esok. Terima kasih kelas". Kata cikgu shakiram. Sebelum cikgu shakiram keluar dia mengulus kepala Fatin. Satu kelas terkejut. Fatin terkejut dan tersenyum. Cikgu shakiram keluar tanpa pusing ke belakang. Cikgu khairil yang sedang menunggu di luar hanya memandang perbuatan cikgu khairil. Cikgu khairil masuk ke kelas dan memandang Fatin sekilas. " Ayok Fatin cikgu khairil tak Tegur kau. Tu lah kau curang. Hahaha". Kata Nasha. Fatin terus memandang ke arah Nasha. "Nasha awak dah siap kerja sekolah yang saya bagi? Awak dengan abang awak selalu tak siap kerja sekolah. Jadi mulut tahun jaga". Kata cikgu khairil. Nasha tersenyum kerana dia tidak buat kerja rumahnya. Nasha berdiri dan menyiap kan kerja sekolahnya. Wan secara diam-diam mengambil buku Fatin dan menyalin jawapan Fatin. " Wan Pulangkan buku Fatin, awak buat sendiri cari jawatan sendiri". Kata cikgu khairil yang sedang menulis nota di papan putih. Wan Pulangkan buku Fatin dan berdiri bersama Nasha. Ketika semua sedang sibuk menyalin nota, cikgu khairil meletak kan gula gula di atas meja Fatin. Fatin terus mengambil dan terus memakannya. Cikgu khairil tersenyum dan duduk di mejanya.